22 August 2010

ULAMA TUA DAN ULAMA MUDA UMNO KENA AJAR PEMIMPIN MEREKA BAB DOA


Riuh rendah dan gegak gempita betul canang pemimpin Umno isu doa di Pulau Pinang. Al kisahnya ada beberapa khatib yang membaca khutbah mendoakan Lim Guan Eng agar diberi hidayah memeluk Islam. Isunya telah dipusingkan 360 darjah, bukan lagi isu mendoakan bukan Islam agar diberi hidayah tetapi puak-puak Umno main isu seolah-olah ada arahan dari kerajaan negeri yang diterajui DAP agar buang nama DYMM Agonng digantikan dengan nama pemimpin DAP.

PM dan TPM juga tumpang semangkuk meminta satu siasatan dijalankan kerana katanya perbuatan tersebut serius, melampau dan tidak boleh diterima. Kata suruh siasat tapi awal-awal lagi dah jatuh hukuman...

Tak payah nak sembunyi 1Malaysia tahu isu ini sengaja diperbesarkan dan dimanipulasi Umno dengan menambah perisa dan perencah dengan tujuan mewujudkan sentimen kaum dan agama di negara ini. Perbuatan yang sama sekali tidak boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia yang sihat dan waras.

Walhal menurut salah seorang khatib yang mendoakan Lim Guan Eng iaitu Ustaz Zakaria Ahmad dari masjid Jelutong tujuannya ialah supaya Allah memberi hidayah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya memeluk Islam. Malah perkara itu sudah dua tahun dilakukannya. Mengapa sekarang baru jadi isu? Itu pun salah ke? Ulama tua dan ulama muda dalam Umno tolong ajar dan nasihat sikit pemimpin mereka supaya tidak menampakkan kebodohan dan kejahilan mereka tentang Islam.

Ulama tua dan ulama muda dalam Umno kena juga beri nasihat kepada pemimpin mereka bahawa buat solat hajat, baca surah Yassin untuk P Kalamathan di Hulu Selangor dulu mereka guna ayat Quran dan hadis mana untuk menghalalkan tindakan dan fatwa mereka?

3 comments:

Anonymous said...

Salam Ramadhan.

Sebagai seorang Islam kita kena teguh iman dan perdirian kita terhadap Islam waima parti politik manapun yang kita sokong.

Adalah menyalahi dalam Islam kita mendoakan kebaikan terhadap golongan kafir. Ditambah lagi didalam doa rasmi seperti khutbah. Doalah terhadapnya dalam keadaan dan majlis lain. Dengan meninggalkan sebutan terhadap golongan umri negara dan diganti dengan orang kafir tak usah ditaklik bagaimanapun ia tetap salah disisi Islam.

Alasan untuk mendoakan supaya dia masuk Islam adalah alasan semata-mata. Doalah waktu lain untuk itu. Ini kita nak sembahyang dan nak mengadap tuhan. Letakkan perkara-perkara yang selari dengan Islam.

Golongan yang suka bertaklik untuk membenarkan tindakan mereka inilah yang merosakkan agama dan aqidah umat Islam. Golongan ini tanpa mereka sedari telah melakukan penginayaan terhadap Islam dan kemahsyuran Islam sebagai sebuah agama yang penuh tertib dan beretika.

Kalau begini caranya macam mana nak jaga amanah syiar Islam yang telah diwasiatkan oleh junjungan nabi Muhammmad SAW kepada kita kalau orang yang kita duduk mengadap untuk mencari ilmu Islam turut melakukan penginayaan terhadap Islam.

Sesungguhnya golongan ini tenggelam dengan kepartian mereka sehingga lupa tanggungjawab untuk menjaga agama mereka sendiri ISLAM.

angkasanuri said...

Anonymous 10.11... Salam Ramadhan...abis tu Nabi SAW mendoakan Umar Al Khattab sebelum beliau memeluk Islam maka Nabi tidak teguh pendirian atau kuat iman?Maka Nabi melakukan kesalahan...berhujah jangan akal saudara.. guna Al Quran, ikut sunnah, ijmak dan Qias...selamat berbuka Puasa

Anonymous said...

Salam utk Anon

Bacalah dengan nama Tuhanmu dan bukan dengan partimu

Salam