Hari ini sejarah tercipta apabila Umno@BN mengupah samseng dan mengarahkan polis merampas kerusi speaker Dun Perak. Tindakan yang sama sekali menghina dan mencemar kesucian lambang demokrasi yang belum pernah berlaku dalam sejarah moden manusia di mana-mana pun penjuru dunia.
Inilah gaya dan lagak samseng pemimpin Umno@BN yang kononnya mengutamakan rakyat. Mereka bersikap rakus dan mengamalkan tindakan ala gangster untuk menafikan pilihan rakyat dalam pilihanraya lalu. Apa yang berlaku begitu menjelik dan memalukan tindakan hodoh yang tidak berperikemanusiaan. Semua ini berlaku apabila pemimpin yang tidak amanah mementingkan tembolok dan nafsu nafsi dipilih untuk menerajui negara.
Apa yang berlaku bukan sahaja menghina sistem demokrasi tetapi juga mencemar nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Tak tahu apalah nasib agama, bangsa dan negara ini selagi pemimpin seperti ini dibiarkan bermaharajelala menerajui negara. Negara boleh hancur dan terlingkup apabila mereka menafsirkan undang-undang mengikut kamus dan kemahuan sendiri.
07 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sudah nyata sekarang siapa yg jahat dan khianat kepada negara. Sebab itu wajib kita menyedarkan semua orang tentang kejahatan UMNO/BN. Mulakan dari orang yg dekat dengan kita.
Abid
Lantik speaker pakai tangkap muat je. Yang aku hairan speaker baru boleh pula halau 2 Adun PR keluar dewan. Yang Sivakumar halau 10 Adun BN tak boleh pula. Maknanya..semua peraturan & undang2 di Malaysia ni hanya terpakai untuk PR & rakyat marhaen, BN bebas, tak terikat.
Post a Comment