12 January 2009

CALON BN TAK ADA PARAS RUPA?


SENYUMAN SIAPA PALING MENAWAN????

Naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata pada pengundi di Kuala Terangganu agar tidak memilih paras rupa sebaliknya pilihlah pemimpin berdasarkan prestasi dan kebolehan.

Kenyataan ini merujuk apabila wujud cakap-cakap calon BN Wan Ahmad Farid jarang tersenyum.

Lucu juga bila saya memetik kata-kata Muhyiddin ni kerana macam dah kering modal dalam kempen pilihanraya kecil di Kuala Terangganu. Secara tak langsung Muhyiddin mengakui bahawa Wan Ahmad Farid seorang yang serius dan tidak mesra. Betul tak ?

Kepada pengundi di Kuala Terangganu anda fikir apa lagi? Calon pilihanraya kecil ni ibarat macam pengantin, kalau masa bersanding pun tak reti nak senyum agak-agak macam mana nanti ye?

Kita tidak boleh menilai seseorang itu 100% berdasarkan luarannya. Tetapi dari segi psikologinya perwatakan dalaman seseorang terserlah dari penampilan luarannya. Ini termasuklah cara bercakap, berjalan, cara makan, cara duduk, warna pakaian yang diplih dan cara senyum? Semuanya menggambarkan diri seseorang itu.

Seseorang boleh menipu atau dengan menyembunyikan diri atau identiti atau sifat dalaman diri. Tetapi sampai bila? lambat laun lakonan seseorang akan terserlah.

Dalam tempoh yang ada ini masih belum terlewat kalau Umno dan BN buat kursus bagaimana cara senyum yang betul kepada Wan Farid!

11 January 2009

KERAJAAN HIPOKRIT DALAM ISU PALESTIN!


Ketika seluruh dunia sama ada negara umat Islam dan bukan Islam mengadakan protes besar-besar mengecam tindakan kejam yahudi laknatullah, Malaysia seperti bersikap hipokrit dan talam dua muka dalam isu ini.

Malam tadi seramai 21 orang ditahan polis dalam program nyalaan lilin di Dataran Merdeka. Mereka yang terlibat menyifatkan ia sebagai satu tindakan provokasi polis yang terlebih dahulu telah mengepung kawasan berkenaan sehingga tidak memberi peluang mereka yang berhimpun secara aman untuk bersurai.

Apa salahnya mereka menyatakan bantahan dan sokongan kepada mereka yang tertindas dalam perang seperti di Palestin dan Sri Langka? Adakah mereka membuat kacau dan huru hara serta mengganggu lalu lintas?Adakah kerajaan tidak peka dan simpati kepada penderitaan khususnya rakyat Palestin yang sehingga hari ini telah lebih 800 nyawa terkorban termasuk golongan kanank-kanak, wanita dan orang-orang tua yang tidak berdosa?

Tindakan polis menahan mereka malam tadi ternyata tindakan keterlaluan dan telah menguris hati dan perasaan umat Islam di negara ini yang bersimpati dan tidak jemu-jemu mendoakan nasib umat Islam terutama di Palestin yang sedang cuba dilenyap dan dimusnahkan di bumi Gaza Palestin. Begitu juga tindakan sama yang dilakukan kepada penduduk di Sri Langka sekarang.

Isu kezaliman dan penindasan adalah isu kemanusiaan dan sejagat melepasi batasan kaum dan agama. Semua agama di dunia ini menolak peperangan dan tindakan tidak bertamadun membunuh sesuka hati.

Apa yang Polis ingin jelaskan dengan tindakan keterlaluan menahan mereka yang terlibat dalam bantahan anti perang malam tadi? Adakah kerajaan lebih hendak menjaga hati pelancong yang berkunjung di dataran Merdeka? Adakah menjaga hati pelancong lebih utama daripada membela nasib umat Islam di Palestin dan penduduk yang tertindas di Sri langka?

Tindakan polis ini sebenarnya menggambarkan sikap sebenar kerajaan dalam Isu Palestin yang lebih bersikap hipokrit dan talam dua muka.

Antara yang ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi ialah Charles Santiago, Dr Nasir, Norlaila, Ahli Parlimen Kuala Langat,Abdullah Sani;Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM),S Arutchelvan;Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,Kamaruzaman Mohamad; Aktivis PSM, Nashita dan anaknya Ammar.

10 January 2009

BENARKAH PILIHANRAYA KECIL KUALA TERANGGANU 'SEJUK'?


Benarkah pilihanraya kecil di Terangganu agak 'sejuk'?Tidak sehangat seperti pilhanraya kecil Permatang Pauh dan pilihanraya umum lalu?

Saya tak berkesempatan nak ke sana tetapi itulah maklumat yang diterima. Sama ada melalui kawan-kawan yang bertugas di sana atau sumber berita dari pelbagai media.

Dalam posting yang awal saya pernah menggambarkan dari riak pemimpin Umno mereka merasakan bukan pilihan walaupun menang dalam Pilihanraya Umum lalu. Walaupun menang di kerusi Parlimen, Umno hanya menang 1 dari 5 kerusi dun di parlimen Kuala Terangganu.

Jika ini turut sama dirasakan oleh jentera Pas, bahawa Pas adalah calon pilihan lebih-lebih lagi dengan ketokohan dan kewibawaan calonnya YB Hj. Abdul Wahid Endut, Pas sebenarnya sengaja mengundang padah dan bakal kempunan di Kuala Terangganu.

Sikap terlalu yakin pada kemenangan akan menyebabkan jentera parti kurang bersungguh-sungguh. Kalau setakat dengar cakap-cakap orang Kuala Terangganu bahawa mereka akan pakat undi Pas kerana tidak suka kepada calon BN, Dato Wan Farid seperti yang diberitakan Pas seperti sengaja mengundang penyakit.

Apakah kita lupa apa yang berlaku di Pilihanraya kecil Pendang? Pas tewas di kubunya sendiri. Dalam post mortem dikatakan di antara puncanya adalah kelemahan jentera pas sendiri dan Umno menipu serta menggunakan taktik kotor dalam pilihanraya. Saya tak pelik kalau Umno menipu dan guna taktik macam tu dalam pilihanraya kerana itu sudah sebati dengan mereka.Tetapi Pas sendiri yang perlu dipersalahkan nanti kerana kelemahan jenteranya mengekang penipuan dan taktik kotor mereka. Umno guna wang rasuah pengundi? Itu pun dah sinonim dengan mereka. Maaflah jika ada yang tak setuju, tetapi itulah pengalaman saya sepanjang terlibat secara langsung dalam gerak kerja pilihanraya dalam tiga siri pilihanraya umum sebelum ini.

Nampak gaya Pas seperti terperangkap dengan perang psikologi Umno yang kali ini tidak bertindak agresif seperti sudah-sudah. Rasanya mereka pun tahu taktik provokasi dengan menggunakan mat rempit bawa bendera Pas, bakar bendera BN dan Umno sambil pakai tshirt logo Pas sudah ketinggalan zaman.

Bagi saya suasana sejuk yang berlaku dalam negara berkaitan rapat dengan perkembangan politik negara. Kegagalan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan juga perlu dilihat sebagai salah satu faktor yang mungkin menyebabkan rakyat sudah hilang minat dan selera dalam pilihanraya ini.

Rakyat sebelum ini begitu mengharapkan kerajaan baru terbentuk dalam PRU lalu dan juga selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh. Tetapi itu semua tidak berlaku. Sebelum ini juga rakyat begitu ghairah untuk mengajar kerajaan BN yang menaikkan minyak secara terlampau Mac lalu tapi hari ini harga minyak telah kembali murah akibat kejatuhan minyak global. Tapi mana orang kampung tahu itu semua? Mereka kata BN yang turunkan harga minyak bukannya Pakatan Rakyat.

Harga barang naik? Rasanya isu ini sukar untuk memikat pengundi khususnya golongan tidak berparti (atas pagar). Jawapan standard yang saya kira sukar hendak dipatahkan dari golongan ini ialah 'siapa-siapa yang perintah atau menang, sama aje".

Kemelut yang berlaku dalam Umno juga merupakan isu yang menyebabkan pilihanraya kecil kali ini agak sejuk. Masih ingat lagi permusuhan Idris Jusoh dan Ahmad Said? Masing-masing ada pengikut dan penyokongnya? Agak-agak penyokong Idris Jusoh nak kempen sungguh-sungguh dalam pilihanraya ini? Saya yakin masing-masing ada jawapannya.

Pemilihan Umno bahagian baru-baru ini turut menambahkan keretakan yang kronik dalam Umno. Ibarat retak menunggu belah atau retak yang menunggu nak bersepai! Kumpulan Umno yang tewas dalam pemilihan lalu pasti akan menggunakan pilihanraya kecil Kuala Terangganu ini sebagai medan membalas dendam. Sama ada mereka berkempen ala kadar atau tidak terlibat langsung atau mereka akan boikot pilihanraya ini. Nak harapkan mereka beri undi protes kepada Pas? Situasi ini sukar diramalkan. Tetapi bagi saya mereka lebih rela tidak keluar mengundi atau buat undi rosak atau memilih calon bebas dari memangkah calon PAS dan BN.

Justeru itu, 'kesejukan' pilihanraya kali ini merupakan cabaran besar kepada Pas dan BN untuk menghangat dan merancakkan suasana pilihanraya di Kuala Terangganu. Dalam suasana begini sukar diramalkan siapa yang akan menang dalam pilihanraya kali ini. Peluang Pas dan BN agak seimbang. Apa-apa kemungkinan pun boleh berlaku.

Kepada jentera Pas khususnya pada sahabat-sahabat seperjuangan doaku dari jauh mendoakan kalian. Ingatlah kalah dan menang itu nombor dua apa yang paling penting usaha untuk menyampaikan mesej dakwah sesuai sebagai sebuah gerakan Islam untuk mencari keredhaan Allah SWT.Kemenangan akan diberikan oleh Allah SWT jika kita memenuhi segala syarat-syaratNya. Jika kemenangan sebagai pengukur kejayaan dan syarat utama perjuangan kita akan menjadi orang yang kecewa bila menemui kekalahan. sebaliknya kita menjadi orang yang takkabur dan lupa diri bila kita diberi kemenangan. Kegagalan Pas mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya 1999 sehingga hampir menyapu bersih negeri Terangganu ketika itu dan kemudian tewas dalam pilihanraya 2004 perlu dijadikan renungan kita bersama. Wallahualam.

09 January 2009

MASIH RAMAI LAGI UMAT ISLAM DI MALAYSIA TIDAK SENSITIF ISU PALESTIN?


Khabarnya konsert Jom Heboh dihadiri puluhan ribu penonton. Perlawanan Chelsea dan Malaysia beberapa bulan lepas dihadiri oleh hampir 60 ribu penonton.Sambutan tahun baru di seluruh negara baru-baru ini dibanjiri golongan anak muda terutamanya sehingga penuh sesak. Penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terangganu baru-baru ini secara purata dianggarkan di antara 20 -30 ribu penyokong BN dan Pas ribu dari seluruh negara.

Bantahan kekejaman dan kezaliman Palestin? Malaysiakini, Harakah Daily dan The Star menganggarkan jumlah yang hadir di antara 2000 hingga 5000 ribu orang. Kehadiran yang saya kira masih jauh berbanding acara dan program di atas. Adakah rakyat Malaysia kurang sensitif dengan isu nasib umat Islam Palestin? Adakah hari bekerja ingin dijadikan hujah? Penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terangganu juga dibuat pada waktu hari bekerja tetapi kehadirannya berlipat kali ganda lebih ramai.

Namun begitu dalam masa yang hampir sama turut diadakan bantahan yang sama seperti di Masjid Negara yang dihadiri kira-kira 500 orang yang turut disertai mantan PM. Tun Dr Mahathir,di Kota Bharu yang diketuai sendiri oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdulk Aziz Nik Mat dan di Masjid Kampung Baru yang disertai kira-kira 200 orang.manakala di UIAM Kuantan kira-kira 4000 pelajar dan orang ramai terlibat dalam demontrasi membantah israel.

Kepada yang hadir dalam demontrasi dan bantahan tahniah dan syabas diucapkan kerana ada merupakan umat Islam yang prihatin. Kepada yang tidak hadir mungkin mereka ada alasan yang tersendiri.

Di masjid qariah saya selepas solat Jumaat ada dilaksanakan solat hajat untuk rakyat Palestin tetapi sayangnya lebih 2/3 jemaah meninggalkan masjid sejurus pengumuman solat hajat dilakukan.

Apa yang berlaku seolah-olah menunjukkankesedaran umat Islam di negara ini khususnya secara keseluruhan masih ramai yang tidak peka dan benar-benar sensitif dengan isu umat Islam Palestin. Ikatan persaudaraan Islam masih jauh dan rasa kebersamaan mempertahankan nyawa dan darah umat islam masih jauh. Malah isu Palestin seolah-olah tidak membawa makna dan tidak berkaitan dengan mereka.

Ingatlah selain amalan kita akan ditanya di hari Kiamat kelak, kita pasti akan ditanya apa yang kita lakukan untuk saudara seagama yang terus ditindas dan menderita. Apa jawapan kita nanti? Kita nak beritahu, kita tak ada masa, sibuk dengan kerja,tak ada duit nak derma untuk umat Islam Palestin sebab duit banyak digunakan untuk persekolahan anak dan kita tak kesempatan untuk sekurang-kurangnya berdoa untuk umat Islam Palestin? Atau kita nak beritahu, kita tak boleh berhenti nak makan Mc Donald, rasa ketagih kalau tak minum Coke Coca cola atau rasa gigi tak putih kalau tak guna jenama colgate? Atau kita nak beritahu, kalau tak hisap rokok produk Yahudi akan mengigil satu badan? Jawapannya ada pada diri kita sendiri.

Kesimpulannya kita yang empunya diri, sendiri mahu ingat!

DAPAT KAD KUNING SEBAB MENYOKONG PERJUANGAN PALESTIN


FREDERIC KONOUTE menyelak jersi yang menampakkan tulisan PALESTINA sebagai sokongan kepada nasib umat Islam di Palestin

Liga Sepanyol atau Copa del Rey tidak kurang hebatnya dengan Liga Barclays di England. Hari ini dalam liga bola sepak utama dunia ramai pemain beragama Islam yang cukup popular. Di antaranya Zinade Zidane ( Real Madrid), Frank Ribery(Bayern Munich),Salman Nasri (Arsenal),El Hadji Diouf(Bolton) dan Frederic Konoute (Sevilla).

Semalam dalam liga sepanyol yang berlangsung perlawanan di antara Sevilla dan Deportivo la Caruna. Pemain penyerang Frederic Konoute yang menjaringkan gol kemenangan Sevilla dilayangkan kad kuning. Bukan kerana melakukan kekasaran pada pemain lawan dan bukan juga kerana mempertikaikan keputusan pengadil. Sebabnya???? Hanya kerana menyelak jersi yang menampakkan tshirt yang bertulis "PALESTINA' sebagai sokongan penderitaan rakyat Palestin.

Lihatlah tentang kebencian yahudi kepada Islam. Saya biasa melihat pemain bola yang membuka jersi selepas menjaringkan gol hingga nampak badan yang berketul-ketul tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh pengadil.

Ayuh mari kita bersama terus menunjukkan sokongan dan membantu sekadar yang mampu kepada umat Islam palestin untuk membebaskan diri mereka dari belenggu kerakusan dan kezaliman yahudi laknatullah.

08 January 2009

PELIK!KENAPA MASIH MENGHARAP PBB SELAMATKAN BUMI PALESTIN


Hampir seluruh dunia mengutuk kekejaman yahudi zionis kepada penduduk Palestin. Negara-negara berkenaan mendesak agar PBB campur tangan dan mengambil tindakan segera menyelamatkan bumi Palestin dari tindakan tidak berperikemanusiaan.

Inilah yang saya hairankan, kenapa masih mengharapkan PBB menyelesaikan penderitaan umat Islam Palestin. Kita mungkin terlupa dengan fakta sejarah, yahudi zionis adalah bangsa terbuang yang asalnya tidak memiliki negara. Mereka penumpang di Palestin dan di seluruh dunia. Siapa yang mengiktiraf yahudi dengan negara Israel? Siapa yang mengiktiraf tindakan yahudi zionis merampas tanah penduduk Islam Palestin? Sehingga yahudi menguasai hampir 90% bumi Palestin. Jawapannya ialah PBB!

PBB ialah dalang dan bersubahat dan merestui tanah penduduk Palestin dirampas! Jadi kita hendak mengharapkan pertolongan PBB sekali lagi?

Sebenarnya umat Islam di Palestin sudah hilang tempat hendak bergantung kecuali kepada negara yang majoriti dan ramai penduduk Islam. Tetapi apa yang berlaku, OIC....menjadi Ohhhh I See...Pemimpin liga Arab?Mereka memang tak boleh diharap! Lebih sibuk mengumpul kekayaan, koleksi kapal layar mewah dan jet peribadi kerana semuanya telah termakan budi dengan sekutu yahudi, Amerika.

Saya mengalu-alukan sumbangan AS 1 juta kerajaan Malaysia kepada Palestin, tetapi saya bimbang sumbangan tersebut diberikan kepada Fatah (Tebing Barat) dan bukan kepada Hamas di Gaza. Fatah bersekongkol dengan Israel sebab itu hanya Gaza sahaja yang dibom dan cuba dimusnahkan.Sementara kerajaan presiden Mahmud Abbas di Tebing Barat langsung tidak dijentik oleh regim zionis.

Persoalanya kepada siapa umat Islam Palestin hendak mengadu? Negara jiran Mesir? Mesir lagi tak bertimbang rasa! Bekalan makanan dan ubat-ubatan dihalang masuk ke Palestin. Mesir telah menutup sempadannya dengan Palestin.

Hari ini umat Islam di Palestin (Gaza) sedang terkepung dan sedang menghadapi kebuluran dan kekurangan ubat-ubatan. Mereka hanya dibekalkan dengan muntahan peluru dan bom yang tidak putus-putus menghujani bumi mereka.

Kepada saudara-saudaraku, tidak cukup sekadar keluhan dan simpati. Buatlah yang termampu untuk menyelamatkan saudara kita di Palestin. Ada dua cara paling mudah dan satu cara yang agak susah tetapi masih mampu kita lakukan tanda sokongan dan bantuan kita kepada umat Islam di Palestin iaitu :

1.DOA
2.BOIKOT SEMUA PRODUK YAHUDI DAN SEKUTUNYA AMERIKA
3.BERHENTI MEROKOK!

Ingatlah setiap sen, setiap asap yang anda sedut sebenarnya anda sebenarnya seolah-olah turut sama menyedut darah Umat Islam Palestin. Syarikat rokok pemegang saham terbesarnya adalah yahudi!

Amat malang seribu kali malang dalam demontrasi, di kedai kopi dan di pejabat mulut berapi-api mengutuk kekejaman yahudi sambil rokok buatan yahudi terselit di celah bibir!

PILIHANRAYA: APA YANG TAK ADA DI NEGARA LAIN TETAPI ADA DI MALAYSIA?

1. Pengundi yang telah mati tetapi layak mengundi.
2. Projek segera bernilai berjuta-juta diluluskan serta merta
3. Nama pengundi hilang dari daftar pemilih
4. Tampal gambar orang dah mati menjadi kesalahan besar
5. Bagi kad pengenalan boleh dapat duit sehingga RM 500
6. Pengerusi SPR saman parti politik selepas pencen
7. 6000 polis berkawal menjaga 'keselamatan'
8. Jualan kain batik dan kain pelikat meningkat berlipat ganda
9. Sebuah bangunan boleh dirasmikan lebih dari sekali.
10.Terdapat berpuluh pengundi tinggal dalam sebuah rumah!
11.Seorang pengundi mengundi lebih dari sekali!

07 January 2009

UMAT ISLAM WAJIB BOIKOT PRODUK ISRAEL

Apa bantuan dan sumbangan kita kepada penderitaan umat Islam Palestin? Adakah kita begitu lemah dan malas untuk menadah tangan kepada Allah untuk memohon keselamatan saudara kita seagama?

Jika berdoa pun kita tidak mampu, kita WAJIB boikot semua produk yahudi Israel, Bila kita membeli produk Yahudi bermakna kita juga turut sama menyumbang kepada ekonomi Israel. Sedarlah setiap sen yang kita belanjakan tanpa disedari kita 'melabur' untuk Israel membeli kelengkapan senjata dan membayar gaji tentera mereka untuk membunuh saudara kita di Palestin. Apa tunggu lagi????









EHEM....HARGA MINYAK NAIK LEPAS PILIHANRAYA KUALA TERANGGANU?


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KDNHEP) Datuk Shahril Samad memberi jaminan bahawa harga minyak tidak naik sehingga penghujung Januari ini.

Maknanya pada 1 Febuari minyak boleh naik dan boleh juga tidak naik!Apa pasal tak naikkan minyak sekarang? Jawapannya mudah je, semuanya kerana pilihanraya kecil di Kuala Terangganu.

Harga minyak dunia akhir-akhir ini meningkat disebabkan faktor kebimbangan kekurangan bekalan akibat tindakan rejim zionis di Palestin.

Apa-apapun dijangka kadar kenaikan hanya sekitar 10 sen tidak seperti kenaikan terlampau pada Mac tahun lepas. Namun nilai kenaikan 10 sen setiap liter akan memberi kesan langsung kepada kenaikan harga barang.

Ini pun satu hal juga peniaga di Malaysia, bila minyak naik cepat aje naikkan harga barang tapi bila minyak turun harga barang tak pulak turun, malah terus naik dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka.

Sampai bila perkara ini nak terus berlaku, pihak KDNHEP dan yang sewaktu dengannya buatlah sesuatu langkah perlu untuk mengatasi masalah ini. Jika tak mampu nak selesaikan masalah bagilah orang lain jawatan tu.

Kepada pengundi di Terangganu inilah masanya anda memberi isyarat kepada kerajaan agar tidak bertindak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak tanpa kajian dan pertimbangan yang mendalam.

06 January 2009

PETANDA KEMENANGAN


Bermula dari pemilihan calon sehinggalah perjalanan proses penamaan calon pada hari ini memberi isyarat bahawa kelebihan memihak kepada calon Pas, YB Hj. Abdul Wahid Endot. Calon yang mempunyai rekod bersih dan boleh diterima oleh semua pihak serta diberitakan lebih 40 ribu mengiringi calon Pas dalam proses penamaan calon pada hari ini.

Umno sejak awal-awal lagi mengakui bahawa peluang kedua-dua pihak dalam pilihanraya kecil ini agak seimbang. Malah Ketua Penerangannya Tan Sri Muhd. Md. Taib, mengakui bahawa calon BN (Umno) bukan pilihan.

Tun Dr. Mahathir pula menyifatkan calon yang dipilih oleh Umno dalam pilihanraya kecil ini adalah yang paling 'buruk'.

Sama ada Umno ada strategi permainan psikologi dengan agak merendah diri tidak dapat dipastikan. Apa-apa pun adalah diharapkan Pas tidak terperangkap dengan sebarang taktik dan perang psikologi yang dilakukan oleh Umno. Gerak kerja tersusun dan berterusan perlu dilakukan. Setiap pengundi dari setiap jalan dan lorong serta pelusuk kampung perlu ditemui untuk menjelaskan visi dan misi Pas. Walaupun ada pengundi yang adalah 'umno totok' mereka perlu didekati, paling tidak pun dalam mesej menyampaikan dakwah.

Walau bagaimanapun saya cukup yakin Pas hari ini cukup matang berpolitik sesuai dengan usianya lebih setengah abad menelusuri perjuangan dakwah dan melalui pelbagai asam garam pilihanraya.