13 February 2011

APA ??? ALI RUSTAM NAK BERDEBAT??


Walaupun penamaan calon dan kempen rasmi PRK Merlimau belum bermula, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mud. Ali Rustam telah mula buat lawak.

Menurut laporan akhbar Berita Harian hari ini, beliau bersedia menjawab segala tohmahan dan berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat berhubung pentadbiran dan pembangunan di negeri ini.Menurut laporan itu lagi Ali Rustam tidak gentar menjawab segala tuduhan terutama berkaitan pemberian status negeri maju, rancangan pembangunan industri dan pelancongan serta penyediaan infrastruktur di Melaka.

Mungkin orang luar Melaka dan pemberita mungkin Ali Rustam boleh tipu, tetapi orang Melaka semua tahu bukan pertama kali kata-kata itu keluar dari pemimpin Umno yang terpalit isu rasuah dan penyelewengan berkata demikian.

Beberapa bulan lalu, apabila pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan kewajaran pembinaan sekolah Murid Mengandung ( sekolah Harapan ) dan mendedahkan bahawa kerajaan negeri menipu rakyat Melaka dan seluruh dunia kononnya Melaka telah mendapat pengiktirafan OECD ( Organisation for Economic Cooperation and Development) pada 2010 yang akhirnya dinafikan oleh wakil OECD Jon Hall. Ali Rustam tetap mempertahankan bahawa sekolah Harapan idea hebat dan berkeras dengan mengatakan Melaka memang dah capai negeri maju.

Ketika itu beliau berkata bersedia berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Maka Pesuruhjaya Pas Melaka, Ustaz Abd Ghani abd. Rahman menghantar surat rasmi menyambut kata-kata Ali Rustam untuk berdebat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Apa kesudahannya? Bukan kata nak berdebat sehingga hari ini takut nak beri maklum balas. Walhal cabaran itu awalnya bukan datang dari Ustaz Ghani tetapi dari Ali Rustam sendiri.

Semalam, Ali Rustam nak berdebat lagi? Saya cukup yakin Ali Rustam tak akan berani berdebat bukan sahaja dengan Ustaz Ghani malah tidak mampu dan kecut perut untuk berdebat dengan mana-mana Ketua cawangan Pas pun di Melaka! Ali Rustam hanya mampu berkokok seperti ayam jantan seperti yang dilakukan bersebelahan ceramah Pas tidak lama dulu serta hanya berani menghantar dan mengupah samseng-samseng untuk menggangu ceramah dan program Pas seperti yang dilakukan sebelum ini kerana tidak mampu untuk menjawab dakwaan berserta fakta yang dikemukakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Hanya pengundi dan rakyat yang tidak normal serta mempunyai kepentingan sahaja yang percaya dan masih menyokong Ali Rustam. Sebenarnya Ali Rustam hari ini cukup terdesak apabila ada berita yang kini tersebar luas di Melaka bahawa penggal ini adalah penggal terakhir beliau sebagai Ketua Menteri Melaka.

12 February 2011

GILIRAN SIAPA SELEPAS HOSNI MUBARAK?


Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada kuasa rakyat melepaskan jawatan sebagai Presiden Mesir selama lebih 30 tahun dalam usianya mencecah 82 tahun. Perletakan jawatan Hosni Mubarak disambut bagaikan pesta penuh kesyukuran oleh jutaan rakyat Mesir.

Kejayaan dicapai tidak diperolehi secara mudah setelah nyawa dan darah rakyat menjadi galang ganti. Kebangkitan kuasa rakyat di Timur Tengah memberi isyarat cukup jelas kepada semua diktaktor yang masih berkuasa di serata dunia.

Sejarah perjuangan rakyat Mesir khususnya melalui Ikhwanul Muslimin melalui episod ngeri sepanjang kekuasaan diktaktor Mesir ini serta pemimpin sebelumnya. Ribuan rakyat dipenjarakan serta ditahan tanpa bicara. Mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan. Tidak kurang juga yang syahid sama ada di hujung senjata atau di tali gantung.

Siapa sangka, Hosni Mubarak yang menjadikan negaranya sekutu kuat Amerika dan Israel serta memiliki armada tentera yang cukup kuat dan canggih tumbang kepada kuasa rakyat yang hanya bersejatakan semangat dan keazaman untuk melihat keadilan dan reformasi serta tuntutan rakyat diberi keutamaan.

Kebangkitan rakyat sebelum ini di Tunissia kemudian merebak ke bumi Mesir dan masih bersemarak di Jordan dan Algeria memberi mesej yang cukup jelas kepada rakyat bahawa bukan mustahil walaupun dalam serba kekurangan kuasa pemimpin yang zalim, menindas, rasuah, skandal, terlibat dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan dapat ditumbangkan.

Maka, rakyat seluruh dunia kini menunggu dan terus menunggu siapa pula selepas Hosni Mubarak? Ternyata janji Allah itu benar, kemenangan pasti datang dan kebatilan akan lenyap. Cuma menanti masa dan ketikanya sahaja. Ayuh para perjuangan kebenaran teruskan langkah dan pengorbanan...Kebenaran pasti datang!

01 February 2011

BANJIR DI MELAKA:KERAJAAN UMNO/BN KENA BERTANGGUNGJAWAB

Kali kedua dalam hidup saya menemui pengalaman banjir.Banjir yang peringkat awal melanda Johor dan beberapa tempat di negara ini merebak ke Melaka.Banyak rumah yang dinaiki air serta ramai yang dilanda musibah.Tidakkurang juga yang mula menjadi korban banjir.

Cuma di Melaka, banjir yang melanda khususnya di Taman Merdeka dan Taman Angkasa Nuri yang menempatkan kira-kira 10 ribu kediamanan penduduk berlaku dalam keadaan 'luar biasa'. Jika di tempat lain hujan ribut berlaku banjir,itu biasa.

Di kedua-dua tempat berkenaan walaupun hujan telah berhenti lebih daripada 24 jam, turut banjir. Ini semua berpunca daripada kelemahan pemerintahan dan pentadbiran Umno/BN.

Pertama air empangan Durian Tunggal yang melepasi tahap kritikal dilepaskan tanpa amaran awal. Saya bertuah kerana mendapat maklumat awal daripada beberapa individu yang meminta berjaga-jaga maka saya dan keluarga sudah bersiap sedia. Banjir yang berlaku secara mendadak akibat pelepasan air empangan Durian Tunggal begitu mewujudkan suasana cemas dan kelam kabut di kalangan ribuan penduduk. Ini menyebabkan ramai penduduk yang tidak sempat menyelamatkan barang-barang berharga.Walhal perkara itu tidak sepatutnya terjadi jika penduduk di beri amaran awal.

Kedua kolam tadahan dan tebatan banjir bernilai lebih RM 200 juta yang dibina selepas peristiwa banjir tahun 2006 yang dirasmikan oleh Pak Lah ketika menjadi PM gagal dimanafaatkan untuk menangani banjir. Ini kerana walaupun selepas 5 tahun projek berkenaan masih gagal disiapkan dan diselenggara dengan sempurna. Kerajaan Umno/BN di bawa Ali Rustam lebih sibuk untuk menyiapkan projek seperti Monorail Melaka yang bermasalaah, membina litar go kart terbesar Asia Tenggara yang kini terbengkalai, projek naik taraf sungai Melaka untuk pelancongan, membeli Eye On Malaysia baru setelah yang lama menjadi besi buruk dan banyak lagi projek yang membazir dan tidak perlu sama ada dibina atau disenggerakan.

Ketiga, pembinaan dan menaik taraf lapangan terbang Antarabangsa Melaka yang bernilai lebih RM 120 juta yang kini menjadi projek gajah putih turut menyumbang kepada berlakunya banjir. Pembinaan lapangan terbang ini sekaligus menyebabkan penduduk di Taman Merdeka dan Taman Angkasa Nuri tinggal dalam kawasan 'empangan' untuk memberi laluan projek berkenaan.

Keempat, aktiviti menambak laut di Pantai Klebang yang kini masih berjalan rancak turut menyumbang kepada berlakunya banjir bukan sahaja pada kali ini tetapi juga pada tahun 2006. Pembinaan tambak laut ini yang merangkumi kawasan berpuluh kilometer persegi menyebabkan aliran air dari Sungai Melaka menjadi perlahan dan tersekat yang menyebabkan mudahnya berlaku banjir.

Justeru itu,kerajaan Umno/BN kena bertanggungjawab sepenuhnya dengan tragedi dan episod malang yang sekali lagi melanda penduduk Melaka. Lebih mendukacitakan lagi kepada kaum berbangsa Tiongha yang bakal menyambut Tahun Baru Cina yang rata-rata kesal dengan banjir yang berlaku kini kerana kelemahan ketara kerajaan Umno/BN.

30 January 2011

UMNO/BN DITOLAK PENGUNDI CINA DI DUN TENANG

Bila-bila masa daripada sekarang keputusan rasmi pilihanraya kecil DUN Tenang akan diumumkan. Umno/BN dijangka mengekalkan DUN Tenang yang secara tradisinya menjadi kubu kuat Umno.

Tetapi keputusan pilihanraya kecil DUN sebenarnya kekalahan kepada Umno/BN. Pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin awal-awal lagi meletakkan standard kemenangan KPI mesti lebih majoriti 5000 undi. Malangnya Umno/BN dijangka tidak mampu melepasi majoriti 4000 undi. Kemenangan ini tidak berbaloi berbanding lebih RM 30 juta 'projek rasmi' pembangunan di Tenang seperti yang diumumkan oleh Muhyiddin sebelum ini.

Paling ketara Umno/BN tewas teruk di kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina. Ini jelas berdasarkan keputusan berikut mengikut peti undi.

Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

Sekaligus membuktikan bahawa Umno/BN ditolak oleh pengundi Cina dalam pilihanraya kecil ini. Secara tidak langsung membuktikan kepimpinan Chua Soi Lek ditolak di kubu kuatnya selama ini. Maka Chua Soi Lek perlu mencermin diri bahawa kepimpinannya tidak diterima oleh majoriti pengundi Cina.

Melalui keputusan pilihanraya kecil ini, peluang dan potensi Pakatan Rakyat sebenarnya cukup besar dan memberi isyarat yang cukup jelas bahawa kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya bukan cakap kosong. Dalam situasi ini beranikah Dato seri Najib untuk membubarkan parlimen serentak dengan pilihanraya Negeri Sarawak sebelum bulan Julai ini?

29 January 2011

RUPA-RUPANYA ALI RUSTAM TAK TAHU POLITIK TU APA

Ketua Pemuda Pas Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek sebelum ini mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Muhd. Ali Rustam yang mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihanraya Umno/BN di Dewan Politeknik Merlimau.

Politeknik Merlimau merupakan premis kerajaan yang dibina hasil daripada duit rakyat tanpa mengira fahaman politik.Jika Umno/BN boleh guna maka PAS,PKR dan DAP sepatutnya boleh guna sama. Namun, semua tu mustahil selagi Umno/BN berkuasa yang menganggap semua premis dan prasarana serta aset milik kementerian, jabatan dan agensi kerajaan adalah milik Umno/BN.

Saya tak nak sentuh isu Umno/BN guna premis kerajaan kerana kita tahu kalau Umno/BN tak boleh guna premis kerajaan seperti di negeri ditadbir Pakatan Rakyat mereka akan melalut dan meragam tak tentu pasal.

Apa yang saya hendak bangkitkan, Umno/BN menafikan bahawa perjumpaan di Dewan PoliteknikMerlimau bukan program politik tetapi dialog pemimpin bersama rakyat.

Perkara itu turut dinafikan Setiausaha Khas IPTA/S Majlis Belia Malaysia, Shahrul Azuwar Abdul Aziz.

Cuma saya nak tanya yang ramai-ramai bertudung dan berbibir pink dan merah serta berbaju biru dengan cop keris tak bersarung dan dacing senget sebelah tu apa? Kalau bukan perjumpaan dengan jentera Umno/BN, perjumpaan apa pula? Perjumpaan dengan hantu raya?

27 January 2011

INI BUKAN RASUAH KE ?


Ketua Menteri Melaka Dato Seri Muhd. Ali Rustam sedang memberi 'ang pau' kepada seorang warga emas di Merlimau semalam. Kalau bukan rasuah apa pula? Hadiah? Sumbangan? Zakat? sedekah? Mengapa pula hanya di Merlimau sahaja? SPRM macam mana tak nak siasat Ali Rustam sekali lagi? Setiap kali pilihanraya pemimpin Umno kelihatan cukup pemurah dan baik hati...

26 January 2011

DOKTOR DAN BEKAS PENGETUA ANTARA DIJANGKA CALON PAS DI MERLIMAU

Pas Melaka dijangka tidak ketandusan tokoh berwibawa untuk diletakkan sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Dun Merlimau. Antara tokoh yang disebut-sebut sebagai calon Pas di Merlimau ialah seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri di Dun Merlimau.

Beliau seorang yang cukup dikenali dan disenangi oleh penduduk tempatan serta sering terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Bekas calon Pas sebelum ini ialah Mejar (B) Jasmee Tompang yang merupakan pimpinan Pas Kawasan Jasin.

Selain itu, seorang bekas pengetua perempuan yang pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah di Dun Merlimau sebelum ini turut dicanang dan bakal dipertimbangkan sebagai calon.

Kedua -dua calon ini dijangka bakal memberikan saingan sengit serta imej positif kepada pengundi untuk merealisasikan impian Pas untuk menghantar wakil ke DUN Melaka.

24 January 2011

DUN TENANG: RAHSIA CALON UMNO AKAN TERBONGKAR?

Calon Umno Mohd Azahar Ibrahim mula kepanasan???

Pilihanraya Kecil Dun Tenang semakin tidak menenangkan Umno/BN yang bercakap besar sebelum ini untuk meraih majoriti lebih 5000 undi untuk menewaskan calon Pakatan Rakyat dari Pas.

PRK Tenang bakal mengulangi episod PRK Permatang Pasir tidak lama dulu apabila calon Umno/BN, Rohaizat Othman malu besar apabila isu tentang rahsianya terbongkar.

Menurut Pengarah Induk Pilihanraya Pas di Dun Tenang YB Salehudin Ayub, Pas dalam masa terdekat akan mendedahkan rahsia calon Umno Mohd Azahar Ibrahim.Mengulas lanjut ia tidak menyentuh isu peribadi seperti yang dilakukan oleh jentera kempen Umno/BN sekarang tetapi berkaitan kepimpinan calon Umno/BN.

Sudah pasti calon dan kepimpinan Umno/BN kini kepanasan menunggu detik-detik rahsia berkenaan dibongkar. Seorang pemimpin bukan sahaja perlu bersih tetapi mesti dilihat bersih. Kita tunggu sahaja masa dan ketikanya. Tenang kini makin mengusarkan Umno/BN.

20 January 2011

ADUN MERLIMAU MELAKA MENINGGAL DUNIA


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung di Hospital Putra Melaka

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

12 January 2011

UMNO/BN AKAN KALAH TERUK DALAM PRU KE13 JIKA NAJIB BERDEBAT DENGAN ANWAR

Perdana Menteri DatoSeri Najib dalam ucapan perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri menyifatkan Janji 100 hari Pakatan Rakyat sebagai tindakan populis. Najib berkata, negara akan bangkrap jika janji Pakatan Rakyat dilaksanakan.

Bagi menunaikan Janji 100 Pakatan Rakyat, RM 19 bilion diperlukan. Jumlah yang kelihatan agak besar tetapi bukan sukar untuk diperolehi. Tak perlu pakar ekonomi untuk terangkan....PKZ tak berlaku penyelewengan, pembelian kapal selam dan peralatan ketenteraan lain tidak diberi kepada kroni serta melibatkan komisyen, projek pembangunan melibatkan kewangan kerajaan dilaksanakan secara adil dan telus, pembaziran dapat dielakkan ( lawatan 'rasmi' Rosmah ke Timur Tengah sebagai contoh ??), perkhidmatan kepada syarikat Yahudi Apco Worlwide RM 77 juta setahun dimansuhkan, kos baiki rumah PM RM 66 juta dibatalkan....paling ketara projek Menara 100 tingkat ditolak tepi...RM 19 bilion senang-senang boleh diperolehi.

Apabila Dato Seri Anwar Ibrahim mengajak Najib berdebat dalam isu ekonomi, seperti dijangka Najib mengelak dengan 1001 alasan. Mengapa dan kenapa? Penyelewengan dan pembohongan Umno BN di bawah Najib akan terdedah. Rakyat akan dapat membuat penilaian dan pertimbangan. Kebenaran bakal terbukti dan segala penipuan akan didedahkan satu persatu. Selepas itu, hanya mereka yang tidak normal dan rasional sahaja yang akan terus menyokong Umno/BN.

Saya cukup optimis Umno/BN bakal tersungkur dengan kekalahan yang lebih besar dalam PRU ke 13 jika debat Najib- Anwar menjadi kenyataan. Mana mungkin Najib berani dan mengambil langkah seperti membunuh diri sendiri!

Bagi mengelakan keaiban dan menjaga maruah Najib maka pengampu-pengampu yang cuba mendapat perhatian Najib menawarkan diri untuk 'menggantikan' Najib dengan mencabar DSAI berdebat iaitu Khairy Jamaludin dan Dato Seri Nazri Aziz. Bagi saya Khairy dan Nazri bukan standard dan lawan Anwar. Penentu dasar dan pembuat keputusan besar dalam kerajaan ialah Najib bukan Khairy dan bukan juga Nazri. Maka Khairy dan Nazri duduk diam-diam tak usah sibuk-sibuk!