Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan.
"Ia akan berlaku. Harga petrol akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula," katanya.
Kenaikan harga minyak itu selari dengan penstrukturan mekanisme baru skim subsidi minyak yang dinikmati rakyat kini.
Jadi…adakah kita semua dah bersedia dengan kenaikan harga minyak kali ni ? Bila harga minyak naik secara logiknya harga barang akan naik…Nak angkut beras,minyak, gula tepung dan barang keperluan lain mesti guna lori…nak gerakkan lori kena isi minyak. Lainlah kalau lori guna air paip atau air laut…Tak logik kalau ada orang kata harga barang tak naik bila harga minyak naik. Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam tak lama dulu ramai yang gembira serta bertepuk dan bersorak. Saya dan isteri mendapat kenaikan kira –kira sebulan gaji seorang supervisor kilang…banyak tu…Tetapi kami sedikit pun tidak merasa gembira…Tidak berterima kasih ? Tidak bersyukur ? Renungkanlah sendiri…
kalau 3 tahun dulu budget RM 400 boleh isi minyak untuk sebulan tapi kini RM 600...
Kalau 3 tahun dulu kos barang keperluan harian RM 500 sebulan kini RM 1000..pun tak cukup
Kalau 3 tahun dulu RM 100 boleh beli lauk di pasar untuk 2 minggu…sekarang paling kurang RM 100 seminggu…
Itu baru kos yang besar – besar yang Nampak…belum yang lain – lain lagi…
Apa yang paling penting di sini…kebijaksanaan kita dalam menguruskan kewangan….mengeluh tak menyelesaikan masalah…marah – marah hanya menambah stress je… silap haribulan bertambah lagi kos untuk mendapat rawatan darah tinggi…lemah jantung dan lain – lain…Di sini saya nak menurunkan formula sebelum kita membeli atau berbelanja terhadap sesuatu cuba kita tanya pada diri kita sendiri 4 soalan berikut : Adakah duit yang kita hendak gunakan untuk berbelanja atau beli sesuatu termasuk dalam kategori mana :
- Penting dan mendesak (bayar bil, hutang kad kredit, ansuran kereta, sewa rumah, susu anak, barang dapur ..??? )
- Penting tetapi tidak mendesak ( beli rumah,simpanan, pelaburan, kereta baru, insurans, pakaian baru??? )
- Tak penting tetapi mendesak ( Rawatan perubatan, top up, bayar pinjaman pelajaran, bagi mak dan ayah di kampung ??? )
- Tak penting dan tak mendesak ( telefon baru, aksesori tambahan, melancong, makan di luar ??? )
No comments:
Post a Comment