24 June 2009

UMNO UMPAMA PUNGGUK RINDUKAN BULAN


Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah buat keputusan muktamad bahawa PR menolak idea Kerajaan Perpaduan. Keputusan itu telah menamatkan segala teka teki, salah faham dan konflik yang dikatakan berlaku dalam Pakatan Rakyat berkaitan dengan isu berkenaan. Keputusan menolak idea Kerajaan Perpaduan ternyata melegakan ramai pihak kecuali Umno dan mereka yang sewaktu dengannya.

Sehingga hari ini Umno terutamanya terus mengungkit-ungkit dan seperti menaruh harapan agar Pas meneruskan perundingan kononnnya untuk perpaduan orang Melayu. Maka pimpinan Umno seperti YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd. Ali Rustam menuduh kononnya Pas tunduk kepada tekanan dari DAP dan PKR. Malah banyak lagi kenyataan seumpamanya oleh pimpinan Umno lain yang ternyata kecewa kerana tidak lagi boleh mempergunakan isu Kerajaan Perpaduan untuk meneruskan survival politik Umno.

Tindakan Umno dengan mengungkit seperti meratap dan merintih agar Pas kembali menerima kerajaan Perpaduan samalah seperti cerita pungguk rindukan bulan. Tetapi cuma kali ini Umno merindukan bulan purnama yang semakin mengambang penuh yang mendapat sokongan mantap dan padu bukan sahaja di kalangan orang Melayu yang beragama Islam tetapi juga dari kaum lain terutama Cina dan India. Maka Umno akan terus merayu dan berharap agar bulan jatuh ke riba tanpa mempedulikan apa pun orang nak kata. Kesian ke pungguk...

2 comments:

Atuk Banjar Masin said...

Orang melayu/Islam harus sedar PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.

Perjuangan PAS hari ini se mata2 untuk berkuasa. Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang semuanya ber cita2 untuk ke Putera Jaya.

Perjuangan Islam dalam PAS sudah terkubur apabila PAS sanggup bersengkokol dengan DAP.

DAP serpihan dari PAP yang memerintah Singapura sekarang. Prinsif parti itu ialah menyamaratakan semua kaum dan bangsa.

Tetapi lihat sekarang, apa dah jadi kepada melayu Singapura, melayu Singapura sudah kehilangan kuasa politiknya secara total.

Anonymous said...

Pelik juga rasanya, bila mana Islam yg menjadi asas perjuangan PAS menolak pula cadangan Kerajaan PERPADUAN yang mereka sendiri kemukakan. Cadangan yang disambut baik oleh UMNO itu kononnya akan memberi keuntungan kepada UMNO dan memberi alasan PAS akan diperalatkan dan telah serik bersama UMNO dahulu.
Bukankah PERPADUAN itu adalah dituntut dalam Islam dan ini menepati perjuangan parti yang mereka perjuangkan selama ini? Sejarah telah membuktikan, RASULULLAH sendiri telah mewujudkan konsep PERPADUAN semasa menyelesaikan pelbagai masalah setelah baginda berhijrah ke Madinah. Sama ada masalah yang dihadapi oleh umat Islam itu sendiri mahupun masalah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Baginda telah membuktikan ketokohannya sebagai seorang negarawan ulung yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Tanah Arab. Bangsa-bangsa Arab telah berjaya disatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditegakkan. PAS sepatutnya lebih cenderung ke arah itu jika mereka benar-benar memperjuangkan konsep Islam sejati.

Apakah PAS sebenarnya dalam dilema? Cadangan mewujudkan KERAJAAN PERPADUAN yang mereka sendiri cadangkan itu sebenarnya tidak menyenangkan langsung rakan pakatannya iaitu PKR dan DAP. Pas sebenarnya lebih takutkan kehilangan rakannya itu daripada berkerjasama dengan UMNO. Penolakan kerajaan Perpaduan, PAS sebenarnya telah memberi kemenangan kepada Anwar yang berjaya menyakinkan Rakan Pakatannya yang diwujudkan itu masih tetap utuh bersama. Dengan penolakan UG ini kita boleh lihat sikap hipokrit PAS yang lebih rela berkerjasama dengan DAP iaitu rakannya yang terang-terang menolak penubuhan sebuah negara Islam.
Apapun kita semua kena hormat keputusan mereka. Mungkin Pas sudah menilainya dari semua sudut agar ianya tidak menjadi alat dan diperalatkan. Namun begitu aku SETUJU PENUBUHUAN KERAJAAN PERPADUAN demi untuk rakyat sejagat. Wallahualam.