05 June 2008

MINYAK DAH NAIK HARGA ! ANDA BAGAIMANA ?

Seperti dijangka dan diramal harga minyak naik lagi. Cuma kali ini kenaikan yang dianggap 'menggila' dan 'terlampau'. Pada peringkat awal menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad memaklumkan kenaikan minyak akan berlaku pada bulan Ogos tapi tanpa sebarang 'signal'harga minyak dinaikkan bagi petrol RM 0.78 dan diesel RM1. Maka berpusu –pusu kenderaan sejak dari petang tadi berbaris panjang mengisi minyak. Di kampung isteri di Kuala Rompin situasi sama berlaku.....Termasuklah saya...Tetapi cukupkah satu tangki penuh untuk tahan selama setahun ? Kenaikan secara mengejut ini tidak memberi peluang kepada rakyat untuk bersedia untuk menghadapi kenaikan yang saya sebutkan sebelum ini pasti berlaku.

    Kenaikan ini sudah pasti akan menekan dan menjejaskan kehidupan rakyat. Selepas ini pasti kita pasti akan menyaksikan 'pesta'kenaikan harga barang yang sudah naik cukup 'terlampau'. Spontan saya memberi tahu ( secara bergurau ) pada anak saya yang bersekolah darjah 1, 3 dan 4 lepas ni duit belanja harian akan dikurangkan dari RM 1.50 sehari kepada RM 1 sebagai langkah berjimat ( ubah gaya hidup kata PM malam tadi ). Apa anak saya jawab...sepatutnya abah kena naik duit belanja dari RM 1.50 kepada RM 2.00 kerana katanya lepas ni barang makanan kat kantin sekolah mesti naik. Dalam hati saya kata 'budak – budak pun tahu"....

    Bagaimanalah nasib guru – guru dan pensyarah di IPG yang berulang –alik setiap hari berpuluh kilometer sehari ke tempat kerja.sedikit sebanyak sudah pasti ia akan menjejaskan kehidupan harian mereka dan tidak dapat dielakkan ia secara tidak langsung akan mengganggu tumpuan di tempat kerja. Bagaimana pula nasib mereka yang lain ?

    Selepas ini kita akan dapat menyaksikan juga peningkatan yang lebih drastik masalah sosial di kalangan rakyat Malaysia. Kehidupan yang makin terhimpit akan mendesak manusia untuk berfikiraran singkat untuk melakukan pelbagai gejala tidak sihat dan tingkah laku jenayah seperti penyelewengan, rasuah, merompak, menipu dan macam – macam lagi yang kita harap perkara ini tidak akan berlaku.

    Apa yang paling penting untuk kita semua bagaimana persediaan kita semua...seperti yang saya nyatakan sebelum ini, mengeluh dan marah – marah tidak akan menyelesaikan masalah berfikirlah dengan waras dan carilah alternatif dan penyelesaian terbaik. Setiap perkara yang berlaku sudah pasti ada hikmah di sebaliknya

No comments: