14 February 2009

MUKHRIZ AJAK PAS MASUK GAUNG!

Tak habis-habis dengan kenyataan nak mempromosi diri. Mentang-mentang le nak pemilihan Umno tak lagi maka inilah masa untuk menarik undi dan perhatian perwakilan.

Itulah yang cuba dilakukan oleh anak kesayangan mantan PM, Dato Mukhriz Mahathir.

Terkini Mukhriz mencadang agar Pas Perak menyertai BN. Kepada Dato Mukhriz, pemimpin, ahli dan penyokong Umno yang lain sila jawab soalan berikut sebelum ingin 'meminang' Pas menyertai BN.

Menyertai parti yang bergelumang dengan rasuah?

Menyertai parti yang terlibat dengan budaya samseng ala lanun?

Menyertai parti yang tidak mengormati undang-undang?

Menyertai parti yang ada adegan baling-baling kerusi dalam mesyuarat?

Menyertai parti yang memperalatkan raja dan polis?

Menyertai parti yang menyekat kebebasan demokrasi?

Menyertai parti yang menyokong undang-undang rimba ISA,OSA,AUKU dan lain-lain?

Menyertai parti yang menyokong kelulusan lesen judi dan arak?

Menyertai parti yang ditolak oleh majoriti rakyat?

Menyertai parti yang bakal berkubur?

Jika Pas bersetuju bermakna seolah-olah Pas setuju untuk masuk gaung bersama dengan BN.

1 comment:

kasutlama said...

KALAU DAH JOIN NANTI...PAS BANTULAH MEMPERBAIKI MANA2 YANG TIDAK BETUL DAN SALAH DALAM UMNO TUH.
DENGAN DAP DAN PKR KAN BOLIH BUAT, TAKAN DALAM UMNO TAK BULIH???.

AGAKNYA KALAU JOIN, TAKUT HILANG KUASA KOT..!?


TOLONG BANTU DAN PERBAIKI MANA2 YANG TAK BETUL, JANGAN NAK MELALAK JER..TUNJUK SALAH PADA UMNO..