21 February 2010

'USTAZ' UMNO TOLONG NASIHATKAN SHAHRIZAT


Isu sebat masih belum reda lagi. Isunya bukan berkaitan isu pelaksanaan hukuman sebat mengikut peruntukan syariah yang sebenar tetapi berkaitan dengan isu sebatan mengikut enakmen undang-undang Islam negeri-negeri yang sebenarnya tidak menepati kehendak seperti termaktub dalam landasan syariat sebenar .

Apa-apapun, isu sebatan ini sekurang-kurangnya menjadi mukadimah kepada pelaksanaan syariat seperti yang dituntut dalam Islam. Namun apa yang lebih menjegilkan, isu sebatan ini mendapat tentangan dan kritikan bukan daripada orang bukan Islam tetapi daripada 'ustazah-ustazah' Umno yang jambul terjojol keluar dan kain terbelah tepi. Ada di kalangannya yang berlindung di sebalik nama NGO seperti Sister In Islam. Tetapi kita tahu SIS ini merupakan 'perwakilan tetap' setiap kali dalam perhimpuan Wanita Umno saban tahun.

Salah seorang penyokong kuatnya, tak lain tak bukan ialah Datuk Shahrizat Jalil, Ketua Pergerakan Wanita Umno. Dalam satu kenyataan semalam beliau sekali lagi mempertikaikan hukuman sebat yang telah dilaksanakan oleh Penjara Kajang terhadap tiga orang wanita yang berzina. Cuma kenyataannya mungkin sedikit 'berlapik' apabila meminta mereka yang bersalah ini diberi permulihan seperti kaunseling.

Kalau itu kaedahnya maka selepas ini saya mengesyorkan agar hakim-hakim di mahkamah syariah di negara ini tidak lagi menjatuhkan hukuman sebaliknya memadai dengan dijatuhkan hukuman mengikuti sesi kaunseling. Kalau tak cukup kaunselor, hakim sendiri pun boleh jadi kaunselor juga!

Maka selepas ini orang Islam negara ini tak kisah dan tak takut-takut lagi nak berzina, berjudi dan minum arak kerana mereka tidak lagi akan disebat, denda atau penjara cukup sekadar mengikuti sesi kaunseling untuk menebus dosa-dosa mereka.Maka akan meriahlah nanti bilik-bilik kaunseling dengan tangisan dan jeritan anak-anak zina yang bersama dengan ibu mereka mengikuti sesi kaunseling.

3 comments:

petai muda said...

salam.

jangan arapla..
tak kan ada ustaz-ustaz umno yg berani nak menegur meka ni..
meka ni ada kuasa dan wang.

petai muda said...

salam.

kita besabarla. tentu ustaz umno tengah mencuba tu..

kijang said...

SALAM SAHABAT,
USTAZ UMNO 2X5 DGN SHAHRIZAT, KALAU MEREKA XBANTAH APA YG SHAHRIZAT CAKAP MKNANYA USTAZ UMNO NI SAMA DGN SHAHRIZAT..TUNGGULAH, TAKKAN ADA JWAPAN DARI USTAZ UMNO..

SHAHRIZAT KALU KENA BALA BARU DIA TAHU LANGIT TINGGI KO RENDAH, IKUT SEDAP CAKAP TAPI HUKUM ISLAM TIDAK TAHU..