06 April 2009

DUA BUKIT DALAM GENGGAMAN, BATANG AI 50-50


Berdasarkan senario perkembangan semasa, trend pengundi serta gerak kerja pilihanraya saya menjangkakan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang sangat cerah untuk mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Manakala di Batang Ai, masih sukar diramal, saya meletakkan 50-50 memandangkan isu berbeza di antara dua bukit dan satu batang.

Tinjauan yang dijalankan melalui blog dan web sama ada pro PR dan Umno@BN jelas menunjukkan kemenangan memihak kepada calon-calon PR. Misalnya undian melalui blog ini, Calon Pas Dato Seri Ir Nizar Jamaludin mendahului dengan lebih 90% undi.

Walaupun sampel yang mengundi kemungkinan besar bukan dari mereka yang layak mengundi di PRK berkenaan ia sebenarnya menggambarkan bahawa PR mendapat sokongan padu dari golongan pertengahan dan golongan intelek yang terdiri daripada golongan muda.

Bermakna selain daripada kemenangan PR di lokaliti dan saluran yang ramai pengundi India dan India, faktor kemenangan juga dijangka adalah dari saluran tiga dan empat iaitu pengundi muda. Berdasasarkan senario pilihanraya ke 11 yang lalu, sokongan pengundi muda adalah tekal dan sukar digugat oleh Umno@BN. Ini kerana mereka adalah golongan yang tidak akan menerima bulat-bulat propaganda yang dijalankan oleh jentera kempen Umno@BN dan juga propaganda media massa.

Kemenangan di saluran 3 dan 4 juga adalah kerana sumbangan DS Najib yang mengilhamkan program Khidmat Negara(PLKN) yang menyebabkan semakin ramai yang pro PR dan semakin benci serta meluat kepada Umno@BN. Justeru itu, jika kemenangan di saluran 3 dan 4 menjadi kenyataan, PR juga wajar berterima kasih kepada DS Najib.

Walau bagaimanapun semua petugas PR perlu meningkatkan gerak kerja sehingga hari pengundian dan pengiraan undi supaya sebarang cubaan dan anasir tidak bermoral serta taktik kotor daripada Umno@BN dapat dilumpuhkan.

1 comment:

Anonymous said...

Wang Yu.

Salam buat semua pendokong Keadilan.

Bukan saja golongan muda menyokong gelombang perubahan, mereka sendiri harus cekal hati dan faham betul2 tentang konsep Demokrasi berparliament.
Jangan belajar saja, tanpa menyelami dan faham apa erti demokrasi itu sebenar.
Kita harus ada perasaan tahu apa isu semasa dan kaitan nya dengan kehidupan kebanyakkan masyarakat umum di Malaysia ini.
Akal dan minda kita khususnya golongan muda hendaklah berpaksikan kepada kebenaran dan bukannya ikut sedap hati propaganda sesetengah pihak yang kemaruk dan rakuskan kuasa.
Mereka mencanangkan lagu-lagu Melayu dan isu ketuanan Melayu di sana sini, tetapi hakikatnya berbeza di belakang tabir.
Bayangkan macam mana sesetengah ahli politik tanahir boleh mengaut keuntungan dan menjadi kaya dan 'terlebih kaya' sedangkan mereka hanyalah kakitangan awam yang menjawat jawatan menteri. Macam mana boleh jadi kaya kalau setakat makan gaji bulanan?
Ini golongan muda harus faham. Kita bukannya anti perubahan atau anti-Melayu kaya. Tetapi biarlah golongan Melayu kaya itu hasil pendapatan mereka daripada titik peluh yang HALAL.
Yang hendak menjadi menteri bukannya nak menolong rakyat. Tiada keikhlasan untuk menolong rakyat dan hanya menggunakan jawatan tersebut untuk mengaut kekayaan untuk diri sendiri.
Kalau dah begitu, lebih baik menjadi ahli perniagaan daripada menjadi menteri!
Kita golongan muda harus faham yang menteri kat atas itu kebanyakannya orang Melayu yang mengaku Islam. Tetapi tengok perangai dan tingkah laku mereka. Tidak mencerminkan contoh yang baik. Macam mana kita orang muda ini hendak menyokong mereka yang korup dan pecah amanah?
Bermakna orang muda pun terlibat sama dalam melakukan kesalahan, jenayah dan terjebak dalam kemaksiatan akibat menyokong pemimpin yang rosak akhlak, walaupun tidak secara langsung.
Di sinilah perlu adanya pihak kedua yang menjadi faktor untuk menasihat atau melawan pihak yang korup supaya mereka insaf dan sedar akan perbuatan salahlaku mereka. Jika engkar, kita perlu melakukan perubahan dan secara drastik kerana kita tidak mahu negara ini hancur dan rakyat menderita, berpecah belah kerana kebanyakkan rakyat jelata tidak faham isu sebenar yang menjadi perbalahan pihak2 atasan.
Inilah saya cakap golongan muda mesti bijak dalam menentukan pemimpin masa depan negara, bukannya asyik memilih pemimpin yang sama dan parti yang sama selamanya walaupun kita tahu mereka tidak layak kerana sifat peribadi yang buruk dan kepemimpinan mereka diragui.