04 June 2010

UMNO K. TERANGGANU SOKONG JUDI BOLA?


Saya menerima email gambar ini dari seorang sahabat di Terangganu. Patutlah banyak bangunan runtuh di Terangganu apabila manusia secara terang-terangan dan angkuh mencabar hukum Allah.

02 June 2010

PRESIDEN CUEPACS MAKIN MERAPU

Presiden Cuepacs, Omar Osman makin merapu akhir-akhir ini. Sebelum ini beliau berkata 5 % daripada kira-kira .2 juta kakitangan awam memalsukan sijil cuti sakit.

Hari ini tahap merapunya semakin teruk dah tahap meroyan apabila berkata Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu.


Nampaknya, Omar Osman lebih hebat daripada polis dan SPRM. Boleh jadi beliau mempunyai sesungut atau deria yang boleh mengesan pelaku rasuah. Saya pun tak pasti apa motifnya mengeluarkan kenyataan yang merapu dan mengelirukan tanpa disokong bukti.

Beliau kebelakangan ini lebih banyak mengeluarkan kenyataan sensasi dan kontroversi untuk menarik perhatian berikutan kegagalannya membela nasib dan menjaga kebajikan kakitangan awam di negara ini. Berbeza dengan presiden sebelum ini yang begitu lantang menjaga dan memperjuangkan nasib kakitangan awam di negara ini sehingga seringkali dianggap sebagai pro pembangkang. Beliau dilihat hanya sebagai pak turut dan pembodek kerajaan serta tidak mempunyai prinsip dan idealisme perjuangan.Barangkali beliau sedang mempromosi diri untuk jadi calon Umno-BN dalam pilihanraya akan datang.

39 DITANGKAP KERANA BERJUDI SECARA HARAM!

Polis Pulau Pinang semalam menahan 39 lelaki termasuk seorang warga emas yang sedang berjudi dalam sebuah kedai di Taman Desa Relau kira-kira pukul 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata semasa serbuan mereka yang berusia antara 25 hingga 70 tahun itu baru sahaja memulakan permainan judi cip (dadu) dalam premis kosong berkenaan.Beliau berkata serbuan itu dilakukan oleh sepasukan anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Timur Laut selepas melakukan intipan sejak tiga hari lepas.

Gan berkata polis merampas wang tunai RM160, dadu, cip dan meja perjudian dalam serbuan itu, dan menurutnya semua yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953

Moralnya :

Lain kali kalau nak berjudi kenalah dapat sijil halal judi dulu dari kerajaan 1Malaysia.

KABINET 1MALAYSIA BUKTI AHLI PARLIMEN BN WAKIL RAKYAT KELAS TIGA

Kalau ada anugerah khas atau rekod dunia, senator teramai dalam kabinet kerajaan maka jemaah menteri 1Malaysia pasti akan memenanginya. Walaupun ia tidak bertentangan dengan undang-undang dan pelembagaan amalan ini kelihatan agak luar biasa.

Belum pernah dalam sejarah sejak penubuhan Malaysia, negara ini mempunyai senator teramai dari Dewan Negara menjadi menteri dan timbalan menteri.

Tindakan melantik senator secara pukal dan kemudiaannya dilantik ke dalam kabinet seolah-olah menunjukkan bahawa ahli parlimen atau wakil rakyat BN yang dipilih dalam pilihanraya umum lalu adalah wakil rakyat kelas ketiga. Sekaligus menunjukkan ahli parlimen BN yang ada tidak mempunyai kualiti dan ketokohan sebagai pemimpin.

Tetapi disebabkan desakan dan mengelakkan perpecahan maka mereka yang tidak berkelayakan dipilih menjadi calon dalam pilihanraya lalu. Ini mudah diteka,Umno-BN cukup bimbang akan berlaku perpecahan jika calon lain yang lebih terpelajar dan berkelayakan dipilih. Konsep dalam Umno-BN, siapa yang kuat melobi (mengampu) dan mempunyai duit banyak merekalah yang akan menjadi calon.

Natijahnya dapat dilihat hari ini, Dato seri Najib terpaksa mengimport orang luar walaupun tidak disenangi oleh akar umbi mereka sendiri untuk menyertai kabinet kononnya atas semangat 1Malaysia. Paling malang ialah orang Umno sendiri yang terkulat-kulat apabila tidak ada wakil mereka dalam rombakan kabinet.

Mungkin ini bertujuan untuk mengembalikan sokongan bukan Melayu kepada BN...emmm dah terlambat...orang Melayu dalam Umno ni mereka hanya pandai berkokok dalam sangkar sahaja sebab itulah buat apa pun mereka tak berani nak membantah dan bersuara takut kena sembelih!

31 May 2010

RENUNGAN BUAT YANG BUAT KERJASAMA DENGAN APCO WOLDWIDE: MISI KEMANUSIAAN GAZA DISERANG KOMANDO YAHUDI


Kepada mereka yang menjalin kerjasama dengan Apco Worldwide syarikat milik yahudi jangan sedih dengan berita terbaru menimpa misi kemanusiaan untuk penduduk Gaza.

Berita terkini, Konvoi Freedom Flotilla diserang, menurut laporan televisyen di Turki, sehingga kini 16 orang aktivis meninggal dunia, hampir 50 orang cedera.Rakyat Malaysia yang turut berada di dalam kapal yang diserang masih lagi tidak diketahui nasibnya sehingga kini.

Laman web Haluan Palestin yang memetik laporan dari live streaming IHH melaporkan bahawa dua orang yang telah meninggal dunia dan hampir 30 orang tercedera kerana serangan helikopter dari Israel.Lebih zalim lagi kapal berkenaan diserang di perairan antarabangsa.

Tak usahlah kita membahaskan tentang bangsa yahudi ini. Mereka telah sekian lama dilaknat oleh Allah SWT seperti yang termaktub dalam Al Quran. Tetapi yang paling dikesalkan terdapat negara yang mengaku sebagai pembela umat Islam menjadi penyumbang kepada ekonomi Yahudi. RM 77 juta untuk Apco Worldwide untuk sebuah syarikat milik yahudi yang kemudiaannya menjadi pembayar cukai kepada regim haram zionis yang kemudiaannya digunakan untuk membeli senjata untuk merobek nyawa dan mengalirkan darah umat Islam. Tak kanlah itu pun payah sangat nak fikir?

30 May 2010

KAPAL UMNO SUDAH KENA TORPEDO


Tembakan torpedo tentera Korea Utara dikatakan menjadi punca kapal tentera Laut Korea Selatan Cheonan tenggelam. Puluhan tentera laut Korea Selatan dikatakan turut bersemadi di dalam lautan bersama kapal yang karam akibat tembakan torpedo tersebut.

Umno di Malaysia juga sudah kena tembakan torpedo. Bukan satu torpedo tetapi tembakan yang datang dari pelbagai arah. Krisis yang berlaku dalam MCA, penentangan terbuka pimpinan Gerakan dan konflik dalam MIC menyebabkan kapal Umno hanya menunggu masa sahaja untuk karam. Selama ini MCA,Gerakan dan MIC dianggap sebagai pelampung penyelamat Umno. Tetapi itu semua tidak boleh diharap lagi. Sabah dan Sarawak juga membawa khabar kurang enak buat nakhoda Umno.

Torpedo yang bakal dilancarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pula tentang YB lompat yang menerima rasuah dari Umno pula dijangka akan mempercepatkan lagi kapal Umno karam dan tenggelam ke dasar.

Apabila diserang bertubi-tubi, Umno cuba menyerang balas. Tetapi sayang Umno cuma tinggal peluru getah! Maka Ibrahim Ali dan Fairus Khairudin menjadi senjata Umno untuk cuba menggambarkan kapal Pakatan Rakyat akan karam dengan tembakan peluru getah Umno.

29 May 2010

DAH NAK BANKRAP...TAK PAYAH TUNGGU 9 TAHUN

Datuk Idris Jala menteri di JPM kata Malaysia akan bankrap 9 tahun lagi jika mengekalkan dasar subsidi. Sebenarnya tak payah tunggu 9 tahun, selagi dibiarkan Umno-BN berkuasa Malaysia boleh bankrap bila-bila masa.

Berapa hutang negara sekarang? Saya tak tahu angka yang tepat tetapi saya cukup pasti bahawa jumlah hutang negara sekarang melebihi jumlah rizab dalam negara. Bila hutang lebih banyak daripada simpanan apa maknanya tu? Perbelanjaan melebihi pendapatan,bermakna negara ini berada pada situasi yang agak membimbangkan sekarang.

Dalam keadaan ekonomi negara yang kini terumbang-ambing, Malaysia masih lagi bermurah hati menyerahkan telaga minyak dianggarkan mempunyai rezab petroleum bernilai kira-kira RM 320 bilion, menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura dan menjual tanah rakyat negara ini kepada Singapura khususnya di Wilayah Pembangunan Iskandar.

Di sektor kerajaan pelbagai perbelanjaan mengurus dan pembangunan terpaksa ditangguh dan dihadkan sehingga menjejaskan pelbagai projek yang dirancang. Kononnya dasar berjimat cermat!

Zaman Tun Dr. Mahathir Perdana Menteri, negara melalui dua kali zaman kegawatan di peringkat global iaitu tahun 1987 dan 1997 tetapi situasi ekonomi negara tidaklah seteruk seperti zaman Dato Seri Najib. Begitu juga pada zaman Pak Lah yang dianggap tak berapa pandai dan cekap memerintah jauh lebih baik berbanding zaman Najib sekarang.

Apakah ini bermakna era Dr Mahathir dan Pak Lah sudah puas berjoli duit negara dan duit rakyat yang akibatnya ditanggung oleh Najib yang mewarisi peninggalan perdana menteri sebelumnya?

Apa yang pasti Dr. Mahathir, Pak lah dan Najib adalah dari Umno-BN! Cukup-cukuplah jangan sampai generasi akan datang terpaksa merempat dan meminta sedekah di negara sendiri.Jangan sampai dah bankrap baru nak menyesal. Pastikan generasi akan datang tidak hidup dengan terpaksa bergantung dengan hasil judi seperti yang cuba dilaksanakan sekarang. Semua ini sudah cukup membuktikan kerajaan yang ada semakin terdesak dan tersepit, dalam erti kata lain sudah nak bankrap....

'YB LOMPAT' MULA KEPANASAN!

Politik Malaysia dijangka akan bertambah panas berikutan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai cukup bukti bahawa ahli parlimen yang melompat disogok RM 2 juta dan ganjaran saham bernilai jutaan ringgit sebagai 'saguhati' kerana sudi menjadi wakil rakyat 'bebas'.

Semalam YB Bayan Baru, Dato Seri Zahrain Hashim melenting tak pasal-pasal dengan berkata akan menyaman DSAI jika namanya dikaitkan dengan mereka yang menerima habuan seperti yang dimaksudkan.

Mengapa Zahrain nak melenting dan mengelabah tak tentu pasal? Perpatah Melayu ada mengatakan siapa makan cili dia terasa pedasnya.Kegelabahannya sekaligus seperti mengesahkan bahawa beliau antara mereka yang mendapat habuan. Jika Zahrain tak makan rasuah beliau tak perlu takut dan mengelabah. Dia sepatutnya maklum akan hal itu. Jika pendedahan itu nanti tak berasas atau fitnah, dia mempunyai pelbagai saluran sama ada mahkamah atau boleh menggunakan media yang dianggap penipu dan pengampu sebelum ini. Nafikan secara terbuka sebagai anak jantan dengan bukti dan fakta bukan merapu tak tentu hala.

Saya yakin pendedahan DSAI sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia yang bakal menjadi pukulan maut kepada Umn0-BN. Cuma saya berharap pendedahan ini nanti disertakan bukti dan maklumat sahih bukannya maklumat sipi-sipi yang akan menyebabkan rakyat kurang percaya dan hilang keyakinan.

Kita tunggu apa respon SPRM dan pihak polis. Jika semua ini menjadi kenyataan maka rakyat Malaysia dijangka akan berhadapan lagi dengan pilihanraya kecil parlimen dalam tempoh terdekat. Pastinya ia sesuatu yang menjadi fobia kepada Umno-BN dalam pergolakan dan krisis yang melanda mereka sekarang.

28 May 2010

DEMONTRASI BANTAH JUDI BOLA DI MELAKA

Ustaz Ghani Abd. Rahman Pesuruhjaya Pas Melaka sedang menyampaikan ucapan dalam demontrasi aman membantah judi bola sepak di Perkarangan Masjid Al Adzhim selepas Jumaat sebentar tadi. Demontrasi anjuran Dewan Pemuda Pas Melaka dihadiri kira-kira 1000 orang.
Rakyat Melaka yang hadir menyatakan kepekaan mereka tentang bahaya judi

Wakil PKR Melaka, saudara Wahab sedang menyampaikan ucapan
Rakyat Melaka yang hadir membantah lesen judi bola di Malaysia
Pimpinan Pas Melaka sedang menyampaikan ucapan dan menyuarakan bantahan

SOKONG LAH UMNO-BN KALAU NAK MINYAK NAIK

Minyak akan naik! Itulah 'hadiah' istimewa sebagai menepati slogan rakyat didahulukan. Paling lewat dijangkakan penghujung tahun ini. Dalam situasi atau zaman 1Malaysia pun sudah menunjukkan suasana yang cukup gawat mampukah kerajaan Umno-BN yang ada sekarang mampu bertahan dengan kos subsidi sebagai membantu golongan pertengahan dan bawahan di negara ini?

Walaupun Perdana Menteri 1Malaysia kata, suara rakyat akan diambil kira sebelum membuat keputusan sebarang kenaikan harga minyak tetapi itu cuma cakap-cakap politik. Selama ini banyak keputusan kerajaan 1Malaysia yang menafikan hak dan suara rakyat.

Paling terbaru apakah penyerahan dua telaga minyak yang dianggarkan bernilai RM 320 bilion kepada Brunai mengambil kira suara rakyat? Begitu juga dengan penyerahan tanah KTMB di Singapura? Judi bola pula macam mana? Malah parlimen juga tidak dimaklumkan tentang semua keputusan penting yang membawa implikasi cukup besar kepada negara.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) berkata dalam tempoh sembilan tahun negara ini boleh bankrap jika terus mengekalkan dasar subsidi juga tidak boleh diterima.

Ini kerana kerajaan Umno-BN membuktikan mereka mempunyai simpanan wang yang melimpah ruah seperti yang dibuktikan dalam pilihanraya kecil yang lalu. Malah kerajaan Umno-BN memiliki wang yang banyak untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan memberi 'saguhati' kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat yang melompat kepada Umno-BN.

Malah pendedahan bahawa zaman Dr. Mahathir dan Pak Lah Perdana Menteri menyebabkan pembaziran ratusan bilion ringgit kepada negara ini membuktikan kerajaan Umno-BN mempunyai banyak duit.

Maka tak ada sebab dan alasan Kerajaan 1Malaysia Umno-BN hendak menaikkan harga minyak seperti jadual yang dicadangkan ini:

2011 - RM2.16

2012 - RM2.20

2013 - RM2.34

2014 - RM2.52

2015 - RM2.60

Tetapi jika kita nak merasa juga harga minyak naik maka jomlah kita pakat-pakat undi Umno-BN lagi dalam pilihanraya akan datang....