08 March 2011

DALAM POLITIK BOHONG, ISU BOLA PUN NAK KELENTONG


Inilah watak sebenar ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim yang melompat menjadi wakil rakyat bebas ( Umno). Siapa tak kenal beliau segala macam pembohongan dan sumpah seranah dilemparkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat apabila keluar kerana agenda peribadi yang gagal dipenuhi.

Bagi sesetengah orang, biasalah politik nak cari makan! Kalau bergelumang dalam politik sanggup menipu ini kan pula bila berada di luar politik.

Penipuan yang dibongkar melibatkan Zahrain bukan dilakukan oleh media pro Pakatan Rakyat tetapi oleh media yang terang-terang berkiblatkan Umno/BN. Media Online Kosmo hari ini mendedahkan bahawa kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim bahawa tiada isu gaji tertunggak melibatkan pemain-pemain skuad Liga Premier Pulau Pinang merupakan satu pembohongan.

Ini kerana, para pemain Pulau Pinang sebenarnya ketika ini sedang menanggung sengsara akibat gaji mereka bagi bulan Januari dan Februari masih belum diterima sehingga semalam.

“Saya sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Presiden FAP dalam akhbar hari ini (semalam). Ia sama sekali tidak benar kerana dia kata tidak timbul isu gaji tertunggak. Ia bohong.

“Malah pemain sebenarnya turut dianiaya oleh FAP. Pada awal musim, mereka dijanjikan gaji sekitar RM3,500 hingga RM4,000 sebulan.

“Tapi sehari sebelum tarikh tutup pendaftaran, nilai gaji dalam kontrak hanyalah RM2,000 sebulan bagi setiap pemain,”.

Dalam keadaan macam tu pun ramai yang percaya pada beliau, buktinya dalam beberapa siri PRK baru-baru ini beliau seolah-olah menjadi penceramah tetap Umno/BN. Malah ramai lagi yang sewaktu dengan Zaharain, kini dilabel sebagai penceramah 'popular' Umno/BN untuk menyerang Pakatan Rakyat. Mereka sanggup memperalatkan golongan seperti ini atau melakukan apa sahaja tanpa mengira halal haram, yang penting kekal berkuasa dan menang pilihanraya.

No comments: