
Umno/BN  semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya  N 27 Merlimau. Pelbagai  taktik kotor mula digunakan yang sudah menjadi lumrah Umno/BN setiap  kali pilihanraya. Jika sebelum ini guru-guru di Merlimau diperalatkan  dalam kempen politik yang dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, kali  ini budak sekolah pula menjadi mangsa.
Berlindung  di sebalik nama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, pelajar sekolah  menengah di sekitar Merlimau telah dikerah kononnya  menghadiri program  Sambutan Maulidur Rasul. Perasminya ialah  'ustazah' Senator Shahrizat  Jalil bertempat di Dewan Serbaguna Merlimau Timur pada 16 Febuari lalu.
Walhal  dalam majlis itu, Shahrizat berucap merasmikan gerak kerja pilihanraya  wanita Umno sempena PRK Merlimau. Malah dengan nada angkuh Shahrizat  berkata dalam sidang akhbar selepas itu bahawa beliau akan mengerah 5000  wanita Umno untuk mengempur Merlimau. Adakah yang 5000 ribu tu termasuk  budak-budak sekolah di Merlimau?
Apa  yang lebih malang lagi kerana politik sempit Umno, pelajar sekolah di  Merlimau sehari suntuk meninggalkan kelas waktu persekolahan yang akan  menjejaskan sesi pembelajaran. Malah tindakan mengerah pelajar ke  program berkenaan dibuat tanpa melalui pihak Pejabat Pendidikan Daerah  Jasin dan Jabatan Pelajaran Negeri seperti prosedur yang sepatutnya. Di  samping itu pelajar dibawa ke program berkenaan tanpa mengisi borang  kebenaran ibu bapa dan penjaga untuk aktiviti luar. Siapa yang akan  bertanggungjawab jika berlaku hal yang tidak diingini menimpa pelajar  berkenaan? 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

3 comments:
UMNO yang terlampau....
wahai anak muda hapuskan UMNO segera
wahai anak sekolah jauhi UMNO musuh agama
wahai anak melaka hancurkan UMNO pembawa petaka
wahai anak melayu musnahkan UMNO pembelit bangsa
wahai anak malaysia singkirkan UMNO penipu yang ketara
bagus madah berhelah ini, he he he
itulah wajah sebenar Umno! tabur projek mee segera utk meraih undi. sgt2 sedeih dgn fenomena sebegini...
Post a Comment