08 February 2010

MAHKAMAH ARAH RODA EYE ON MALAYSIA DIBUKA


Ketua Menteri Melaka pasti tidak lena tidur apabila Mahkamah Tinggi Dagang di sini, hari ini membenarkan permohonan syarikat dari Belgium, Fitraco NV untuk memindah keluar roda gergasi 'Eye of Malaysia' dan boleh memasuki tanah milik syarikat "Eye On Malaysia Sdn Bhd.

Mahkamah juga memerintahkan tanah itu dibaikpulih seperti sedia kala selepas roda itu dibuka.

Hakim juga perintahkn defendan pertama, MST Ad Suria Sdn Bhd, membayar kos RM35,000 dan defendan kedua, Eye On Malaysia Sdn Bhd membayar RM10,000 kepada plaintif.

Ini bermakna 'Eye On Malaysia' bakal menjadi satu lagi peninggalan bersejarah yang terdapat di Melaka. Mungkin Ali Rustam boleh membina muzium Eye On Malaysia di tapak yang ada sekarang. Jika tidak pun membina replika Eye On Malaysia sebagai tarikan terbaru pengunjung ke Melaka.

Cuba kita kira berapa juta duit rakyat Melaka dibazirkan kerana tindakan kerajaan Melaka yang tidak membuat kajian mendalam tentang implikasi membawa Eye On Malaysia dari tapak asal di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.


4 comments:

drafunt said...

satu lagi projek kerajaan BN yang "berjaya".

Anonymous said...

Dah boleh masuk dlm papan tanda sejarah kat area tu..
"TAPAK EYE ON MALAYSIA" 1KM di Hadapan..

EF

angkasanuri said...

Inilah 'kecerdikan' Ketua menteri yang ingat roda Eye On Malaysia macam beli roda basikal. Buat Malu orang Melaka je...Kos sign board ke Eye On Malaysia je dah beribu ringgit..belum termasuk jalan yang baru dibina dan pelbagai kemudahan lain. saya cadangkan tapak Eye On Malasyia dijadikan tapak tetap 'Program Juara Menipu Rakyat'.

Anonymous said...

Apa dah jadik.... huhuhuhu.... mau buat roda apa plak lepas ni....