02 September 2009

WAKIL RAKYAT BOLEH GOYANG KAKI


Berita baik untuk semua wakil rakyat di Malaysia sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, semua Yang Berhormat selepas ini tidak perlu untuk menghadiri sidang DUN atau Dewan Rakyat selepas ini. Kedudukan sebagai wakil rakyat tidak terjejas malah semua Yang Berhormat layak mendapat elaun setiap bulan mengikut kelayakan walau pun tidak menghadiri sidang dewan.

Untuk makluman semua Yang Berhormat, walaupun tidak menghadiri sidang DUN atau Dewan Rakyat, rakyat sebagai pembayar cukai menghalalkan segala elaun diterima oleh Yang Berhormat. Jika Yang Berhormat tidak mempunyai sijil cuti sakit (MC) sebagai bukti ketidakhadiran kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat tidak perlu gundah gulana kerana yang Berhormat boleh mendapatkan sijil cuti sakit berkenaan di mana-mana klinik yang boleh diajak berunding dengan harga RM 5 sehari. Jika sijil cuti sakit Yang Berhormat dipertikaikan Yang Berhormat tidak perlu risau kerana SPR sudi membantu.Sekian Dimaklumkan...

01 September 2009

TIADA PILIHANRAYA DI KOTA SIPUTEH....

Saya memang dah menjangka bahawa tidak akan berlaku pilihanraya kecil di Kota Siputeh ( baca posting saya sebelumnya). Cuma saya menunggu apakah alasan SPR untuk menidakkan pilihanraya kecil di Kota Siputeh.

Apa pun hujah yang diberi oleh SPR, rakyat terus memerhati dan menghakimi sebarang keputusan yang dibuat oleh SPR akhir-akhir ini hanya mengikut telunjuk pihak tertentu yang bimbang dan gerun dengan kebangkitan rakyat.

Apa yang berlaku di Perak sebelum ini, pengenalan peraturan baru yang dibuat tergesa-gesa seperti dalam piliahanraya kecil lalu menunjukkan SPR terus diperalatkan oleh mereka yang bimbang hilang kuasa dan pengaruh.

Undang-undang dan peraturan pilihanraya yang digubal sebelum ini boleh kekal dan berubah mengikut kemahuan dan citarasa pihak tertentu dengan memperalatkan SPR untuk mentafsir undang-undang yang mereka gubal sendiri.

KOTA SIPUTEH: SIAPA BAKAL BERPUTIH MATA?


Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia akan membuat keputusan hari ini sama ada 'memperkenan' atau sebaliknya permintaan Speaker DUN Kedah untuk melucutkan status Adun Kota Siputeh yang gagal hadir tanpa izin ke sidang Dun dua kali berturut-turut.

Bagi Pakatan Rakyat pilihanraya kecil ini penting untung meneruskan kesinambungan kemenangan Pasca Pilihanraya Umum dan juga memberi isyarat kepada Umno@BN bahawa Pakatan Rakyat tidak tergugat dengan melompatnya Adun Lunas Mohamad Radzi Salleh sebagai calon 'bebas'.

Bagi Umno@BN pilihanraya kecil ini adalah sesuatu yang ingin dielakkan setelah baru menerima aib ketujuh setelah tewas dengan majoriti besar di Permatang Pasir.Jika pilihanraya kecil diadakan Umno hampir pasti akan berputih mata sekali lagi dengan kebangkitan rakyat yang semakin menolak Umno@BN. Mungkinkah Umno@BN akan boikot pilihanraya kecil Kota Siputeh seperti di Penanti jika diumumkan kosong oleh SPR untuk mengelakkan aib yang seterusnya?

Jika pilihanraya kecil Kota Siputeh tidak diadakan kita tunggu apakah alasan SPR yang akan diguna pakai untuk menidakkan sebarang pilihanraya kecil. Apa yang pasti jika pilihanraya kecil diadakan ada pihak yang bakal berputih mata. Paling tidak pun Adun Kota Siputeh sekarang Datuk Abu Hassan Sarif yang bakal kehilangan taraf Yang Berhormat dan pelbagai elaun yang bukan sedikit akan hilang begitu sahaja.

31 August 2009

HADIAH MERDEKA: HARGA MINYAK NAIK!


Sempena Sambutan Kemerdekaan ke 52 hari ini rakyat Malaysia akan mendapat hadiah dari kerajaan 1Malaysia. Ini sebagai menghargai rakyat yang sedang bergelut dengan krisis ekonomi dan ketidakmampuan kerajaan untuk membayar bonus kepada kakitangan awam.

Selepas jam 12 malam ini harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Walaupun harga RON 95 yang baru diperkenalkan akan sama seperti harga RON 97 yang kini dinikmati dengan harga RM 1.80 namun dari segi kualiti RON 95 tidak dapat menandingi kualiti RON 97 terutama dari segi prestasi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

30 August 2009

HARGA KERETA IMPORT DIJANGKA TURUN 10% TAHUN DEPAN?


Berita baik untuk yang bercadang membeli kereta baru dan terpakai terutama kereta import. Harga kereta import diramal turun 10% pada tahun hadapan kesan daripada perjanjian dalam AFTA(Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN) atau (ASEAN Free Trade Area) .

Ini merupakan syarat yang perlu dipatuhi oleh Malaysia yang turut mendatangani perjanjian ini. Perkara ini juga dinyatakan oleh seorang rakan baik saya yang juga agen jualan kereta menasihati saya agar menangguhkan membeli kereta sehingga tahun depan.Menurut beliau penjual-penjual kereta sama ada baru atau terpakai kini 'melenggung' akibat pelaksanaan AFTA tahun depan dan juga kelembapan krisis ekonomi. Jika ini menjadi kenyataan sekaligus memberi kesan kepada harga kereta tempatan yang juga mungkin terpaksa diturunkan untuk bersaing dengan kereta import yang lebih berkualiti dan harga tukar beli yang lebih tinggi. Ini juga bermakna harga kereta terpakai turut akan menyusut.

Kerajaan dijangka akan membuat pengumuman pada penghujung tahun ini.Berita ini pasti mendukacitakan mereka yang baru sahaja beli kereta baru untuk melaram pada hari Raya nanti.........

BONUS SEBELUM RAYA...


Berita yang pasti dinanti-nantikan ketika umat Islam di negara ini bakal menyambut Hari Raya kira-kira tiga minggu lagi. Berita ini pasti melegakan terutama di tengah-tengah kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai oleh penduduk di negara ini.

Walau bagaimanapun bonus ini hanya untuk peserta RISDA dan FELCRA di seluruh negara. Kepada kakitangan kerajaan...Jangan marah arghhh....

28 August 2009

SPRM MULA KEPANASAN DALAM INKUES TEOH BENG HOCK


SPRM mula merasa bahang berkaitan Inkues kematian Teoh beng Hock. Hari ini Peguam pemerhati mewakili badan itu , Datuk Abdul Razak Musa memohon mahkamah koroner menghalang tindakan pihak-pihak yang membuat ulasan di luar mahkamah berhubung prosiding inkues dengan memberi kenyataan media yang boleh menjejaskan nama baik SPRM.

Walau bagaimanapun Koroner, Azmil Muntapha Abas tidak mengeluarkan sebarang perintah dengan alasan apa yang berlaku adalah tidak mampu dikawal oleh mahkamah. Beliau bagaimanapun mengingatkan semua pihak supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan agar ia tidak bertentangan dengan fakta yang direkod oleh mahkamah.

Dalam masa yang sama hari ini Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata, beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan penderaan yang dilakukan oleh pihak SPRM semasa siasatan dijalankan. Antaranya terdapat saksi yang didera, dipukul dengan batang besi dan dibogelkan untuk mendapatkan maklumat dari saksi. Menurut Gobind lagi beliau akan mengemukakan dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di sini.

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Maklumat yang bakal dikemukakan ini menyebabkan koroner menangguhkan inkues pada 8 September depan bagi memberi peluang pegawai SPRM terbabit mendapatkan peguam kerana pendedahan itu bakal mengheret pegawai SPRM berkenaan terhadap tuduhan jenayah.

27 August 2009

USTAZ ISMAIL KAMUS SEDANG MENGERJAKAN UMRAH DI MEKAH...

Cepat betul SMS tersebar mengatakan bahawa Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia. Ternyata SMS itu cuma khabar angin dan tak betul sama sekali. Berdasarkan satu sumber, menurut adiknya Mohamad Kamus, Ustaz Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat waalafiat dan sedang mengerjakan umrah di Mekah....Apa yang betul ialah Prof Dr. Ismail Salleh,62 yang meninggal dunia dalam penerbangan dari China-Kuala Lumpur dalam pesawat Tigers Airways kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan kerana serangan jantung.

PEGAWAI SPRM BOHONG?


Dalam keterangan inkues membabitkan kematian Teoh Beng Hock, seorang pegawai Kanan SPRM Mohd. Anuar Ismail memberitahu koroner bahawa berlaku pergaduhan membabitkan simati dan Tan Boon Wah Ahli Majlis Perbandaran Kajang kira-kira jam 2 pagi pagi pada hari Teoh ditemui mati.


Hari ini Tan Boon Wah dalam sidang akhbar di Pejabat DAP di Petaling Jaya menafikan pernah bergaduh dengan seperti yang didakwa Pegawai Penguasa Kanan SPRM itu kelmarin. Jadi siapa yang bercakap bohong? Apa pasti di antara keduanya ada yang bercakap bohong. Satu siasatan wajar dilakukan.Saya yakin ini mampu merungkai sedikit misteri di sebalik kematian Teoh sama ada SPRM terlibat atau sebaliknya.

PAS ROMPIN MENANG SAMAN KE ATAS KETUA POLIS ROMPIN


Pas Kawasan Rompin Pahang berjaya dalam satu kes saman yang melibatkan bekas OCPD Rompin DSP Hanafi Bin Hj. Daud ( kini bertugas sebagai Timbalan Komandan FRU Pulau Pinang) kerana tindakan mengganggu dan menangkap secara salah dalam satu majlis ceramah di Markas Pas Desa Teratai Muadzam Shah pada tahun 2004.

Polis telah bertindak salah dengan mengganggu dan menangkap pimpinan Pas ketika itu iaitu Dr. Hatta Ramli, Saudara Mazlan Yassin (Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan) dan Ustaz Nazri Ahmad (Ketua Pemuda kawasan) dalam satu majlis ceramah yang diadakan di dalam premis atau bangunan milik parti.

Dalam keputusan di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam mengesahkan tangkapan terhadap Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli bersama dua lagi ahli PAS sewaktu berceramah di premis persendirian pada tahun 2000 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Pesuruhjaya kehakiman Datuk Mariana Haji Yahya dalam keputusannya meminta gantirugi ditaksirkan kepada ketiga tiga mereka dihadapan pendaftar mahkamah dalam masa terdekat.

Ketiga-tiga pimpinan Pas berkenaan diwakili oleh Saudara Hanipa Maiden dan Saudara Mohd. Fadzly Ramli yang juga naib ketua Pemuda Pas Pahang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ketiga-tiga pimpinan berkenaan, barisan peguam bela dan Pas Rompin yang bersusah payah untuk membuktikan tindakan Polis adalah menyalahi undang-undang. Kes ini membawa makna yang cukup besar bukan sahaja kepada Pas kawasan Rompin tetapi Pas dan komponen Pakatan Rakyat di tempat lain yang sering diganggu polis dalam majlis ceramah atau program tertutup yang diadakan di premis persendirian atau milik parti.

Insyaallah saya akan menyiarkan gambar semasa peristiwa tangkapan berkenaan...dah tak ingat simpan folder mana...Kepada Pas Rompin semoga bayaran gantirugi yang diperolehi nanti akan dapat digunakan untuk memastikan kesinambungan dan kemenangan Pas di Kawasan rompin dalam pilihanraya umum akan datang.