Disebabkan terjumpa nota tentang penjagaan mata, makanya saya tulislah tentang mata di sini. Sebelum tu, saje je nak cerita.
- Bagi yang bekerja di pejabat, pastikan la bahagian atas skrin komputer tu rendah dari tahap pemandangan mata, so, kita taklah mendongak bila nak menaip kan…kalau tak, kita akan menyebabkan leher kita buat kerja lebih sedangkan pada masa2 biasa kita tidak mendongak
- Letakkan benda yang nak dirujuk dekat dgn skrin komputer sbb ini akan meminimakan pergerakan kepala dan mata akibat perubahan penumpuan. Kalau tak tu, terpaksa la angguk-angguk, geleng-geleng untuk menyiapkan keje. Kan letih tu…
- Kurangkan pantulan dan kilauan dari lampu bilik sbb kalau cahaya berlebihan sangat pun tarak elok jugak. Kena sedang2 elok je utk mengelakkan pedih mata.
- Bersihkan monitor komputer ni supaya tak berhabuk. Sbbnya kalau berhabuk sangat pun tulisan akan jadi kabur dan ini sangat menyukarkan kita buat keje. Seboleh daya, minimakanlah penyiksaan pada mata. Sian kat mata kalau kene buat keje lebih kan?
- Setiap 20 minit carilah sesuatu objek yang jauh dan tumpukan perhatian ke situ dalam 20 saat..Benda jauh tu mestilah dalam linkungan 20 kaki. Sebab dgn melakukan begini, kita akan merehatkan mata kita. Tau tak yang otot mata kita akan lebih relaks kalau kita melihat jauh?
- Kerapkan mengelip mata sebb dgn cara ni, air mata akan lebih menyelaputi kawasan mata dan menghilangkan ketidak selesaan pada mata…
- Ketika anda membaca atau mengadap skrin computer pastikan cahaya yang tidak terlampau malap dan tidak terlalu terang ( 50 % ). Hal ini kerana anak mata di tempat yang terang anak mata akan mengecil ( mudah le tidur… ) di tempat gelap anak mata membesar tapi awas ! cahaya mesti 50 %...
- Dari segi psikologi sekiranya kita membaca buku selepas 30 % fokus mulai menurun.. oleh itu cara terbaik lepas 30 minit… rehat 5 minit…sebaik – baiknya pejamkan mata…tapi jangan sampai 'landing'….SELAMAT MENCUBA….
No comments:
Post a Comment