Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
- Israk dan Mikraj (27 Rejab)
- Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
- Perang Tabuk - mengingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M).
- Hijatul Wada', di dalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al Israa': 1)
No comments:
Post a Comment