04 May 2009
PAKATAN RAKYAT DI ERA CYBER. UMNO@BN MASIH GUNA BOMOH?
Apa yang berlaku di Perak semakin merumitkan dan kadang -kadang masuk episod yang melucukan. Ketika Pakatan Rakyat menjadikan era cyber sebagai medium penghubung kepada rakyat dalam menyampaikan pelbagai maklumat, Umno masih lagi ketinggalan zaman dengan menggunakan bomoh dan pawang.
Perkara ini didedahkan oleh Adun Titi Serong Yb Idham lim Abdullah yang mempunyai bukti bahawa kerusi speaker telah 'diasap kemenyan' oleh bomoh yang diupah oleh Umno untuk memastikan V.Sivakumar 'kecundang' pada 7 Mei ini.
Saya bukan tidak mempercayai bomoh tetapi tindakan pihak Umno yang diketuai oleh Datuk Zamry Abdul Kadir seperti yang didakwa oleh saudara Idham Lim menunjukkan bahawa Umno sebenarnya semakin terdesak untuk merampas kerusi speaker Perak.
Apa yang Umno@BN Perak kalut sangat? Bukankah mereka mendapat perkenan istana malah kes ini telah dibawa ke mahkamah. Apakah Datuk Zamry lebih percaya kepada bomoh berbanding mahkamah? Kalau beginilah caranya pemikiran Umno, elok dalam pilihanraya akan datang Umno@BN mencalonkan bomoh dan pawang yang handal-handal yang ada dalam negara untuk mewakili mereka. Mungkin dengan cara itu wakil Pakatan Rakyat akan kelu dan tidak mampu berhujah serta menjadi seperti lembu di cucuk hidung hanya mengikut dan menurut semua rentak Umno@BN di dalam sidang Dun atau Dewan Rakyat.
Mungkin pendekatan bomoh pawang merupakan salah satu elemen dalam pembaharuan 1 Malaysia. Mungkin selepas ini semua YB dalam Umno@BN yang ada boleh mengamalkan ilmu penunduk dan penyeri wajah agar rakyat terus dapat diperbodohkan untuk menyokong mereka.Untuk itu mereka boleh menghubungi Datuk Zamry di Perak untuk mendapatkan bomoh yang sesuai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Datuk Zambry tidak salah mengupah bomoh mengasapkan kemenyap kerusi speaker. Datuk Zambry hanya melakukan tugas yang diamanahkan oleh PM. Konsep 1 Malaysia itu kan untuk semua rakyat Malaysia. Bomoh pun rakyat Malaysia jugak, jadi tak salah le Datuk Zambry upah bomoh. Silap hari boleh raih undi dan simpati dari bomoh bomoh di Perak. Pandai betul Datuk Zambry dan pada masa yang sama kebudak budakkan dan kelakar pun ada... keh keh keh keh....
Post a Comment