11 October 2008

ALI RUSTAM PERTAHAN BERI GELARAN DATUK PADA SHAH RUKH KHAN

Setelah teruk dikritik kerana memberi gelaran "Datuk' kepada pelakon sensasi Bollywood Shah Rukh Khan, hari ini Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam mempertahankan langkah kerajaan negeri menganugerahkan gelaran tersebut.

Menurut beliau Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk "One Two Ka Four" di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

"Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka," katanya.

Saya memuji langkah Ali Rustam kerana kesan daripada filem tersebut yang ditayangkan di seluruh dunia tak lama dulu maka ramai 'pelancong' dari seluruh dunia tertarik untuk datang ke Melaka terutama mat bangla, mat dan minah Indon dan tidak ketinggalan dari Myanmar dan Vietnam yang semakin ramai berkunjung ke Melaka. Tahniah sekali lagi kepada Ali Rustam.

        

MALUNYA JADI ANAK MELAKA….

Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia, terpampang di pintu gerbang di Ayer Keroh pintu masuk ke Melaka selepas plaza tol Ayer Keroh. Sepintas lalu menunjukkan kehebatan dan kemasyuran yang terdapat di Melaka. Hakikatnya indah khabar dari rupa. Lebih-lebih lagi bila dapat pemimpin yang menerajui negeri sekarang yang tidak cerdik. Tak habis-habis memalukan anak Melaka dengan tindakan dan ucapan yang kontraversi dan tak masuk akal.

Selepas ini orang akan mengingati Melaka bukan kerana tinggalan sejarahnya. Tetapi orang akan ingat Melaka kerana pemimpin kerajaannya yang diterajui oleh Datuk Seri Ali Rustam yang sepatutnya telah lama 'dimuziumkan' sebagai tinggalan dan pengajaran kepada generasi akan datang supaya mengambil ikhtibar tidak melakukan perkara yang sama.

Dalam kesibukan dunia menganugerahkan Hadiah Nobel kepada tokoh dunia yang berjasa, Melaka mengambil langkah pelik memberi gelaran 'Datuk' kepada Shah Rukh Khan. Artis Bollywood yang banyak membawa budaya negatif kepada masyarakat yang kini semakin dilupakan.

Semasa negeri lain khususnya diterajui Pakatan Rakyat menolak menganjurkan Program Jom Heboh yang melalaikan golongan muda-muda, Ali Rustam mencadangkan agar program Jom Heboh kalau boleh dibuat tiap-tiap minggu di Melaka semasa berucap merasmikan program Jom Heboh beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, Ali Rustam mengkritik YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana tak pandai memerintah sebab tu selalu berlaku banjir di Kelantan. Hari ini, orang Kelantan tersenyum sinis apabila banjir di Melaka berlaku hampir setiap bulan tanpa mengikut musim akibat 'kepandaian' ketua menteri dan pemimpinnnya yang lain memerintah negeri.

Minggu ini Ali Rustam menawarkan diri untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan bakal Timbalan Perdana Menteri. Bercakap pada akhbar 'Melaka Hari Ini' kelmarin. Misinya jika menang ialah untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu. Tetapi orang Melaka tahu…siapa yang menyebabkan golongan nelayan miskin di Limbungan dan Klebang yang hampir seratus peratusnya Melayu hilang mata pencarian ? Orang Melaka juga tahu siapa yang menghalau dan merobohkan gerai dan kedai milik peniaga –peniaga Melayu di tengah-tengah kepesatan Bandar Melaka ? Tak perlu tipu orang Melaka berapa ramai peniaga Melayu yang mendapat lesen dan premis perniagaan di Pasar Besar Melaka dan Melaka Sentral ?

Malah banyak lagi kisah dan peristiwa yang 'menconteng arang' ke muka anak Melaka dilakukan oleh pemimpinnya hari ini.Kepada Ali Rustam dan mereka yang sewaktu dengannya, cermin-cerminkanlah diri dulu, jangan hanya asyik memalukan orang Melaka aje…


 

10 October 2008

ALI RUSTAM TERIMA SATU PENCALONAN TIMB. PRESIDEN UMNO

Mesyuarat Veteran UMNO Malaysia yang bersidang di Perak semalam semalam sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan Ali Rustam sebagai Timbalan presiden UMNO. Walau bagaimanapun pencalonan tersebut tidak dikira oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO.

UMI AZLIM TERLEPAS DARIPADA HUKUMAN MATI


Umi Azlim yang ditahan di China berhubung dakwaan terlibat dengan pengedaran Heroin pada Mei lalu terlepas kepada hukuman mati dan hanya menjalani hukuman penjara.

Berita ini pasti mengembirakan seluruh rakyat Malaysia apabila kisah Umi Azlim mendapat perhatian apabila didakwa mengedar dadah di China akibat diperdayakan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.Lebih menyedihkan semasa Umi Azlim ditahan di penjara di China ibunya meninggal dunia baru-baru ini.

Tahniah diucapkan kepada kerajaan Negeri Kelantan terutamanya YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YB Datuk Husam Musa dan Hu Pang Chow penyelaras Jawatankuasa Tabung Dana Umi yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pusat atas inisiatif seperti menyediakan bantuan guaman, bantuan kewangan dan juga menjaga kebajikan keluarga Umi Azlim sepanjang dia ditahan. Tidak lupa juga kepada semua rakyat Malaysia yang turut banyak membantu dan bersimpati kepada Umi azlim dan keluarganya.

BANYAKNYA JASA SHAH RUKH KHAN KEPADA MELAKA


Sempena Hari Jadi ke 70 TYT Melaka esok salah seorang penerima Darjah Mulia Seri Melaka ( DMSM ) yang membawa gelaran Datuk ialah pelakon Bollywood Shah Rukh Khan.

Apa jasa Shah Rukh Khan kepada Melaka ? Sudah tak ada tokoh atau calon lain yang lebih layak dan banyak jasanya selain artis Bollywood ini ?Nampaknya kerajaan Melaka lebih menghargai artis Bollywood yang banyak membawa budaya negatif kepada masayarakat daripada tokoh-tokoh masyarakat sama ada dalam bidang agama, politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.

Alangkah baiknya anugerah itu diberikan kepada mereka yang lebih berjasa seperti imam, penghulu, pensyarah kanan di IPTA dan IPTS di Melaka atau pemimpin NGO yang banyak memberi sumbangan kepada Melaka.

Mungkin ini satu lagi strategi kempen Datuk Ali Rustam menjelang pemilihan UMNO akan datang.Bukankah Isteri Datuk Seri Najib, Rosmah merupakan salah seorang peminat artis Bollywood? Masih ingat lagi adegan berlaga pipi Rosmah dan Shah Rukh Khan di Genting Highlans tak lama dulu ? Kalau dah lupa tunggu klip video part 2 yang akan menyusul nanti.

LAIN MACAM JE KHUTBAH JUMAAT HARI INI…

Bagi mereka yang bersolat Jumaat di masjid-masjid di sekitar Melaka pasti dapat merasakan ada sesuatu yang tersembunyi daripada intisari khutbah hari ini. Itu pun kalau tak tertido masa khutbah tadi…

Teks Khutbah semua masjid di Melaka disediakan oleh Majlis Agama Islam Melaka ( MAIM ) yang sekian lama dibayangi oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh UMNO. Mereka yang pro Pakatan Rakyat jangan mimpi nak bertugas di MAIM. ( Walau macam mana ada yang terlepas tanpa disedari )Jadi semua aktiviti dan dasar termasuk khutbah Jumaat mesti selari dengan kehendak pemimpin UMNO negeri

Khutbah hari ini menekan tentang perlunya ketaatan tak berbelah bahagi kepada kepimpinan Negara tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Rakyat disarankan agar mempertahankan dan menghormati kerajaan yang ada tanpa membiarkan serta menghalang sebarang anasir yang cuba menjejaskan keharmonian Negara seperti yang berlaku di beberapa negara lain.

Saya yakin khutbah hari ini tidak berkaitan dengan pengunduran Pak Lah dan pemilihan UMNO akan datang. Sebaliknya menggambarkan bahawa kerajaan sudah mula takut dan panik dengan tekanan daripada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan dalam tempoh tedekat. Jika dulu, kerajaan BN selalu menuduh pembangkang menggunakan mimbar masjid untuk kepentingan politik, hari ini nampaknya kerajaan BN sudah semakin terdesak dengan menggunakan mimbar masjid sebagai 'rayuan' terakhir agar rakyat terus menyokong dan mempertahankan kerajaan yang ada.

Ternyata, kebimbangan mereka tidak dapat disembunyikan lagi. DSAI menegaskan bahawa pembentukan kerajaan baru semakin hampir, walau pun ada pihak yang memandang sinis apabila tarikh 16 September sebelum ini telah berlalu. Beliau berkata demikian dalam satu majlis cermah umum di Kelantan malam tadi.

Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu pertukaran kerajaan berlaku seperti di Bangkok dan Filipina secara tidak aman.

"Kita pilih secara aman biar pun usaha Pakatan Rakyat sebelum ini mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri tidak diendahkan. Begitu juga permohonan untuk mengadakan sidang parlimen khas juga tidak dihiraukan.

"Malah Pakatan Rakyat sudah menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memaklumkan perkembangan terkini dalam Pakatan Rakyat yang sudah ada simple majority bagi membentuk kerajaan," katanya.

Pada ceramah itu sekali lagi beliau menegaskan Islam menjadi tunggak utama kerajaan baru sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Beliau juga berkata, petanda-petanda kejatuhan kerajaan BN semakin jelas sekarang apabila perpecahan dalam parti UMNO semakin ketara.

Sebab itulah sekarang menurutnya, rakyat tidak sabar lagi menunggu kerajaan baru dibentuk dan bukan lagi sekadar pertukaran Abdullah kepada Najib.


 

09 October 2008

ISTERI DAN ANAK BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA-KLIP VIDEO ( PART 1 )


ANAK BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA


CITARASA TEMPATAN...


EHEM-EHEM... RAMBUT PERANG YOUUUU...


ANAK SIAPA TU ?


AMBOI MESRANYA...

BAPA BOREK ANAK RINTIK

HARGA MINYAK : MENTERI TAK FAHAM MATEMATIK


Harga runcit petrol dan diesel di negara ini mungkin akan diturunkan lagi antara 10 hingga 12 sen seliter akhir bulan ini atau awal bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Bagaimanapun, katanya penurunan bahan api berkenaan tidak akan melebihi 12 sen bagi mengelakkan keuntungan pengusaha stesen minyak terjejas.

“Sekiranya harga minyak mentah dunia berada di bawah paras AS$100 setong, tidak mustahil rakyat boleh menikmati penurunan harga sekali lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Inilah masalahnya bila pemimpin yang jadi menteri tak faham matematik. mungkin masa nak masuk bab campur tolak darab bahagi cikgu menteri berkenaan meninggal dunia ( meminjam kata-kata Allahyarham P. Ramlee ) Kepada menteri berkenaan, rakyat sekarang bukannya bodoh. Masa kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan Jun lalu iaitu RM 0.78 sen untuk petrol dan RM 1 untuk diesel harga minyak di pasaran dunia ketika itu ialah antara $ US 135 - $ US 140. Sekarang ini harga minyak di bawah $ US 90. ! Apa pasal masih lagi harga minyak tak boleh nak diturunkan agar lebih murah atau sekurang-kurangnya kembali pada harga asal RM 1.92 ?

Hari ini kerajaan menggunakan alasan tidak masuk akal iaitu minyak tak boleh turun melebihi 12 sen pada masa akan datang kerana bimbang pengusaha stesen mengalami kerugian. Di sini menunjukkan kerajaan lebih rela rakyat menderita dan mengalami kesusahan kerana menjaga kepentingan beberapa kerat pengusaha stesen minyak. Kerajaan tak kisah kadar inflasi melambung, harga barang mahal, kos sara hidup meningkat dan rakyat terpaksa ‘mengikat perut’ asalkan mereka masih kekal berkuasa.

SIAPA CALON UMNO YANG BETUL-BETUL BERSIH ?

Isu yang agak hangat sekarang ialah kemelut yang berlaku dalam UMNO menjelang pemilihan pada Mac nanti. Semakin ramai yang berangan-angan dan bermimpi untuk menawarkan diri bertanding jawatan-jawatan tertinggi dalam UMNO. Sila namakan atau fikirkan satu calon dalam UMNO yang bebas dari sebarang isu seperti rasuah, skandal, gejala moral dan apa-apa unsur yang tidak sihat. Sekiranya anda tidak mampu menamakan siapa individu yang bersih dalam UMNO yang berhasrat atau mencalonkan diri untuk bertanding maka fikir-fikirkanlah sebab apa anda masih kekal dalam UMNO. Agaknya siapa dia orang yang benar-benar bersih dalam UMNO yang menjadi pilihan anda ? Datuk Seri Najib Tun Razak ? Tan Sri Muhammad Taib ? Tan Sri Rahim Tamby Chik ? Datuk Ali Rustam ? Atau siapa sahaja dalam UMNO…sila nyatakan pilihan anda.