03 June 2008

APA DAH JADI ???


Setiap kali kerajaan ingin merasionalkan kenaikan harga minyak kepada rakyat maka ' lagu lama' perbandingan harga minyak dengan Negara lain akan dimainkan. Seolah – olah member gambaran bahawa kenaikan harga minyak adalah munasabah dan masih rendah dengan Negara lain. Mari kita amati 'lirik' lagu ini.


Harga petrol di negara ini hanya RM1.92 seliter dan diesel (RM1.58),


berbanding di Thailand RM4 seliter bagi petrol dan diesel RM3.50 seliter,


Indonesia (RM2.57),


Filipina (RM3.45),


Singapura (RM5.07) dan


United Kingdom (RM7.03).


Sepintas lalu, 'sejuk' dan terubat hati bila membuat perbandingan senario di atas. Tetapi sebagai rakyat yang 'cerdik' mari kita buat analisis seperti berikut :



  1. Malaysia menghasilkan lebih 700 ribu tong minyak sehari melalui telaga minyak teutama di perairan Terangganu, sabah dan Sarawak. Singapura pula tidak ada setitik minyak pun kecuali minyak yang tumpah daripada kapal yang lalu di perairan Singapura.

  2. Minyak yang dihasilkan oleh Malaysia adalah jauh lebih banyak dari Thailand dan Filifina …sudah pasti sumber pendapatan yang diperolehi oleh Malaysia lebih banyak. Lebih – lebih lagi bila harga minyak dunia meningkat( hampir USD 130 setong ) …sudah pasti untung pun meningkat. Mana pergi keuntungan Petronas yang dikhabarkan mencecah RM 80 Billion setahun ?

  3. Penduduk Malaysia hanyak sekitar 23 juta sahaja…Thailand 3 – 4 kali ganda. Indonesia lebih 200 juta. Minyak yang dihasilkan oleh Indonesia dan Filifina adalah digunakan di dalam Negara sendiri dan tidak mencukupi untuk kegunaan sendiri walaupun Indonesia termasuk dalam Negara Opec ( Negara pengeluar minyak utama dunia ) Sebaliknya Malaysia adalah Negara pengesport minyak.

  4. Tidak munasabah kita nak buat perbandingan dengan Singapura dan United Kingdom…Pendapatan perkapita rakyat kedua – dua Negara adalah jauh lebih tinggi…Misalnyanya gaji guru di Singapura yang baru berkhdimat adalah mencecah 3 ribu dollar Singapura ( kalau tukar dengan RM ? ) Di Malaysia ? Gaji pensyarah IPG di Malaysia ??? Sama je dengan gaji cikgu berijazah di Malaysia yang berkhidmat di kawasan Felda.

Justeru itu, tidak adil untuk kita 'mainkan' lagu lama ini setiap kali hendak menghalalkan kenaikan harga minyak. Rakyat sudah cukup terbeban pada hari ini…mungkin cikgu – cikgu sekolah kena ubah gaya hidup seperti pernah disarankan oleh pemimpin kanan Negara tak lama dulu….Ubah gaya hidup !!!


 


No comments: