Selamat Hari Guru buat semua pendidik dan bakal pendidik yang memiliki prinsip dan keikhlasan dalam mendidik generasi hari ini dan akan datang supaya menjadi golongan terdidik dan generasi bertaqwa. Terutama kepada guru-guru di pedalaman berpisah anak isteri serta keluarga tercinta kerana mempertahankan prinsip dan aqidah perjuangan. Moga Allah akan membalas segala pengorbanan.Kepada semua pendidik marilah bersama kita menggerak perubahan menentang segala kemungkaran dan kebatilan.SELAMAT HARI GURU............
Menurut duta Besar Istimewa dan Mutlak Malaysia dan wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Persidangan Islam di Arab Saudi, Profesor Madya Datuk Syed Omar Al Sagga bahawa Malaysia telah diiktiraf oleh negara itu sebagai negara Islam paling maju di dunia.
Saya setuju dengan pengiktirafan ini kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara 'Islam' di dunia yang membenarkan rakyat di negara ini berjudi sewaktu Piala Dunia Afrika Selatan Jun ini.
Selain itu juga Malaysia memang layak digelar negara Islam kerana turut membayar syarikat milik Yahudi sebanyak RM 77 juta untuk mempopularkan jenama 1Malaysia.
Tidak cukup dengan itu Malaysia juga mempunyai antara pusat perjudian yang terbesar di rantau ini yang diluluskan oleh kerajaan 1Malaysia yang majoriti wakil rakyat yang menyokongnya adalah beragama Islam.
Tidak cukup dengan itu kilang Arak yang terbesar di Asia Tenggara juga terletak di Malaysia yang tidak memungkinkan status negara Islam ditarik balik.
Maka siapa yang kata Malaysia bukan negara Islam ternyata mereka bercakap tanpa fakta dan bukti. Syabas Malaysia!
Tahniah kepada pengundi dan penyokong Umno-BN kerana memilih kerajaan Umno - BN dalam pilihanraya umum yang lalu. Tahniah juga kepada pengundi khususnya Melayu Umno di Bagan Pinang dan Hulu Selangor kerana memberi kemenangan kepada Umno-BN dalam pilihanraya kecil berkenaan.
Sebagai tanda sokongan padu tak berbelah bahagi dulu kini dan selamanya kepada Umno-BN maka kerajaan 1Malaysia yang anda pilih telah pun meluluskan atau dalam erti kata lain menghalalkan perjudian baru di negara ini.
Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi bola sepak kepada Kumpulan BERJAYA. Sehubungan itu rakyat Malaysia boleh berjudi sepuas-ppuasnya dan semahu yang boleh sempena Piala Dunia bermula 11 Jun ini.
Maka setiap kali orang berjudi dan bertaruh sempenan Piala Dunia ini maka penyokong dan pengundi Umno akan turut mendapat saham dan 'pahalanya'nya. Mana pergi suara mufti Perak? Adakah beliau sudah jumpa ayat dan hujah yang mengahalalkan judi? Silap hari bulan, tok mufti pun tumpang saham sama....
Tajuk muka depan Utusan Malaysia media yang terkenal dengan sikap pengampu dan penipu ialah " DILIWAT TANPA KERELAAN'. Merujuk kenyataan Saiful yang mengadu diliwat secara paksa dalam keterangan di mahkamah semalam.
Jika kenyataan itu diambil kira maka Dato Seri Anwar Ibrahim perlu disiasat dan didakwa mengikut peruntukan undang-undang bawah seksyen 377c. Iaitu melakukan secara paksa atau seperti jenayah rogol.
Sebaliknya DSAI kini didakwa di bawah peruntukan Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii. Iaitu satu peruntukan melakukan liwat secara suka sama suka.
Jadi mana satu yang betul? Bila dilakukan secara paksa maka pendakwaraya perlu membuktikan wujud elemen paksaan seperti pergelutan atau tindakan mempertahankan diri. Di sini saya siarkan kembali gambar yang dirakam yang menunjukkan Saiful bertugas seperti biasa iaitu pada 27 Jun 2008 sebagai pembancuh kopi dalam satu mesyuarat sehari selepas dakwaan dia diliwat secara paksa!Apa yang lebih menarik walaupun mengadu diliwat secara paksa, Saiful memberitahu mahkamah semalam bahawa dia menyapu minyak pelincir di D _ _ _ _ R nya sebelum mendakwa DSAI meliwatnya.
Nampaknya satu persatu skrip dan adegan Liwat 2 ini mula terbongkar
Perbicaraan Kes Liwat 2 hari ini semakin hangat dan menarik apabila yang mendakwa diliwat Saiful Bukhari Azlan disoal balas oleh pihak pembelaan diketuai Peguam Karpal Singh. Antara pendedahan yang berlaku di mahkamah hari ini ialah saiful mengaku mengadakan pertemuaan dengan Perdana Menteri Dato Seri Najib dan isterinya Datin Rosmah Mansor empat hari sebelum laporan polis dibuat.
Sebelum ini, Najib mengatakan Saiful berjumpa dengannya atas urusan memohon biasiswa walaupun Saiful telah disahkan gagal dalam pengajiannya di sebuah IPTS.
Selain itu juga, Saiful yang cuba menampilkan dirinya sebagai muslim yang baik 'kantoi' apabila mengakui apabila disoal oleh Karpal Singh yang bukan beragama Islam bahawa dia bersembahyang tanpa mandi wajib selepas diliwat kerana berada dalam keadaan 'darurat'.
Saiful juga menjelaskan di mahkamah bahawa dia tidak menyedari kecederaan di belakang d _ _ _ r nya walaupun dalam laporan perubatan yang mengatakan punca kesakitan d _ _ _ r nya kerana kemasukan objek plastik. Saiful mengatakan mungkin doktor berkenaan telah berbohong dalam laporan perubatan itu. Saiful mengatakan sewaktu diliwat minyak pelincir digunakan.
Datuk Dr Awang Adek Hussein, Timbalan Menteri Kewangan berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi lesen judi bola sepak sempena Kejohanan Piala Dunia Jun ini.
Di Kelantan, siapa yang tak kenal dengan Awang Adek? Nama yang dicanang dan disebut-sebut oleh Umno Kelantan sebagai pemimpin bersih dan masa depan untuk merampas kerusi Menteri Besar dari kepimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Apa juga alasan dan hujahnya untuk membenarkan judi bolasepak, judi tetap haram. Tak ada judi halal dan judi haram. Hanya zaman Umno berada dalam kerajaan maka diperkenalkan istilah judi halal dan judi haram.
Rakyat Malaysia amnya dan Kelantan khasnya boleh menilai sendiri sikap pemimpin Umno seperti Awang Adek yang sering bercakap dan menyerang Pas kononnya memperalatkan Islam tetapi terbukti mereka sendiri sangat jahil tentang tuntutan dan apa yang dicegah oleh Islam.
Kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin MCA, Gerakan atau MIC saya tak pelik kerana mereka bukan Islam. Tetapi bila kenyataan ini walaupun dalam bentuk cadangan keluar dari mulut seorang yang mengaku Islam ia merupakan sesuatu yang sangat memalukan.
Jadi tak hairanlah apabila pemimpin Umno yang turut meneguk arak dan memiliki saham judi serta terlibat dengan skandal memperlekehkan dan menghina sejarah lampau hidup Dato Zaid Ibrahim semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor kerana bagi pemimpin Umno seperti itu umpama mengesahkan bahawa dalam Umno dalam bab tertentu arak dan judi adalah halal. Maka dalam pilihanraya kecil itu kita dapat menyaksikan ramai pemimpin Umno yang maksum!
Politik Umno di Terangganu nampaknya kembali panas dan bergolak. Sebelum ini politik Umno Terangganu membahang akibat pergolakan di antara kem Datuk Ahmad Said dan Datuk Idris Jusoh.Walaupun kini telah reda tetapi baranya masih menyala dan bila-bila boleh menyala kembali.
Rupa-rupanya semasa Umno berhempas pulas berkempen dengan menabur fitnah dan melonggokkan jutaan ringgit untuk membeli undi di Hulu Selangor, Mat Said dan anggota rombongan seramai 177 berlepas ke Guangzhou untuk menarik 'pelaburan' pada 18 April lalu.
Kalau Airbus 330, pasti sesak satu pesawat berkenaan. Nampaknya rombongan Mat Said lebih hebat dan ramai daripada rombongan Perdana Menteri Dato Seri Najib yang sebelum ini terbang ke Amerika dan singgah di Jepun. Itupun, Perdana Menteri 1Malaysia sebaik sahaja mendarat di Subang tidak tunggu lama terus ke Hulu Selangor untuk memastikan BN menang di sana.
Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tak sempat balik ke rumah kerana berkampung di Hulu Selangor sepanjang pilihanraya kecil berkenaan. Begitu juga dengan menteri, timbalan menteri dan pemimpin Umno yang lain masing-masing tetap tunjuk muka dan kelihatan sibuk dan menyibuk atau pura-pura sibuk di Hulu Selangor.
Tindakan Mat Said terang-terang cuba menunjukkan kuasa dan pengaruh beliau di Terangganu. Beliau boleh buat apa sahaja tanpa mempedulikan pimpinan Umno lain di peringkat Pusat. Ternyata tindakan Mat Said tidak mengenang budi lebih-lebih lagi kepada Muhyiddin Yassin yang bermati-matian sewaktu pilihanraya kecil parlimen Kuala Terangganu tidak lama dulu.
Ada sesiapa yang berani mengambil tindakan kepada Mat Said? Semua ini sudah cukup membuktikan bahawa sewaktu era Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, beliau semakin hilang kawalan dan pengaruh terhadap Umno di peringkat bawahan. Walaupun sudah terang dan nyata terdapat pemimpin Umno di peringkat bawahan seolah-olah cuba memijak kepala beliau sendiri!
Lepas satu-satu maruah, kedaulatan dan hak milik negara tergadai dan terlepas sepanjang Umno-BN diberi kuasa mentadbir negara.
Belum hilang kejutan kerjasama yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia dengan APCO Worldwide syarikat milik yahudi membabitkan wang rakyat sebanyak RM 77 juta sekali lagi kita digemparkan dengan kehilangan dua telaga minyak yang dianggarkan mempunyai simpanan minyak bernilai ratusan bilion ringgit di perairan tuntutan bersama Malaysia-Brunei.
Berapa banyak lagi maruah,wilayah, kedaulatan dan tanah milik negara ini bakal terjual dan tergadai? Tidak cukupkah dengan beribu ekar tanah negara ini yang kini menjadi milik rakyat Singapura? Begitu juga dengan penubuhan Wilayah Pembangunan Iskandar atas nama pembangunan negara yang menyebabkan maruah dan kedaulatan negara ini kini dalam bahaya.
Apakah kita juga sudah lupa bagaimana pulau Batu Putih yang cukup strategik dan bernilai telah hilang dalam peta negara? Semua ini gara-gara kecerdikan dan kepandaian pemimpin Umno-BN yang mendabik dada pandai memerintah dan membangunkan negara.
Kalau soal maruah kita tidak perlu berselindung lagi. Kadar jenayah rasuah negara ini antara yang tertinggi di rantau Asia. Isu liwat meliwat yang dikaitkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim. Bertambah memalukan dengan isu-isu yang menjadi buah mulut dan diperkatakan serta ditertawakan oleh masyarakat dunia.Antaranya lagi, isu pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam dan kini menyelam semula, kehilangan enjin jet pesawat pejuang, pembunuhan Altantuya, pusat transit dadah dan terbaru kematian menyayat hati adik Aminurashid ditembak polis.
Pada zaman siapa semua ini berlaku? Sudah pasti ia berlaku sepanjang Umno-BN memerintah negara. Selagi Umno-BN dibiarkan terus berkuasa kita atau generasi akan datang dapat menyaksikan lebih banyak isu berkaitan maruah dan kedaulatan akan terlucut dari genggaman negara ini. Sekiranya kita ingin melihat generasi akan datang terpaksa merempat dan mengemis di negara sendiri maka undilah Umno- BN lagi dulu kini dan selamanya menjadi juara menipu rakyat.
Sukan Pasti Kawasan Bukit Katil berlangsung dalam suasana yang cukup meriah.Tahun ini, Pasti Al Hadi dari Paya Dalam menjadi tuan rumah kejohanan. Pertandingan bola sepak pula diadakan di gelanggang Futsal berhampiran yang diuruskan oleh JKKK Umno di situ. Semua Pasti yang berada dalam kawasan Bukit Katil mengambil bahagian dalam kejohan sukan kali ini. Buat Julung-julung kalinya pertandingan perbarisan dan kontigen terbaik turut diadakan kali ini. Kontijen pasukan terbaik dimenangi oleh Pasti Al Kautsar dari Ayer Keroh manakala tempat kedua dimenangi oleh Pasti Seri Jati. Pasti Seri Jati sekali lagi mempertahankan johan bola sepak yang dimenangi tahun lepas dengan mengalahkan Pasti Al Hadi. Sementara itu johan bola jarring dimenangi oleh Pasti Ar Rahmah dengan mengalahkan Pasti Al Ikhwan.
Buat pertama kalinya juga kejohanan bola sepak diadakan di gelanggang Futsal bersebelahan dengan balairaya. Apa yang lebih menarik kejohanan sukan pasti ini menyaksikan kejatuhan bendera Umno di situ.....
Kejatuhan bendera Umno di balairaya bersebelahan gelanggang kejohanan yang turut disaksikan di sepanjang kejohanan sukan Pasti
Pertandingan bola jaring
Perbarisan Kontigen yang bertanding
Sebiji bola kejar ramai-ramai....
Penyerang No 7 yang bakal digeruni dalam kejohanan Sukan Pasti Negeri Jun ini