16 May 2009

BUMI MELAKA MENJADI SAKSI

Mungkinkah hari ini akan tercatat lagi satu sejarah dalam kejohanan Sukan Pasti Kawasan Bukit Katil yang bakal berlangsung di padang Maahad Ar Rahmah. Pasukan dari Pasti Al Kautsar dan Pasti Ar Rahmah dalam misi untuk mencipta hatrik sebagai juara tiga kali berturut-turut dalam permainan bola sepak dan bola baling. Sekiranya kedua-dua pasukan berkenaan muncul juara lagi tahun ini, piala pusingan akan jadi milik mereka. Mungkinkah Dewan pemuda Pas Kawasan Bukit Katil terpaksa pecah tabung untuk membeli piala pusingan baru tahun hadapan?

Pasti Kawasan Bukit Katil juga dalam misi mengekalkan status juara Sukan Pasti Negeri yang dimenangi pada tahun lepas. Maklumat sahih diperolehi mengatakan pasti-pasti kawasan lain telah membuat persedian intensif untuk menyingkirkan Pasti Kawasan Bukit Katil pada tahun ini. Khususnya Pasti Kawasan Jasin yang telah membina 'stadium' baru di hadapan Pasti Al Amin sebagai tuan rumah kejohanan Pasti Kawasan Jasin.

Hari ini juga julung-julung kali akan diadakan serentak Sambutan Hari Guru Pasti Kawasan Bukit Katil Jom...Beramai-ramai ke Sukan Pasti Kawasan Bukit Katil...

3 comments:

Hasbullah Pit said...

Tiap-tiap pagi, aku ambil "part time jadi jurulatih bola PASTI".

Akan kupastikan cita-citamu itu terkubur.

hahaha
(ketawa jahat)

angkasanuri said...

Kawasan Bukit Katil akan import pawang yang digunakan oleh Umno dalam sidang Dun Perak untuk pastikan kawasan lain tak nampak bola pada 30 Mei nanti...

Hasbullah Pit said...

Kawasan Jasin akan guna Mahkamah Rayuan untuk membatalkan sebarang kemenangan PASTI-PASTI dari Bukit Katil

hehehe