04 March 2011

ADUN LENGGENG BERSALAH TERIMA RASUAH: PENGUNDI MERLIMAU DAN KERDAU KENA AMBIL IKTIBAR


Adun Umno/BN, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM 2000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Walau bagaimanapun Hakim Mahkamah Seksyen Amran Jantan di Seremban menangguhkan hukumannya hanya pada 1 April nanti. Satu keputusan yang dilihat memihak kepada Umno BN yang sedang berhadapan dengan pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau.

Walau bagaimanapun, mesejnya jelas kepada pengundi Merlimau dan Kerdau agar memilih parti dan calon yang bersih bebas dari rasuah supaya nasib penduduk Lenggeng yang bakal kehilangan kelayakan bertanding sebagai wakil rakyat tidak berulang kepada pengundi di Merlimau dan Kerdau.

03 March 2011

MERLIMAU : PENARI SEKSI SUDAH MARI!


Seolah-olah sudah menjadi tradisi dalam Umno/BN setiap kali kempen pilihanraya kecil untuk menghiburkan pengundi dengan penari seksi. Cuma kali ini mereka berlindung di bawah NGO 1Malaysia yang pentas utama berlatar belakang poster Perdana Menteri.

Di PRK Merlimau situasi sama berlaku apabila pengundi di Merlimau dihiburkan oleh persembahan menjolok mata. Apa yang dilakukan oleh BN di Merlimau sesuatu yang amat dikesali kerana menyuburkan budaya tidak sihat khususnya di kalangan remaja dan belia.

Boleh jadi Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd. Ali Rustam menghadapi kekurangan pelajar di sekolah kebanggaan Umno di Melaka , Sekolah Murid Mengandung ( Sekolah Harapan). Jadi menganjurkan hiburan dengan penari seksi merupakan langkah bijak Ali Rustam dalam usaha untuk menambah pelajar di sekolah berkenaan.

APA MAKNA DI SEBALIK GAMBAR INI?

Calon Pas Hj Yuhaizad Abdullah dan calon BN Roslan Ahmad bersama mengusung jenazah penduduk Merlimau yang meninggal dunia semalam

Kalau berkempen macam ni kan bagus. Tak payah nak ugut-ugut pengundi. Tak payah nak rasuah pengundi. Tak payah nak nak sebar gambar lucah. Tak Payah nak pecah cermin kereta. Tak payah kacau ceramah. Tak payah buat provokasi. Tak payah guna harta kerajaan yang cukai dibayar oleh rakyat. Pengundi hari ini makin bijak.

01 March 2011

INIKAH LELAKI ' Y' ITU?


Pihak pendakwaraya dalam kes Liwat 2 dijangka akan mendedahkan siapakah lelaki 'Y' yang DNA dapat dikesan kerana dipercayai sebagai susupek utama. Saya rasa ia bukan teka-teki lagi 1Malaysia sudah dapat menduga siapakah yang bakal didedahkan.

Tak payah beritahu pun 1Malaysia dah tahu. Sejak awal lagi budak sekolah tadika pun pening kepala dengan perjalanan kes yang caca marba.

Tetapi saya tak terkejut, kalau lelaki 'Y' yang bakal didedahkan esok ialah Yuhaizad calon PAS PRK Merlimau. Kalau Umno boleh lakukan macam-macam serangan peribadi dan fitnah kepada beliau sepanjang PRK Merlimau apalah sangat untuk buat 'U-Turn' untuk mengaitkan identiti lelaki 'Y' sebagai dirinya.

28 February 2011

ALI RUSTAM KENA BELAJAR DARI USTAZ AZIZAN TENTANG CIRI PEMIMPIN YANG ADIL


Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd Ali Rustam sebelum ini dengan angkuh memberitahu bahawa beliau akan mengutamakan penyokong BN dalam sebarang projek pembangunan. Kepada satu pertubuhan pendidikan Cina di Merlimau dengan nada sinis beliau memberitahu, bantuan akan dibincangkan kalau hanya BN menang di Merlimau.

Ini versi kenyataan pemimpin Umno yang kononnya menjadi juara rakyat serta mengulang-ulang slogan rakyat didahulukan.

Ada kita dengan kenyataan ini keluar dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau daripada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat? Kalau ada nescaya tujuh hari tujuh malam akan keluar dalam surat khabar dan TV.

Mari kita renungkan pula apa yang Menteri Besar Kedah Dato Seri Azizan Razak kata apabila mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menanggung semua perbelanjaan pelajar negeri itu kembali ke Mesir beserta duit poket RM 500 seorang.

"Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa,“Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh,” katanya.

Inilah keadilan dalam Islam tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik sama ada Pas atau Umno. Ali Rustam patut malu pada dirinya sendiri kerana masih lagi bersikap berat sebelah, mengamalkan diskriminasi walaupun kononya berbangga Melaka sudah maju 2010. Mungkin inilah mentaliti pemimpin negeri maju yang lebih kurang sama dengan dasar Apartheid.

RUPA-RUPANYA YUHAIZAD ANAK BEKAS KETUA KAMPUNG UMNO


Bermula pengumuman Hj. Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon PAS di Merlimau macam-macam fitnah dan serangan peribadi dilemparkan kepada beliau. Umno seperti tandus isu dengan terpaksa menyerang peribadi calon PAS.

Antara fitnah yang dilemparkan ialah Yuhaizad anak derhaka bertanding tanpa restu keluarganya. Semuanya terjawab apabila ibunya Fatimah Hassan dan adik beradiknya yang lain merestui menjadi calon Pas. Malah baru-baru ini keluarganya mengadakan kenduri kesyukuran atas pemilihan Yuhaizad sebagai calon.

Ternyata tindakan blogger pencacai Umno memfitnah Yuhaizad turut memakan diri dan memberi kejutan kepada Umno apabila Yuhaizad mendedahkan bahawa beliau merupakan anak orang kuat Umno di Kampung Chinchin Jasin. Arwah bapanya, Abdullah Jumaat juga merupakan bekas sidang (ketua kampung) selama lima tahun. Jadi Yuhaizad bukan menderhaka kepada keluarganya tetapi sebenarnya menderhaka kepada Umno!

27 February 2011

MERLIMAU: UMNO HINA ULAMA

Gambar ini dirakamkan sewaktu penamaan calon di PRK N27 Merlimau semalam. Gambar yang cukup jijik dan mengaibkan yang dilakukan oleh Umno. Pastinya ia tidak akan dilakukan tanpa restu pemimpin Umno Melaka yang diketuai oleh Dato seri Muhd. Ali Rustam. Inilah watak sebenar Umno. Presidennya menghina Ulama tersohor Dr Yusof Al Qardhawi di Melaka anak buahnya menghina Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.Bapak borek anak berbintik-bintik. Kalau ya pun tak suka pada Tuan Guru hormatilah ia sebagai seorang tua... Umno bukan sahaja menolak Islam tetapi terang-terang menghina dan membenci ulama...

MERLIMAU:PAS CUMA ADA BOB LOKMAN UMNO ADA LAGI RAMAI PELAWAK


Siapa yang tak kenal Bob Lokman, penulis lirik,komposer dan pelawak yang terkenal di negara ini. mak cik-mak cik Wanita Umno di Merlimau kalau tak kenal Bob Lokman pun pasti tahu sebaris dua lagu Isabella yang liriknya ditulis oleh Bob Lokman.

Sekarang Bob Lokman di Merlimau bersama dengan Pas. Berarak dalam penamaan calon bersama calon Pas dan berceramah di atas pentas Pas di Merlimau tanpa mengira siang atau malam. Kehadiran Bob Lokman sedikit sebanyak pasti mengusarkan Umno terutama dalam menarik sokongan golongan muda yang rata-ratanya tak berparti.

Kalau Pas ada pelakon dan pelawak, Umno pun boleh jemput lagi ramai pelakon dan pelawak. Dalam Umno sekarang memang cukup ramai pelakon dan pelawak. Pelakon terkenal pastinya Presidennya merangkap Perdana Menteri. Tahun sebelumnya sampai anugerah Tokoh Maal Hijrah pada Dr Yusof Qardhawi siap bagi duit RM 100 ribu, plak dan sijil. Tak semena-mena sehari dua ni label pula Dr Yusof Qardhawi sebagai pelampau dan pengganas. Memang betul-betul lawak antara benua!

Kalau di peringkat negeri Melaka, Umno ada Ketua Menteri. Antara bakat semula jadi yang ada pada Ketua Menteri Melaka ni ialah boleh berkokok seperti ayam jantan dalam ceramah tak lama dulu. Kalau siapa yang tak sempat tengok Ketua Menteri Melaka berkokok, buka je laman You Tube atau VCD di pasaran di tempat ceramah. Bukan sekadar boleh jadi pelawak, Ketua Menteri Melaka juga boleh menghilangkan Eye On Malaysia! Mesti David Corperfield tabing spring pada Ketua Menteri Melaka ni. Bukan tu aja Monorail Melaka yang canggih tu pun Ketua Menteri Melaka boleh berhentikan secara tiba-tiba, hebatkan!

Selain tu tak perlu diperkenalkan lagi pelakon dan pelawak yang ramai dalam Umno. Umno ada Ibrahim Ali, Ezam dan tidak kurang juga di kalangan Menteri. Tak cukup dengan tu, Umno mengupah pelakon dan pelawak tambahan. Khabarnya bloggers pencacai Umno seperti Taiping Mali dan Papa Gomo telah berkampung di Merlimau. Kepada semua pelakon dan pelawak dalam Umno, selamat datang ke Merlimau... Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia..Apa yang pelik-pelik yang tak ada di negeri lain ada di Melaka.

SESI SANTAI BERSAMA BLOGGERS


Bersama rakan bloggers..turut sama Grenboc, Cina Islam, Kijang 59, Beras Padu, Selatan Online dan ramai lagi...

26 February 2011

ALI RUSTAM CUBA 'RASUAH' WAKIL PERSATUAN CINA

Episod cubaan 'merasuah' pengundi Cina seperti di Miri dalam PRK lalu berulang lagi di PRK Merlimau. Di Miri Perdana Menteri, Dato Seri Najib berkata dalam satu ceramah kempen BN di Miri memberitahu pengundi dan penduduk Cina...' lu tolong gua dan gua tolong lu..."

Ketua Menteri Melaka, Dato seri Ali Rustam seperti belajar dan meniru dari bossnya dengan hari ini memberitahu kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka, Yang Ying Chong
dengan memberitahu kumpulan berkenaan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Antara tuntutan kumpulan berkenaan ialah sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut kerajaan mengembalikan kewarganegaraan aktivis mendiang Lim Lian Geok dan menerimanya sebagai sebagai patriotik negara.

Inilah contoh seorang pemimpin Umno/BN yang bermuka-muka dan bersikap hipokrit untuk mendengar dan membincangkan masalah dan nasib rakyat. Apakah beliau fikir hanya orang Umno/BN sahaja yang menjadi pembayar cukai? Adakah beliau fikir duit rakyat dan harta kerajaan adalah milik Umno/BN?

Tindakan Ali Rustam ternyata satu tindakan tidak matang dan seperti mempersendakan orang Cina dan menafikan hak rakyat berbilang kaum di negara ini. Sikap yang ditunjukkan menggambarkan watak sebenar pemimpin Umno yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk meraih undi dan menang dalam pilihanraya. Saya cukup yakin pengundi dan penduduk di Merlimau cukup matang untuk menilai pemimpin yang bersikap talam dua muka ini.