21 December 2009

ZAMAN NAJIB BANYAK YANG HILANG


Zaman Dato Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri banyak betul cerita tentang hilang. Altantuya hilang sebelum tubuhnya berkecai dijumpai. Rentetan dari tragedi itu didedahkan bom C4 di bawah prosedur dan keselamatan yang ketat hilang dari simpanan pasukan keselamatan. Selepas itu rekod imigresen Altantuya di Malayasia pun hilang. Kemudian diikuti P.Balasubramaniam penyiasat pensendirian hilang sebelum muncul kembali.

Malang bagi rakyat Malaysia kini Pulau Batu Putih hilang dari peta Malaysia.Bagi kira-kira 1.2 juta kakitangan awam setelah sekian lama tahun ini bonus yang diberi saban tahun 'hilang' digantikan dengan bantuan khas.

Dalam isu politik di Perak 3 bekas adun Pakatan Rakyat hilang, sebelum muncul dalam sidang media bersama Najib di Putrajaya. Terbaru, isterinya dilaporkan 'menghilangkan' duit sebanyak RM 600,000 semasa berada di Dubai melalui pengurup wang di Malaysia. Duit syarikat penerbangan Malaysia dikhabarkan hilang RM 8 bilion dalam bentuk kerugian, tertinggi dalam sejarah.Kini enjin jet pemintas F5E milik TUDM hilang. Mungkin lepas ni kita akan dengar enjin jet Sukhoi, enjin kereta formula 1Malaysia dan enjin kapal selam pulak yang hilang.

Adakah semua ini memberi petanda Najib dan Umno@BN akan hilang kuasa tak lama lagi?

4 comments:

Ayiem said...

Betul sahabat memang banyak hilang tak dapat dikesan tapi yang paling teruk Najib telah hilang maruah..........

Dollah said...

Artikel yang mantap penuh dengan fakta. PRU13 nanti, insyaalah Najib juga akan kehilangan satu lagi iaitu "kuasa".

Budak Trolak said...

Lucu kisah hilang ni... Adakah Najib akan hilang Rosmah juga?

Anonymous said...

Yang sedang hilang sekarang ialah suara Najib sebagai PM kerana digantikan oleh suara bininya, Rosmah! Lepas ni tak mustahil Najib juga hilang dari kerusi PM bila BN tumbang dalam PRU13!