27 March 2009

SENANG JE..TUBUH UNIVERSITI UMNO

Ketua Penerangan Umno Bukit Katil yang ramai orang kuatnya dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin termasuk Ketua menteri Melaka cuba tunjuk pandai dalam ucapan perwakilan semalam.

Datuk Hasnoor Sdg Husin mengesa agar semua pimpinan tertinggi di Universiti diletakkan orang Umno.

Dalam ucapannya Hasnoor menggesa " pada pandangan saya bukan susah, tentukan rektornya orang Umno, Umno tentukan dekan fakulti orang Umno,pegawai yang mengambil pelajar, pekerja dan pentadbirannya adalah orang yang dipenuhi rasa cinta pada Umno sangat tinggi seperti Ibrahim Abu Shah di Uitm".

Patutlah IPTA di negara ini semakin merudum rankingnya disebabkan tahap pemikiran orang Umno sebegini.

Apa kata saya cadangkan wujudkan Universiti Umno Malaysia di negara ini, Canselornya Presiden Umno, Naib Cancelor Timbalan Presiden Umno, Dekan-dekannya terdiri dari ketua-ketua Bahagian Umno manakala pensyarahnya terdiri daripada pengerusi JKKK Umno. Sementara itu pelajarnya terdiri daripada pemuda dan puteri Umno. Silibusnya utamanya pula ialah buku pelembagaan Umno!

1 comment:

pusingbandar said...

cadangan disokong. dah la pergerakan pelajar yg nk mendalami ilmu agama di mesir nak disekatnya. apa klu blaja agama tu confirm hundred persen orang pas ke? kesian kt member2 kt mesir.