12 June 2009

RAMAINYA YANG AMBIL BERAT TENTANG PAS


Kebelakangan ini Pas mendapat publisiti percuma yang cukup meluas. Liputan besar-besaran ini datangnya daripada pelbagai sumber seperti media pro Umno@BN dan juga rangkaian maklumat maya yang terdiri daripada portal berita dan blog.

Sama ada berita itu bercorak positf, negatif atau berkecuali saya melihat semua ini menunjukkan ramai yang ambil berat dan bimbang dengan perkembangan yang berlaku di dalam Pas. Apabila setiap hari mereka menulis tentang Pas bermakna Pas hari ini begitu berpengaruh dalam masyarakat di negara ini bukan sahaja kepada orang Melayu yang sinonim dengan Islam tetapi juga kepada masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam.

Semua ini sekaligus menunjukkan Pas hari ini telah diiktiraf sebagai kuasa politik perdana yang boleh menjadi penentu kepada senario politik dalam negara. Jika Pas sebuah parti kecil dan tidak berpengaruh siapa yang nak ambil peduli kepada Pas dan menceritakan apa yang berlaku dalam Pas siang dan malam.

Ini juga sebagai peringatan untuk semua yang berada di dalam Pas, sama ada peringkat pimpinan atau bawahan agar selain mengutamakan kepentingan Islam mereka juga perlu memikirkan kepentingan nasional dalam setiap kenyataan dan tindakan. Semua ini penting sesuai dengan sokongan dan penerimaan masyarakat kepada perjuangan Pas hari ini.

1 comment:

muryadi said...

Bangga jugak rasanya jadi ahli PAS sekarang ni..

20 atau 30 tahun dulu, takda pun org nak jeling dekat PAS ni..

Dulu org kata, apalah parti PAS ni, parti org kampung, parti pak lebai lah..