09 October 2008
ANAK BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA
HARGA MINYAK : MENTERI TAK FAHAM MATEMATIK

Harga runcit petrol dan diesel di negara ini mungkin akan diturunkan lagi antara 10 hingga 12 sen seliter akhir bulan ini atau awal bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.
Bagaimanapun, katanya penurunan bahan api berkenaan tidak akan melebihi 12 sen bagi mengelakkan keuntungan pengusaha stesen minyak terjejas.
“Sekiranya harga minyak mentah dunia berada di bawah paras AS$100 setong, tidak mustahil rakyat boleh menikmati penurunan harga sekali lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.
Inilah masalahnya bila pemimpin yang jadi menteri tak faham matematik. mungkin masa nak masuk bab campur tolak darab bahagi cikgu menteri berkenaan meninggal dunia ( meminjam kata-kata Allahyarham P. Ramlee ) Kepada menteri berkenaan, rakyat sekarang bukannya bodoh. Masa kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan Jun lalu iaitu RM 0.78 sen untuk petrol dan RM 1 untuk diesel harga minyak di pasaran dunia ketika itu ialah antara $ US 135 - $ US 140. Sekarang ini harga minyak di bawah $ US 90. ! Apa pasal masih lagi harga minyak tak boleh nak diturunkan agar lebih murah atau sekurang-kurangnya kembali pada harga asal RM 1.92 ?
Hari ini kerajaan menggunakan alasan tidak masuk akal iaitu minyak tak boleh turun melebihi 12 sen pada masa akan datang kerana bimbang pengusaha stesen mengalami kerugian. Di sini menunjukkan kerajaan lebih rela rakyat menderita dan mengalami kesusahan kerana menjaga kepentingan beberapa kerat pengusaha stesen minyak. Kerajaan tak kisah kadar inflasi melambung, harga barang mahal, kos sara hidup meningkat dan rakyat terpaksa ‘mengikat perut’ asalkan mereka masih kekal berkuasa.
SIAPA CALON UMNO YANG BETUL-BETUL BERSIH ?
Isu yang agak hangat sekarang ialah kemelut yang berlaku dalam UMNO menjelang pemilihan pada Mac nanti. Semakin ramai yang berangan-angan dan bermimpi untuk menawarkan diri bertanding jawatan-jawatan tertinggi dalam UMNO. Sila namakan atau fikirkan satu calon dalam UMNO yang bebas dari sebarang isu seperti rasuah, skandal, gejala moral dan apa-apa unsur yang tidak sihat. Sekiranya anda tidak mampu menamakan siapa individu yang bersih dalam UMNO yang berhasrat atau mencalonkan diri untuk bertanding maka fikir-fikirkanlah sebab apa anda masih kekal dalam UMNO. Agaknya siapa dia orang yang benar-benar bersih dalam UMNO yang menjadi pilihan anda ? Datuk Seri Najib Tun Razak ? Tan Sri Muhammad Taib ? Tan Sri Rahim Tamby Chik ? Datuk Ali Rustam ? Atau siapa sahaja dalam UMNO…sila nyatakan pilihan anda.
KERAJAAN BARU TERBENTUK MINGGU DEPAN ?

Kerajaan baru dijangka terbentuk dalam tempoh terdekat berikutan perkembangan terkini dalam senario politik negara. Keputusan Pak Lah tidak bertanding sebagai Presiden UMNO pada Mac depan seperti yang diumumkan semalam tidak menggugat dan menghalang usaha pembentukan kerajaan baru seperti yang ditegaskan oleh DSAI. Tarikh yang paling hampir ialah pada 13 Oktober ini iaitu semasa Parlimen kembali bersidang.
Masalah agihan kerusi kabinet dikatakan telah dapat diselesaikan di kalangan Pakatan Rakyat yang menyebabkan semua pihak dalam Pakatan Rakyat berpuas hati.Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah sehari dua lepas yang memberikan beberapa 'klu' tentang pembentukan kerajaan baru menghangatkan lagi jangkaan ramai pihak bahawa kerajaan baru akan terbentuk dalam masa yang terdekat.
Pengumuman Pak Lah semalam tidak memberi kesan dan mengubah pendirian mereka yang ingin berhijrah ke Pakatan Rakyat kerana masalah dalam BN dan kerajaan tidak akan selesai dengan langkah Pak Lah tidak bertanding jawatan presiden. langkah ini sebenarnya menambahkan lagi kegawatan dalam UMNO dan BN sehingga mewujudkan lebih banyak kem dan puak wujud dalam UMNO. Sekali gus memburukkan rasuah dan penyelewengan yang sinonim dengan UMNO. Keadaan ini memaksa Lembaga Disiplin UMNO semalam memberi amaran tegas kepada siapa yang terlibat dalam rasuah dan skandal pada pemilihan akan datang.
Malah kejatuhan teruk indeks utama BSKL sehingga semalam menunjukkan pengumuman Pak Lah tidak mampu untuk memulihkan keyakinan pelabur dalam kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara. Semua ini menyumbang kepada langkah untuk mempercepatkan pembentukan kerajaan baru supaya keadaan dalam negara dapat diselamatkan.
Di Samping itu,kejatuhan harga minyak di pasaran global sehingga semalam di bawah paras $ US 87 setong terendah dalam tempoh lapan bulan tidak membawa apa-apa berita baik kepada rakyat negara ini yang telah lama menderita. Hal ini disebabkan kelemahan ekonomi negara di bawah kepimpinan sekarang.Kerajaan yang ada masih teragak-agak untuk menurunkan harga minyak. Semua ini membuktikan kelemahan kerajaan yang ada sekarang dan perlu ditukar secepat yang mungkin dengan memberi peluang kepada kerajaan baru untuk membetulkan semula keadaan.
08 October 2008
NAJIB KEMPUNAN ?

Malam tadi kira-kira 200 orang berkumpul dan menghadiri pertemuan bersama Pak Lah di Sri Perdana Putrajaya untuk menyatakan sokongan dan meminta Pak Lah tidak tunduk pada desakan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO.
Sebentar tadi kira-kira 30 orang penyokong dan kumpulan NGO berkumpul di depan pintu Sri Perdana untuk menyatakan sokongan dan rayuan terakhir agar Pak Lah tidak tunduk pada mana-mana pihak. Nampak gayanya Najib akan kempunan untuk menjadi orang nombor satu negara.
PENYOKONG PAK LAH MENYATAKAN SOKONGAN SEHINGGA MINIT-MINIT TERAKHIR

LAMBAIAN TERAKHIR ????
PAK LAH AKAN BERUNDUR ATAU BUAT U TURN ?

Dalam kesibukan menguruskan dan menjaga anak yang dimasukkan wad di GH sejak kelmarin saya masih sempat menerima tetamu yang merupakan AJK Bahagian UMNO Alor Gajah dan isterinya AJK Wanita Bahagian yang datang berhari raya petang semalam.
Bila dah bertemu orang politik sudah pasti antara perkara yang rancak disembangkan ialah tentang politik semasa. Saya bertanya mereka jadi tak Pak Lah berundur atau Pak Lah akan buat U Turn ?
Katanya, siapa yang hendak berundur ? Tapi pak Lah dah terdesak dan terpaksa berundur. Pak Lah dah tak ada pilihan.Najib dan kemaruk sangat nak jadi Presiden UMNO dan PM. Kecuali..Pak Lah buat U Turn..walaupun kena saman !
Kepada AJK Bahagian dan wanita Bahagian berkenaan saya dalam lama 'kenen' supaya tinggalkan UMNO lebih-lebih lagi dalam keadaan gawat sekarang...kerana mereka tak lain dan tak bukan adalah abang kandung dan kakak ipar sendiri !
07 October 2008
HARGA BARANG NAIK MELAMBUNG
Harga barang keperluan, terutama barang basah seperti ikan dan sayur-sayuran melambung sehingga 50 % di seluruh Negara. Harga barang keperluan ini dijangka akan meningkat lagi berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.
Dalam hal ini Kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya tanpa menyalah dan menunding jari kepada mana –mana pihak seperti pembekal dan pengusaha syarikat pengangkutan.
Kesan kenaikan harga minyak ' terlampau' menyebabkan para pembekal dan pengusaha tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga untuk menyerap pertambahan kos pengeluaran.
Keadaan bertambah buruk dengan kelemahan agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Maklumlah Pak Menteri sedang sibuk menjelang pemilihan UMNO akan datang sehingga tak ada masa untuk memantau apa yang berlaku .
Seperti biasa yang menjadi mangsa adalah pengguna dan orang ramai terutama golongan bawahan berpendapatan rendah yang terpaksa 'mengikat perut' untuk meneruskan kehidupan harian. Sebailknya golongan pemimpin yang memegang kuasa sibuk dengan jamuan bermewah-mewah di majlis rumah terbuka yang mempunyai agenda serampang dua mata untuk melobi menjelang pemilihan UMNO akan datang.
APABILA ALI RUSTAM BERBICARA SOAL AGAMA
Al fadhil Sahibul Samahah Ketua menteri Melaka semalam mengeluarkan 'fatwa' bahawa tindakan penyokong PKR di Batu Caves yang menaikkan replika DSAI sebagai tindakan mendewa dewakan pemimpin. Secara sinis beliau bertanya adakah pembinaan replika tersebut mendapat keizinan dari Pas. Di samping berkata tindakan tersebut satu tindakan yang membazir.
Inilah masalahnya, kalau mengambil pandangan orang yang tak cermin diri sendiri. Jalanlah sekitar Melaka, kita pasti akan menemui billboard besar yang tersergam gambar Ali Rustam. Termasuk yang belum diturunkan sejak PRU yang lalu. Adakah itu tak membazir Datuk ? Alangkah baiknya kos yang mencecah ribuan ringgit itu disedekahkan pada fakir miskin dan golongan tidak bernasib baik.
Sebelum keluarkan apa-apa 'fatwa' tentang patung atau replika sila buang dulu patung-patung yang terdapat di sekitar Melaka. Misalnya patung lembu di Dataran MBMB, patung kancil di depan bangunan Stadhyus, patung di atas bukit St. Paul dan banyak lagi. Harap mufti Melaka tolong nasihatkan Ketua menteri yang sedang bermimpi nak jadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.
NAIB PRESIDEN UMNO SETARAF JKK ?
Mohamad Hanapi, Ketua Umno Cawangan Kampung Ubai di Pekan semalam mengumumkan menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan akan datang.
Sama ada secara serius atau pun sinis, kesediaan mencalonkan diri sebagai Naib Presiden menunjukkan bahawa golongan bawahan termasuk JKK dan cawangan sudah hilang kepercayaan pada calon-calon peringkat pusat dan dalam MT yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding.
Di samping itu, inilah sebenarnya standard pimpinan tertinggi UMNO di peringkat pusat setaraf dengan JKK je…





