17 May 2010

MUHYIDDIN DAPAT HADIAH ISTIMEWA HARI GURU DARI GURU SIBU

16 Mei 2010 pastinya tarikh yang paling diingati oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran. Hari Guru tahun ini Muhyyiddin mendapat hadiah yang cukup istimewa yang pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Guru-guru di Sibu memberi undi kepada DAP sebagai menghargai pelbagai ganjaran yang ditawarkan kepada guru-guru Sibu. Mungkin juga sebagai tanda 'terima kasih' kerana kerap 'diundang' memenuhi jemputan untuk meramaikan majlis-majlis BN sempena pilihanraya kecil Parlimen Sibu.

Ini juga sebagai tanda terima kasih kepada Menteri Pelajaran kerana menghadiahkan 'kerja lebih masa' kepada guru-guru ketika waktu cuti hujung minggu pada hari sabtu untuk menyapu walaupun ramai guru yang tak mahu. Maka guru-guru Sibu tunggu hingga hari guru untuk hadiah sesuatu kepada Muhyiddin untuk memberi hadiah yang cukup istimewa.

Syabas dan tahniah kepada guru-guru Sibu dan tahniah juga kepada Muhyiddin kerana mendapat hadiah Hari Guru.

6 comments:

Anonymous said...

baziran nasional

Anonymous said...

Apa pula perbezaan di antara lesen minuman keras di Kelantan dengan lesen judi bola piala dunia?

angkasanuri said...

Anonymous 4.59...pernah pergi ke Kelantan? Bandingkan dengan negeri di kuasai Umno dari segi penjualan arak? Kelantan kurangkan lesen arak hanya untuk bukan Islam jauh berlipat ganda zaman Umno memerintah Kelantan...Tidak lagi dijual secara terbuka. Ini bukan nak kurang tambah lagi! Kemudian hasil judi dikira jadi hasil kerajaan...bayar gaji pada kakitangan kerajaan...silap2 x mustahil duit tu digunakan buat surau masjid. Janganlah kerana anda Umno sampai nak gadai aqidah...menghalalkan apa yang diharamkan Allah...

Anonymous said...

gaji dan pencen dibayar dgn akaun amanah.....tak campur duit hasil kedai judi dan arak. Duit tu masuk dlm akaun hasil.....digunakan untuk tujuan awam seperti buat jalan dan pembangunan. Agaknya tuan tak faham jugak tentang akaun pendapatan negara. Kena belajar lagi tu. judi dan arak tetap haram disisi islam tak kira siapa yang perintah...walaupun sikit tapi ada...hukumnya tetap sama...terima kasih kerana sudi berdailog. Nak kata saya orang UMNO yang kuat tu tak lah jugak....cuma saya anti PKR jer. PAS saya tak kisah...sama agama.

angkasanuri said...

Duit haram tetap haram.... nak buat jalan ke jambatan sebagainya tak boleh guna duit haram. sebab tu masa Umno memerintah banyak bangunan runtuh. Duit tak berkat!

kembara putih said...

Kesian betul Anonymous kat atas tu, bermati2matian dia pertahankan judi.