07 April 2011

KES VIDEO LUCAH DAN KEMATIAN TRAGIS PEGAWAI KASTAM BUKTI POLIS MALAYSIA TERCEKAP DI DUNIA!


Tahniah kepada Polis Diraja Malaysia kerana akhir-akhir cukup pantas dan cekap. Dalam isu video lucah tak sampai seminggu polis sudah dapat sahkan ketulenan video berkenaan. Manakala dalam kes video Linggam polis terpaksa ambil masa sebulan lebih itu pun dengan menggunakan bantuan FBI. Begitu juga dengan kes kematian adik Nurin Jazlin sampai sekarang polis tak dapat sahkan wajah tertuduh yang dirakam dalam CCTV di premis berhampiran mayat adik Nurin ditemui. Sehingga hari ini tertuduh masih lepas bebas.

Dalam kes kematian tragis seorang pegawai kastam semalam Ahmad Sarbani Mohamed, tak sampai 24 jam polis sudah klasfikasikan sebagai mati mengejut...bunuh diri le tu. Begitu cepat dan pantas polis membuat kesimpulan! Mungkin lepas ini polis Malaysia boleh lawan kehebatan polis Amerika seperti yang dipaparkan dalam siri CSI. Tetapi cuma saya hairankan kenapa sejak akhir-akhir ni je polis Malaysia cepat dan pantas. Ada apa-apa rahsia ke?



1 comment:

Anonymous said...

Polis sekarang pakai bomoh dan jin macam Taik Mahmud di Sarawak dan Rosmah Mansor di Semenanjung.... tu pasal la cepat dapat jawapan.... lepasni hangpa jawab dengan lidah yang fasih lagi lancar depan Munkar dan Nakir di alam barkah... Ada berani???????....