19 April 2010

ADUN LOMPAT HEE YIT FONG DAPAT GELARAN DATUK


Adun Jelapang, Hee Yit Fong yang sebelum ini bertanding melalui kerusi DAP dan kemudian menjadi Adun 'Bebas' bakal mendapat gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Perak esok.

Anugerah ini sebagai mengharagai jasa-jasanya yang begitu besar kepada Perak dan kerajaan 1Malaysia selain berjaya mencipta satu rekod dalam politik dunia.....

Mungkin selepas ini giliran YB Motor besar, YB Syarikat RM 2 dan YB lompat pula yang akan menerima gelaran Datuk.

Siapa lagi nak gelaran Datuk?

18 April 2010

PERKASA KINI BERJUANG UNTUK MIC


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sejak beberapa hari lepas telah menubuhkan bilik gerakan di Prima Beruntong, Bukit Beruntong Hulu Selangor. Tujuannya hanya satu, untuk memastikan calon MIC dari BN menewaskan calon Pakatan Rakyat yang terdiri dari anak Melayu.

Adakah Perkasa telah mengikut jejak presidennya yang suka melompat dari satu batu dan tunggul untuk cari makan? Terbukti penubuhan Perkasa hanya gimik murahan kononnya membela dan memperjuangkan hak Melayu. Memanglah Ibrahim Ali ini spesis yang tak tahu malu. Adakah Ibrahim Ali ini terlalu lemah matematik sehingga tak tahu angka dan peratus komposisi pengundi Melayu yang membentuk majoriti lebih 53.94% pengundi berbanding pengundi India hanya 18.98% di Hulu Selangor? Mungkin juga Ibrahim Ali telah pening dengan angka kerana terlalu sibuk mengira keuntungan dan saham sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat judi di Genting Highlands.Jika betul Perkasa memperjuangkan hak Melayu, Ibrahim Ali sepatutnya meletakkan calon untuk bertanding di Hulu Selangor.

Kemungkinan juga Ibrahim Ali cukup terdesak untuk melobi dan mendapat kepercayaan Perdana Menteri 1Malaysia untuk dilantik menduduki kerusi menteri atau timbalan menteri. Bila sudah terlalu kemaruk sehingga lupa asal usul diri sendiri.Inilah orang yang kononnya sanggup menghunus keris untuk membela kepentingan Melayu tetapi kini bukan sahaja menjadi penyokong malah pejuang untuk calon MIC.. Boleh jadi Ibrahim Ali menjadikan hujah TPM 1Malaysia bahawa nama calon BN mencerminkan nama 1Malaysia sebagai dalil untuk menghalakan tindakan beliau berkempen untuk memenangkan calon MIC?

Selepas ini saya mencadangkan agar Ibrahim Ali melantik wakil dari MIC sama ada Samy Vellu atau G palanivel sebagai salah seorang AJK Perkasa. Sekaligus ini akan memantapkan usaha Ibrahim Ali untuk membela dan menjaga kepentingan Melayu.

PKR MENANG BERGAYA DI HULU SELANGOR


Keputusan undian SMS yang dijalankan oleh NTV 7 malam tadi :

1. BN - 6 %
2.PKR - 92
3.BEBAS - 2 %


Paparan keputusan SMS itu keluar tak sampai 5 saat pun...Nampaknya suku sakat BN mula tak senang duduk dan takut pada bayang-bayang sendiri. Setiap kali pilihanraya BN cukup takut dengan perkataan 'kalah'. Kepada semua pemimpin, penyokong dan petugas Pakatan Rakyat keputusan ini akan menjadikan BN lebih 'menggila' di Hulu Selangor.

Kepada penduduk dan pengundi di Hulu Selangor bersedia dengan ramalan cuaca... hujan duit yang dijangka akan turun sekali sekala dan kadang kala lebat terutamanya pada lewat malam.

Jika sebelum pilihanraya macam-macam janji dan rasuah ditabur sama ada bentuk wang tunai dan 'projek mee segera' secara berluasa. Saya tak nampak pilihanraya kali ini akan bebas dari rasuah, penipuan, penyelewengan dan salah guna kuasa. Lebih-lebih lagi dengan sokongan moral dikatakan lebih sekali ganda kepada Pakatan Rakyat dalam penamaan calon semalam.

17 April 2010

AKHIRNYA 'ULAMA' UMNO KELUAR FATWA TENTANG APCO....


Semalam berlansung demontrasi serentak seluruh negara menentang kerjasama Kerajaan 1Malaysia dan APCO syarikat milik regim haram Yahudi. Kerjasama yang menyebabkan sebanyak RM 77 duit rakyat negara ini dibayar kepada APCO.

Dalam posting sebelumnya saya meminta dan menunggu kenyataan dari 'ulama' Umno berhubung isu kerjasama Kerajaan 1Malaysia dan APCO. Akhirnya penantian itu tamat, apabila Tan Sri Harussani Zakaria salah seorang 'ulama besar' Umno mengeluarkan kenyataannya. Tetapi bukan tentang fatwa kerjasama APC0-1Malaysia tetapi 'fatwa' demontrasi ahli dan penyokong Pas menentang APCO.

Dalam demontrasi di Masjid Sultan Idris Shah 2 di Perak semalam , peserta demontrasi membawa papan tanda 'Umno-APCO'. Peserta telah membaling papan tanda berkenaan dengan telur busuk.

Apa fatwa Harrusani....Tindakan membaling telur ke papan tanda Umno-APCO di dalam kawasan masjid adalah haram dan patut dihentikan.... Tahniah kepada Harussani yang akhirnya peka dengan isu APCO-Umno-1Malaysia.

15 April 2010

CADANGKAN MD. TAIB MASUK MIC UNTUK JADI CALON BN HULU SELANGOR


BN semakin pening dan berserabut menjelang pengumuman calon BN PRK Hulu Selangor petang ini oleh TPM. Lebih-lebih lagi apabila mencari calon sesuai untuk menentang Datuk Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat yang telah terbukti ketokohan dan wibawanya.

MIC tetap berpatah arang berkerat rotan menolak calon selain G. Palanivel. Mesyuarat tergempar MIC malam tadi memutuskan mana-mana calon selain dari Palanivel akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk dipecat dari parti.

Umno yang sebelum ini beria-ia mahu bertanding berlembut untuk memberi laluan sekali lagi kepada MIC bertanding tetapi bukan G. Palanivel sebaliknya memilih V Mugilan, Timbalan Ketua Pemuda MIC yang juga anak tempatan. Alasan Umno, Palanivel tidak popular, sudah berumur dan bukan anak tempatan.

BN tidak ada pilihan untuk mencari calon dari MIC yang boleh memuaskan dua-dua pihak. Ini kerana Palanivel dan Mugilan mempunyai kem dan penyokong mereka sendiri. Mana-mana calon di antara mereka yang terpilih akan menyebabkan sokongan pengundi India bakal berpecah dua dan akan menyebabkan boikot pengundi India atau undi protes yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu saya cadangkan BN ambil jalan tengah sebagai penyelesaian untuk meredakan ketegangan di antara dua pihak yang tak sehaluan dalam MIC. Umno mahukan Tan Sri Muhamamad Taib sebagai calon. MIC pula berkeras mahukan calon dari parti mereka. Tetapi MIC tak ada calon yang layak dan sesuai. Maka Md. Taib perlu mengorbankan semangat melayunya dengan menyertai MIC. Hanya dengan cara itu sahaja beliau boleh dipertimbangkan oleh MIC sebagai calon mereka.

14 April 2010

MELAKA MAJU 2010: MURID TERPAKSA BELAJAR BAWAH KHEMAH



Kerajaan Melaka sanggup berhabisan jutaan ringgit untuk aktiviti pelancongan. Membazirkan duit rakyat untuk program Gegau Melaka yang merupakan program Umno-BN. Membazirkan jutaan ringgit lagi apabila Eye On Malaysia disita.

Untuk PRK Hulu Selangor pemimpin Umno-BN akan berhabisan lagi untuk memenangkan calon MIC.Mereka pasti akan berkempen Pakatan Rakyat tidak membela nasib rakyat. Lagu lama akan dimainkan Kelantan yang dikuasai oleh Pas terus mundur dan tak membangun.

Kepada Ketua Melaka, bela dan jaga kebajikan rakyat negeri sendiri. Jika sebelum ini beliau cukup bermurah hati untuk mendermakan kepada YBK RM 5.4 juta di Selangor mengapa rakyat sendiri diabaikan?Murid di sebuah sekolah sekitar bandaraya Melaka terpaksa belajar dalam khemah. Sekarang ni pula musim hujan dan cuaca panas terik tak menentu. Bayangkalah anak-anak ini belajar dalam suasana yang amat daif dan menyedihkan.

12 April 2010

PENGUNDI HULU SELANGOR DIMINTA AMBIL IKTIBAR JANJI PALSU UMNO-BN DI BAGAN PINANG

Setiap kali pilihanraya umum atau kecil, pemimpin Umno-BN akan menjadi makhluk yang paling pemurah, tawadhuk dan baik hati dalam dunia. Mana-mana yang perlukan bantuan sepantas kilat akan dibantu. Pada masa pilihanraya raya adalah ketika kita akan bertemu pemimpin Umno-BN berkain batik dan berkain pelikat mengayuh basikal memasuki setiap lorong dan ceruk kampung.

Dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang lalu, pelbagai bantuan dan janji ditabur. Keputusan diumumkan Umno-BN menang besar dengan majoriti lebih sekali ganda berbanding pilihanraya umum sebelumnya.

Antara janji Umno-BN ketika itu akan menyelesaikan masalah naik taraf jalaraya dari Telok Kemang ke Pasir Panjang. Apa yang berlaku? Sehingga hari ini walaupun pilihanraya kecil Bagan Pinang sudah lama berlalu, penduduk setempat terus bergelumang dengan masalah debu dan banjir akibat pembinaan jalan yang terbengkalai itu.

Penduduk kaum India di estet Bagan Pinang yang dijanjikan pembinaan kuaters baru di kawasan estet mereka terus melopong dan kempunan menunggu janji-janji pemimpin Umno-BN
yang dItabur dalam pilihanraya kecil lalu.

Kini, pilihanraya kecil Hulu Selangor pula , Umno-BN cukup mengharapkan undian dan sokongan pengundi India di situ. Apakah pengundi India di situ akan termakan umpan seperti di Bagan Pinang? Jika begitu keadaannya maka benarlah pengundi India hanyalah alat Umno-BN untuk memenangi pilihanraya dan bukannya untuk membela dan menjaga kebajikan mereka. Pengundi India perlu perlu berubah dan berani mengajar pemimpin Umno-BN agar mereka tidak dilabelkan sebagai rakyat kelas tiga di negara ini.

11 April 2010

HEBAT! AMERIKA DAPATKAN NASIHAT MALAYSIA, MALAYSIA PULA DAPATKAN NASIHAT APCO


Muka depan Utusan Malaysia Online hari ini melaporkan Duta Besar Amerika, Dato Jamaludin Jarjis yang merupakan sekutu rapat PM 1Malaysia mendedahkan bahawa Amerika akan mendapatkan nasihat Malaysia dalam kunjungan PM 1Malaysia bertemu presiden Amerika sempena Sidang Kemuncak Nuklear.

Presiden Amerika itu dikatakan akan mendapatkan pandangan Malaysia berkaitan hubungan di antara Amerika dan negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Mungkin dalam perbincangan dan sesi mendapatkan khidmat nasihat tu, PM 1Malaysia boleh memberi cadangan agar Amerika menggunakan khidmat APCO konsultan Yahudi yang berpengkalan di Israel seperti yang dilakukan oleh Malaysia untuk mempopularkan jenama 1Malaysia.

Mungkin juga PM 1Malaysia boleh menasihatkan presiden Amerika mengambil tindakan serupa seperti yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia dengan merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat. Jadi Presiden Amerika tak perlu korbankan nyawa tenteranya dan bazirkan peluru dan bom untuk menawan Afghnistan, Iraq dan negara umat Islam lain.

Sebagai nasihat tambahan PM 1Malaysia juga boleh mencadangkan kepada Presiden Amerika untuk menggunakan agensi kerajaan seperti polis, mahkamah, SPR, SPRM dan sewaktu dengannya untuk mengekalkan kuasa.

Moga-moga Presiden Amerika akan mendengar nasihat PM 1Malaysia.

10 April 2010

UMN0APCO-BN MAKIN PENING DI HULU SELANGOR


Menjelang tarikh penamaan calon pilihanraya kecil Hulu Selangor apa yang dilakukan oleh UMNOAPCO-BN semua macam tak kena. Presiden 1Malaysia sudah mengistiharkan bahawa calon BN adalah dari MIC. UMNOAPCO Hulu Selangor kembali berlembut untuk bagi laluan MIC bertanding tetapi dengan syarat bukan calon MIC sebelum ini Datuk G Palanivel.

Tetapi MIC bahagian Hulu Selangor kata mereka hanya mencalonkan 1Calon sahaja untuk 1MIC Hulu Selangor, mereka tetap mahu G Palanivel.Palanivel malam tadi pula merayu-rayu diberi peluang kedua katanya kalau tak suka PRU 13 boleh buang...

Keputusan MIC menyebabkan UmnoApco Hulu Selangor menolak kompromi yang dibuat sebelum ini. Jika begitu keadaannya maka UmnoApco kembali menuntut agar calon mereka bertanding. UmnoApco Hulu Selangor hanya ada satu nama sahaja sempena mengambil semangat 1Malaysia iatu tak lain dan tak bukan Tan Sri Muhd. Md. Taib. Semua ini menyebabkan TPM 1Malaysia pening-pening ketika PM 1Malaysia bersama rombongan dan dua YB Lompat berjumpa Barrack Obama di Amerika untuk mendapat restu.Wallahualam

LOGO CALON BEBAS DI PRK HULU SELANGOR?