09 September 2009

INI TAK ADIL!


Pengumuman kerajaan 1Malaysia di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bantuan khas sebanyak RM 500 kepada 860 ribu kakitangan kerajaan kumpulan sokongan dengan terpaksa membuat bayaran sebanyak 2 kali mengesahkan bahawa kerajaan 1Malaysia berada dalam keadaan gawat. Politik gawat, ekonomi gawat...Masalah sosial lagi gawat.

Pemberian sebelah pihak ini ternyata menyebabkan kira-kira 400 ribu kakitangan kerajaan merasa hampa dan kecewa kerana tidak mendapat sebarang imbuhan, bantuan atau bonus dari kerajaan.

Langkah ini bukan sahaja dilihat pelik tetapi juga buat pertama kalinya dalam sejarah pemberian bantuan atau bonus berat sebelah diperkenalkan oleh kerajaan. Mana perginya slogan rakyat didahulukan? Adakah lebih 400 kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional tidak layak mendapat apa-apa imbuhan? Bagi saya kalau nak beri beri semua...Kalau tak nak beri sebab tak mampu jangan beri semua...Adakah ini dasar baru kerajaan 1Malaysia mewujudkan diskriminasi dalam pemberian imbuhan?

Adakah kegawatan ekonomi hanya dirasai oleh kumpulan sokongan? Adakah hanya kumpulan sokongan yang merasai kenaikan harga minyak? Adakah hanya kumpulan sokongan yang terbeban untuk menyambut hari raya dan persiapan anak sekolah sesi tahun depan?

Bagi golongan kumpulan sokongan jumlah RM 250 yang dibayar sebelum hari raya ini tidak mampu menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi yang sedang dihadapi sekarang. Silap hari bulan nak beli kuih raya pun tak cukup...Baki RM 250 hujung tahun ini pula mungkin cukup bayar yuran sekolah lima orang anak yang kerajaan kata percuma tu...

Apa yang pasti pemberian imbuhan khas ini sedikit sebanyak akan menyebabkan golongan peniaga yang berjiwa kapitalis akan menaikkan harga barang. Tapi tak mengapa kenaikan ini hanya dirasai oleh kumpulan sokongan je...Manakala golongan pengurusan dan profesional terkecuali....Gaji mereka kan besar...Syabas 1Malaysia!

3 comments:

anakpahang said...

Salam.

Hari ini 09.09.2009 tercatat suatu sejarah di negara ini.

RM500 dibayar dua kali kepada kakitangan awan kumpulan sokongan.

RM250 untuk persiapan hari raya aidilfitri ini hanya cukup untuk membeli susu bayi dan beberapa keperluan harian dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Bermula dengan pemberian bonus oleh DSAI semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan iaitu sebelum diaibkan oleh Regim pimpinan Mahathir.

Hari ini dengan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN ketua regim yang baru mendapat mandat untuk memerintah Malaysia dan merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan suatu sumbangan khas yang paling PELIK dan TIDAK MASUK AKAL untuk diterima akal yang waras.

Begitu muflis pemikiran pemimpin UMNOBN.

Adakah kakitangan awam di negara ini hanya seramai itu?

Jika tidak ada wang kerana dihabiskan untuk membina istana menteri-menteri dan pencacai mereka janganlah dilaksanakan.

Sungguh pelik dan menghairankan.

1Malaysia...mulanya nampak bodoh tetapi bila perkara ini terjadi sahlah slogan ini hanya membodohkan rakyat sahaja!Tidak semua orang boleh kamu perbodohkan!

Pemberian kepada rakyat seperti memberi sedekah kepada pengemis di tepi jalan!

SYABAS NAJIB DAN PENCACAINYA

Anonymous said...

rilek arr..
rezeki msg2..

try tnya geng2 yg dok buat bendang tuh, bpa bonus dpa dpt..
ntah2,bonus pun x pnh dgr kot..

so??

reformis muda said...

Apa lah ko ni ononymous 8.24 bila pulak orng buat bendang makan gaji dengan kerajaan nak buat perbandingan pun biarlah cerdik sikit.