01 May 2010

KEJOHANAN SUKAN PASTI MENJADI SAKSI KEJATUHAN UMNO....

Sukan Pasti Kawasan Bukit Katil berlangsung dalam suasana yang cukup meriah.Tahun ini, Pasti Al Hadi dari Paya Dalam menjadi tuan rumah kejohanan. Pertandingan bola sepak pula diadakan di gelanggang Futsal berhampiran yang diuruskan oleh JKKK Umno di situ. Semua Pasti yang berada dalam kawasan Bukit Katil mengambil bahagian dalam kejohan sukan kali ini. Buat Julung-julung kalinya pertandingan perbarisan dan kontigen terbaik turut diadakan kali ini. Kontijen pasukan terbaik dimenangi oleh Pasti Al Kautsar dari Ayer Keroh manakala tempat kedua dimenangi oleh Pasti Seri Jati. Pasti Seri Jati sekali lagi mempertahankan johan bola sepak yang dimenangi tahun lepas dengan mengalahkan Pasti Al Hadi. Sementara itu johan bola jarring dimenangi oleh Pasti Ar Rahmah dengan mengalahkan Pasti Al Ikhwan.
Buat pertama kalinya juga kejohanan bola sepak diadakan di gelanggang Futsal bersebelahan dengan balairaya. Apa yang lebih menarik kejohanan sukan pasti ini menyaksikan kejatuhan bendera Umno di situ.....
Kejatuhan bendera Umno di balairaya bersebelahan gelanggang kejohanan yang turut disaksikan di sepanjang kejohanan sukan Pasti
Pertandingan bola jaring

Perbarisan Kontigen yang bertanding

Sebiji bola kejar ramai-ramai....

Penyerang No 7 yang bakal digeruni dalam kejohanan Sukan Pasti Negeri Jun ini

Aksi mengelecek ala Lionel Messi..

Sebahagian ibu bapa dan penjaga yang hadir

1 comment:

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum, & salam perkenalan sdra Angkasanuri & sdra2Muslim yg melayari blog ini,

1 Mnarik juga tajuk posting ini. Tapi tentu sangat keliru assumsi bahawa dgn akitivti sukan, arm-no dapat ditumbangkan. Lebih keliru
lagi jika hanya kerana bendera arm-no jatuh diterajang angin petanda arm-no akan punah. Tentu itu semua sekadar satira. Mari masuk kpda realitinya.

2 Memang pun kita [yg menolak arm-no] sangat inginkan arm-no punah; bukan kerana apa2, tapi demi yg basic/asas - mempastikan kejernihan & bundar atau sempeknya akidah umat Muslim, termasuk akibat berpolitik. Utk tujuan itu, kenalah lakukan suatu bentuk gerakerja khusus sambil berdoa kpd Allah SWT utk kepunahan arm-no.

3 Kenapa arm-no wajib punah & dipunahkan? Bebab:

i] Wajib diingat bahawa arm-no itu gerakan pendukung ideologi. Jadi, mesti diserang dgn ideologi juga. Agar arm-no punah, fahami ideologi dukungannya, & serang yg itu. Adakah ideologi arm-no sebuah ideologi yg BENAR dari pandangan syara'? Bukankah syara' menuntut agar apa saja yg TIDAK menepati syara' wajib disirnakan, lalu syara' menggantikannya? Untuk memenuhi & merealisasikan tuntutan syara', inilah gerakerja khusus itu, yg diwajibkan ke atas setiap bahu umat Muslim memikulnya, iaitu: mempastikan syara' wajib menyirnakan [menghapuskan] syirik.

ii] Arm-no itu, meskipun parti politik berbasis umat Muslim, TAPI secara pasti adalah gerakan yg telah terpesong & memesongkan pemikiran politik umat Muslim drp ideologi yg bersumberkan akidah wahyu - ideologi lslam - kpd suatu bentuk ideologi yg menolak 100% ideologi lslam. Apa buktinya? Bukankah politik arm-no tegak berdiri di atas batu jemala ideologi Sekularisme-Demokrasi-Kapitalis? Bukankah arm-no secara jelas, tegar, & hidup-matinya demi mendukung, memperjuangkan dan melestarikan ideologi thaghut - ideologi kufur Sekularisme-Demokrai-Kapitalis pusaka warisan penjajah kafir British? Buktinya? Bukankah arm-no telah memilih & menetapkan utk berjuang mendukung & menghidupkan undang2 Lord Reid - bukan undang2 lslam [syariah] - sebagai pillar hukum-hakam negara?

iii] Di atas asas ideologi kufur itu, arm-no ikut sama [bahkan mempelopori] dlm pembuatan hukum2 thaghut, iaitu hukum2 selain hukum lslam berupa hukum Sivil-Sekular yg menolak jauh sejauh-jauhnya hukum2 syara' Allah [syariah], sehingga syariah TIDAK menjadi sistem hukum yg mengatur seluruh aspek kehidupan mencakup; sistem politik, ekonomi, undang2, sisten bernegara & pemerintahan, sosial, pendidikan, & muamalah2 yg lainnya. Dari segi tuntutan WAJIB agar berhukum hanya semata-mata kpd hukum2 Allah, apakah ada suatu kesyirikan yg lebih besar selain daripada menyegutukan hukum2 Allah dgn hukum2 thaghut seperti yg sedang berjalan sekarang? Apa jatuh hukumnya amalan syirik di dlm lslam?

4 ldeologi adalah pandangan hidup. Dgn bersumberkan sesuatu ideologi, manusia mengatur seluruh pemikiran & aktiviti kehidupan & membina peradaban agar sesuai dgn intipati & kehendak ideologi itu. ltulah politik - mengatur & mengurus kehidupan. lslam telah mewajibkan agar umatnya menyandarkan urusan politiknya, iaitu segala urusan pemikiran & setiap gerakerjnya [amal] sesuai dgn perintah2 & larangan2 Allah [syariah]. Firman Allah, maksudnya;

"...wahai orang2 yg beriman, masuklah kamu sekalian ke dalam lslam secara kaffah [total/
keseluruhan]..."

"Kaffah' itu tentu sekali TIDAK mengecualikan ideologi, iaitu sistem yg membentuk pandangan & sistem kehidupan. Parti arm-no LANGSUNG TIDAK mengendahkan perintah Allah dari aspek ini di dalam sistem politiknya, persis, TIDAK ADA BEZA dgn parti2 politik lain yg berbasis kaum kafiruun.

5 ltu 'kesesatan' ideologi [politik] arm-no [& parti2 politik lain yg senada dengannya], yg sudah pasti konsekuensinya sangat fatal kepada akidah sesiapa saja yg berpegang dengannya.

Wallahu a'lam.