05 August 2009

RONIE VS HASSAN: SATU LAGI WAYANG POLITIK?

Hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat diuji sekali lagi. Kali ini melibatkan dua Exco Datuk Dr. Hassan Ali dari Pas dan Ronie Liu dari DAP.Isunya bermula apabila pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam membuat serbuan dan rampasan arak di sebuah premis yang menyebabkan dakwaan wujud unsur campur tangan Ronie menghalang rampasan berkenaan.

Ternyata isu ini menarik minat pemimpin Umno@BN yang sebelum ini menyifatkan 'pergeseran' atau 'pergolakan' dalam Pakatan Rakyat hanyalah sebagai satu strategi politik.

Bagi saya isu ini boleh diselesaikan dengan baik tanpa membawa kepada pergolakan yang boleh menyebabkan keretakan hubungan dalam Pakatan Rakyat. Jika masalah pusat sembelihan babi di Alor Star yang digembar-gemburkan oleh media Umno@BN dapat diselesaikan dengan suasana harmonis kenapa tidak isu ini? Menteri Besar Kedah menyifatkan apa yang berlaku umpama 'ribut dalam cawan' mengulas apa yang berlaku di Kedah sebelum ini.

Apa yang berlaku mungkin disebabkan salah faham atau isu lain yang sebenarnya boleh diselesaikan di meja rundingan. Isu ini merupakan isu sensitif jika gagal ditangani dengan baik.Isu ini perlu diselesaikan segera agar Umno@BN tidak mengambil kesempatan lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir. Kemenangan tipis Pas di Manek Urai lalu dikatakan mempunyai kaitan dengan pergeseran di antara PAS-DAP di Kedah ketika itu.

1 comment:

Anonymous said...

semua parti ada kelemahan masing-masing. Jadi tidak boleh menyokong satu pihak sahaja...walaupun salah...tidak boleh double standard. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah...tapi hak anda untuk buat spekulasi.