29 June 2008

ISU PANAS….KONSPIRASI POLITIK ?

Dalam tempoh terdekat satu lagi episod 'drama' yang melibatkan satu tindakan mereka yang terdesak untuk mengekalkan kuasa. Walau bagaimanapun rakyat sudah semakin matang untuk menilai mana yang buruk dan baik. Peristiwa ini bakal mengulang konflik politik yang pernah berlaku pada tahun 1998.

Petang semalam( 28.6.2008 ) jam 5.45 petang satu Laporan polis telah dibuat oleh bekas setiausaha Datuk seri Anwar Ibrahim, Saiful Bahri di Balai Polis Brickfields petang semalam bahawa beliau telah diliwat oleh Datuk seri Anwar. Ketua Polis Kuala Lumpur , Datuk Muhamamd Sabtu mengesahkan laporan itu dan tidak menafikan kemungkinan Anwar akan di tangkap.

Bermula malam tadi ribuan anggota Anggota Muda Keadilan ( AMK ) berkumpul di perkarangan hotel Quality Shah Alam tempat Anwar dan pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat mengadakan mesyuarat tergempar ekoran laporan polis yang dibuat.

Anwar mendakwa bahawa , ini merupakan satu lagi konspirasi politik terdesak ekoran pendedahan yang akan dilakukannya ke atas Tan Sri Musa Hassan( Ketua polis Negara ) dan Datuk Ghani Patail ( Peguam Negara ) berhubung dokumen penglibatan mereka dalam konspirasi pada tahun 1998.

Sila layari web berikut untuk mengikuti perkembangan seterusnya.

http://www.tranungkite.net/v7/

http://www.malaysiakini.com/

http://www.suarakeadilan.com/sk/

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Aku pun pening
Saiful Bukhari itu orang Najib atau orang Anwar?

Politik jenis apa berlaku sekarang ni?

Adakah langkah pengakuan ini untuk menjatuhkan Najib atau Anwar?

Anonymous said...

Tak tahulah... tapi masih ingat lagi tuduhan liwat yang dibuat oleh adik angkat anwar, SUkma dan Dr. Munawwar Anas... Mereka boleh gunakan siapa sahaja untuk jatuhkan anwar...Mungkin Najib nak alih isu Altantuya yang menghantuinya atau BN risau dengan isu lompat parti...Apapun mari - mari kita lihat...siapa yang kenaaaaaaaa