28 May 2008

TIPS MENGURUSKAN KEWANGAN…



















Langkah 1- Tentukan Matlamat Kewangan


Setiap kali kita buat sesuatu, tentu saja tidak lari dari perkataan MATLAMAT atau dengan bahasa kasarnya TUJUAN.

Matlamat kewangan seharusnya menggambarkan perkara yang ingin di kecapi dengan wang dalam jangka masa tertentu. Sebagai contoh mudah yang boleh di jadikan matlamat: 

  • membeli rumah ketika berumur 25 tahun
  • membeli kereta MPV ketika berumur 30 tahun
  • menunaikan ibadat haji ketika berumur 35 tahun
  • menikah lagi satu ketika berumur….(hampeh punya matlamat)

Langkah 2 - Menjejaki Mana Perginya Wang Anda


Setelah matlamat berada di dalam gengaman minda anda, mulakan hidup anda dengan membuat perancangan perbelanjaan harian anda agar matlamat anda mudah dicapai.

Sebagai contoh mudahnya, listkan perbelanjaan harian anda setiap bulan. Mulakan list perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:

  • Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
  • Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan (telephone, streamyx, api, air), bayaran balik pinjaman (kereta, rumah), sewa (rumah), perbelanjaan seharian (tesco, giant, carrefour, pasar malam) dan lain-lain (tengok wayang, makan luar, minyak petrol, beli barang kemas, rokok..)
  • Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, duit raya untuk musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain) 

List ini boleh membantu anda mengenal pasti tabiat berbelanja sekaligus merancang kewangan anda. Selain itu melalui perancangan ini juga, anda dapat mengetahui:

  • Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda?
  • Berapa banyak hutang tertunggak anda setiap bulan (hutang credit card, hutang kereta, hutang streamyx, hutang telephone…)?
  • Berapa baki wang gaji anda untuk di simpan yang masih tinggal di penghujung bulan?



Langkah 3 - Menilai Tabiat Berbelanja

Jika poket/ wallet anda sudah kering atau dengan kata mudahnya wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya untuk anda menilai dan menaaruf semula tabiat berbelanja anda dan seisi keluarga. Teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi keinginan nafsu serakah anda. 

Jika semasa sesi taaruf, anda dapati melakukan perkara-perkara di bawah…..

  • Menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
  • Memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
  • Berhutang lebih besar daripada pendapatan
  • Membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak

……nasihat saya… insaf dan ubahlah tabiat berbelanja anda dan kurangkanlah perbelanjaan yang tidak-tidak itu.

No comments: