08 July 2009

DARIPADA LEBIH 2000 HOTEL HANYA 170 ADA SIJIL HALAL


Blog ini pernah menyiarkan tentang status halal makanan hotel-hotel yang ada di seluruh Malaysia. Tetapi perkara ini masih dipandang ringan oleh banyak pihak seolah-olah hal ini bukan satu isu yang penting. Tetapi bagi mereka yang sering manghadiri kursus, mesyuarat dan seminar di hotel saban minggu seperti saya hal ini sesuatu yang begitu membimbangkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)., Datuk Seri Jamil Bidi daripada lebih 2000 hotel yang terdapat di negara ini hanya 170 hotel sahaja yang memiliki sijil halal.Hotel yang mempunyai sijil halal itu meliputi 15 buah hotel lima bintang, hotel empat bintang (23), hotel tiga bintang (101), hotel dua bintang (14) dan selebihnya hotel tanpa bintang.

Bagi saya pihak kerajaan perlu tegas dalam hal ini seperti menyenarai hitamkan hotel yang masih belum memiliki sijil halal daripada sebarang penganjuran pakej kursus dan sebagainya. Langkah ini saya kira berkesan kerana kebanyakan hotel di negara ini bergantung kepada program jabatan dan agensi kerajaan di hotel mereka berbanding penginapan daripada individu, keluarga dan syarikat.

Tetapi saya perhatikan kebanyakan jabatan dan agensi kerajaan main hentam dan tibai semacam je dalam memilih hotel untuk menganjurkan sesuatu program. Ini mungkin hendak memudahkan kerja mereka, karenah birokrasi, kesesuaian pakej hotel ditawarkan berbanding had kelayakan.Malah bukan sesuatu yang perlu disembunyikan bahawa majoriti chef di hotel terdiri daripada bukan Islam dan lebih malang lagi terdiri daripada warga negara asing.


Saya melihat persoalan halal haram ini begitu dipandang remeh oleh umat Islam di negara ini. Jadi tidak hairanlah kenapa pengusaha hotel 'besar kepala' dan tidak ambil berat tentang keperluan menyediakan makanan yang mendapat pengitirafan sijil halal daripada agensi yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kepada penganjur dalam jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam program yang diadakan di hotel menjadi tanggunjawab mereka untuk memilih dan memastikan hotel yang dipilih menyediakan makanan yang halal bukannya sekadar 'sedap' dan 'mewah' serta harga yang berpatutan yang menjadi keutamaan.

1 comment:

WUZARA said...

Bila hukum dah kufur, nak cari makanan yang jelas halal pun susah.
Pihak yang menjaga perkara ini sekalipun tidak mempunyai ruh Islam. Mereka yang dipertanggungjawabkan seolah merasakan ia adalah hak ekslusif mereka untuk menganugerahkan atau tidak. Sedangkan hakikatnya merekada adalah kakikatangan negara yang akan dipersoalkan di yaumil mahsyar.

Ni sedikit kongsi pengalaman saya secara umum.