11 August 2009

82 SEKOLAH DI MELAKA TELAH DITUTUP KERANA DEMAM SELSEMA BABI


Sehingga hari ini 82 sekolah di Melaka telah ditutup akibat wabak Demam Selsema Babi@H1N1. Sekolah berkenaan membabitkan 47 sekolah rendah dan 35 sekolah menengah. Daripada jumlah berkenaan 63 sekolah iaitu 42 sekolah rendah dan 21 sekolah rendah masih lagi ditutup. Malah sehingga hari ini terdapat sekolah yang hanya menunggu masa untuk ditutup cuma menunggu keputusan ujian saringan penyakit berkenaan yang semakin menular di Melaka.Angka ini tidak termasuk universiti, kolej dan institusi pendidikan lain di negeri ini yang masih ditutup atau pernah ditutup sebelum ini.

Jumlah sekolah yang ditutup di negeri ini merupakan jumlah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di negara ini. Sehingga hari ini Melaka telah mencatat 4 kes kematian berkaitan dengan wabak H1N1.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Pelajaran Melaka, Tuan Haji Isa Abu dalam satu taklimat kepada Kementerian Kesihatan tentang perkembangan wabak ini yang melibatkan sekolah-sekolah di Melaka.

Saya juga mempunyai maklumat sahih, bahawa terdapat juga sekolah yang 'merahsiakan' penyakit ini untuk mengelakkan sekolah berkenaan diarahkan tutup. Sekolah berkenaan masih 'kebal' walaupun sekolah di kelilingnya pernah dan masih ditutup kerana H1N1. Tindakan tidak bertanggungjawab pentadbir sekolah berkenaan difahamkan kerana pihak sekolah tidak mahu bersusah payah untuk menggantikan hari persekolahan jika arahan tutup dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

6 comments:

Anonymous said...

teringin hendak membaca komen anda tentang kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

angkasanuri said...

Saya akan ulas nanti, Insyaallah

angkasanuri said...

Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY dah menafikan kenyataan itu darinya. Maka tak perlu saya mengulas.

Anonymous said...

Come on Bro...YB Zulkifli dapat 'copy' & paste dalam blognya.Jangan bagi alasan yang tak rasional.Menafikan hanya untuk menyelamatkan dirinya...dont jump to conclusion.

Anonymous said...

Saya yakin ramai juga ahli PAS terbeliak mata bila ketua pemua DAP tunjukkan belangnya..sejahat2 orang UMNO sebaik-baik orang kafir.Fikir2kanlah

angkasanuri said...

Saya tak baca pun apa yang ditulis jadi tak perlu saya komen. Jika saudara dapat buktikan itu benar-benar tulisannya baru saya akan komen.Tksh