04 April 2011

BLOG TAJAAN UMNO SUDAH MULA SEBAR VIDEO LUCAH

Amat memalukan dan memualkan! Itu lah yang saya dapat katakan tindakan blog pro Umno yang menyebarkan Video lucah yang didakwa melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Tindakan yang dikordinasi seperti menekan satu butang. Secara hampir serentak blog-blog Umno mula menyiarkan video lucah ini. Arahan siapa kita sudah boleh menduga, memang kerja pemimpin Umno di peringkat atasan.

Tak perlu peguam Karpal Singh minta disiarkan di parlimen kerana budak-budak sekolah rendah pun dah boleh tengok video lucah percuma.

Dalam hal ini, polis kena bertanggungjawab sepenuhnya. Si penyebar video lucah dibiarkan lepas bebas tanpa sebarang dakwaan. Polis lebih sibuk status ketulenan video daripada orang yang menyebar dan individu serta dalang yang terlibat. Apa polis Malaysia dah buat?

Video lucah ini tersebar selepas Dato seri Nazri Aziz berkata satu cadangan akan diusulkan untuk Suruhanjaya Diraja. Maka apabila video lucah ini sengaja disebarkan tanpa dapat disekat oleh pihak polis sekali gus akan menjustifskasikan penubuhan suruhanjaya Diraja kerana kononnya telah menjadi isu nasional.

Penubuhan suruhanjaya Diraja sekaligus seperti satu penghinaan kepada ahli suruhanjaya ini jika ditubuhkan kerana terpaksa menyiasat ke Video lucah! Apa dah tak ada kerja lain? Semua ini sengaja dirancang untuk memburukkan Dato Seri Anwar sekaligus memburukkan imej Pakatan Rakyat. Satu taktik paling keji dan kotor politik Umno dalam sejarah politik Malaysia hasil kerja tangan-tangan pemimpin Umno di sebalik isu video lucah ini.

Umno sanggup melakukan apa sahaja kerana takut hilang kuasa seperti kata pemimpin mereka....Kita akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan Putrajaya.....Mungkin inilah antaranya. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang masih sayang pada negara ini serta masih mempunyai sekelumit nilai kemanusiaan dan mempunyai nilai-nilai keimanan serta keislaman agar menolak politik jijik dan kotor ini. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah melaknat mereka yang buat kerja gila dan tidak bertamadun ini.

No comments: