09 April 2009

KABINET BARU, PERGOLAKAN BARU

Perdana Menteri, Dato seri Najib Tun Razak mengumumkan kabinet pembaharuannya petang tadi. Mungkin inilah kabinet 'glokal' yang pernah diutarakan oleh Najib sebelum ini. Kepada menteri dan timbalan menteri yang lama dan baru yang terpilih tahniah diucapkan. Kepada yang terkeluar mereka perlu menerima hakikat bahawa bahawa mereka tidak menepati kriteria 'pembaharuan' yang diinginkan oleh Najib dalam motto 'keramatnya' satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan!

Maknanya yang tersingkir tidak lagi menepati citarasa rakyat dan prestasi menurut persepsi Najib.

Tidak ada apa yang istimewa dalam kabinet Najib kecuali usaha beliau untuk kembali menarik golongan agama dengan melantik Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom bekas Pengarah Kagat sebagai Menteri Hal Ehwal Agama Islam.

Tetapi ia tidak mampu menggugat pakatan Rakyat dan kembali menarik sokongan rakyat kepada Umno kerana telah terbukti penolakan rakyat kepada Umno adalah penolakan total yang berkait rapat dengan dasar dan idealis Umno yang semakin menyimpang jauh. Malah telah terbukti kemasukan tokoh-tokoh agama dalam Umno sebelum ini seperti bekas Imam Masjid Negara dan Ummu Hadhari, Dr. Mashitah Ibrahim tidak mampu mengubah dasar dan perjuangan Umno yang terang-terang seperti mempermain dan mempersendakan Islam.

Dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian dan pusat tokoh-tokoh agama tersingkir seorang demi seorang atau mula menjauhkan diri daripada Umno apabila Pak Lah 'bersara' sebagai presiden Umno dan Perdana Menteri.


Apa-apapun pembentukan kabinet baru Najib bakal menambah kronik perpecahan yang berlaku dalam Umno hari ini. Bukan sekadar retak menanti belah tetapi hanya menunggu masa untuk bersepai.

Tidak melantik Khairy yang menang Ketua Pemuda tetapi melantik Mukhriz yang tewas ibarat halilintar yang bakal menggoncang Umno. Tidak melantik Khairy tidak mengapa jika Mukhriz pun tidak dilantik sama. Tetapi dengan melantik Mukhriz jelas secara terang-terang Najib ingin menunjukkan kuasa dan pengaruhnya. Ini juga satu penghinaan kepada Khairy dan secara tidak langsung kepada Pak Lah dan penyokong-penyokongnya yang masih bertapak dalam Umno.

Apa reaksi Khairy dan penyokong-penyokong Pak Lah? Sama-samalah kita tunggu...

1 comment:

Anonymous said...

Umno tak huruhara tanpa KJ di kabinet sebab gen adanya KJ dalam kabinet, maka mengamuk lah ahli ahli Umno.. Tolong check your fact before give your opinion.. at least we know you have done the study of how KJ sentiment in Umno.. the ahli yang bukan kawannya (dalam menimpa projek2 ..) remeber slogan setiakawan? What the heck is this slogan? Setiarakyat la baru betul.. Setiakawan utk kepentingan sendiri, that what I can see..