14 July 2009

JAMBATAN DI MANEK URAI AKAN DIBINA HASIL LELONGAN RUMAH KHIR TOYO?


Sehingga lewat petang ini, ramalan sebelum ini bahawa Pas akan memenangi kerusi DUN Manek Urai sudah semakin pasti, cuma keputusan rasmi yang masih menjadi teka teki.

Apa yang pasti Tan Sri Muhyiddin dikhabarkan awal-awal lagi sudah angkat kaki seolah-olah mengerti Manek Urai Umno akan tewas lagi.

Tetapi apa yang bakal menjadi misteri, apakah penduduk Manek Urai akan mengidam dan kempunan mendapatkan jambatan baru seperti yang dijanjikan oleh Muhyiddin jika Umno menang di Manek Urai?

Penduduk Manek Urai tak perlu rasa terkilan kerana maruah anda terbukti tidak boleh dijual beli lebih-lebih lagi ditukar ganti dengan sebuah jambatan. Peluang penduduk Manek Urai untuk menggunakan jambatan baru masih ada. Saya mencadangkan hasil lelongan rumah Khir Toyo nanti boleh digunakan untuk diberi kepada penduduk di Manek Urai. Jika rumah Khir Toyo dapat dijual dengan harga RM 15 juta dari anggaran RM 24 juta saya kira ia sudah lebih cukup untuk sebuah jambatan baru. Tolak kos RM 3.5 juta dan diberi sekali ganda kepada Khir Toyo RM 7 juta masih ada RM 8 juta lagi. Bukan sahaja jambatan baru malah boleh dihias dengan lampu yang berkelip-kelip di sepanjang jambatan!

2 comments:

Anonymous said...

majoriti 65 undi....ada makna agaknya tu....tapi ramai ahli pas kata bn beli undi....ataupun rasuah. bayangkan kalau keputusan begini pada pilihanraya akan datang...yg ini adalah kubu kuat pas? kena byk munasabah terutama join dengan dap tu...ana secara terang tak suka pas join ngan dap. sepatut pas kena dengar suara orang mcm ana...orang bawah...

angkasanuri said...

Anonymous 9.59, ana tahu anta ni sebenarnya orang Umno kan! kan! kan! Tak apa lah asalkan anta bahagia.Umno sepatutnya malu sebab kalah kerana TPM tak balik rumah tidur siang mlm di Manek Urai, TV dan surat khbar dah mcm milik Umno siar propaganda siang malam, duit tabur macam tabur gula-gula, TPM sendiri janji rasuah politik bina jambatan...KALAH LAGI?