29 June 2008

ADAB MENUNTUT ILMU

Petikan daripada buku "Bidayatul Hidayah" tulisan Al-Imam Hijjatul Islam Al-Ghazali r.a .
------------------------------------------------------------

Fasal Ketiga: Adab-adab seorang murid
(nota saya: murid di sini bukan sahaja terhad kepada mereka yg menuntut ilmu agama secara formal, malah kepada mereka yg menuntuk ilmu agama di masjid2 atau surau2.)

Adapun adab-adab seorang murid terhadap gurunya maka iaitu:

•  Apabila menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu

•  Jangan membanyakkan bercakap-cakap di hadapan gurunya

•  Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.

•  Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.

•  Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata sipulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.

•  Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.

•  Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.

•  Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.

•  Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.

•  Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.

•  Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.

•  Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.

•  Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dalam hal ini hedaklah ia mengingati akan perkataan nabi Musa A.S. bagi Nabi Khidhir A.S. seperti yang disebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 71 yang maksunya:

"Berkata (Nabi Musa kepada Nabi Khidhir): Apakah engkau rosakkan kapal ini untuk engkau menenggelamkan semua penumpangnya. Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar."

Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkaran itu. Kerana ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja.

Cintailah ilmu terutamanya ilmu akhirat, atau sekurang2nya cintailah orang yang cintakan ilmu agama dan janganlah berburuk sangka dgn mereka. Sesungguhnya apa yg mereka buat adalah antara mereka dgn Allah, apa yg penting adakah kita sendiri sudah amat hampir dgn Allah lebih dari para ustaz/ustazah/ulama ?

Sesungguhnya bala paling besar utk seseorang manusia itu ialah apabila Allah tutup mata hati daripada menerima petunjuk dan hidayah Allah, dan akhirnya semakin jauh daripada Allah.

No comments: