30 October 2008

APA AKAN BERLAKU JIKA BELANJAWAN 2009 TIDAK MENDAPAT KELULUSAN DEWAN RAKYAT ?

Pembentangan Belanjawan oleh Pak Lah pada 29 Ogos lalu kini sedang dibahaskan di parlimen yang telah bersidang dari 18 Ogos dan berakhir pada 11 Disember 2008 ini.
Belanjawan yang dibentangkan perlu mendapat kelulusan dari Dewan Rakyat sekurang-kurangnya dengan majoriti mudah.

Apa akan berlaku sekiranya belanjawan yang dibentangkan gagal mendapat majoriti mudah? Adakah parlimen akan dibubarkan atau ketika itu akan dikemukan usul undi tidak percaya kepada kerajaan hari ini?

Walaupun, ramai yang tidak lagi menaruh harapan tinggi kerajaan baru akan dibentuk oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah misi 16 dan 23 September gagal menepati sasaran, sasaran baru sebelum Hari Raya Aidil Adha yang dijangka akan disambut oleh umat Islam negara ini pada 8 Disember merupakan tarikh yang realistik.

Maklumat yang diterima, semua ahli parlimen PKR di larang ke luar sehingga arahan seterusnya diberikan oleh pucuk pimpinan tertinggi PKR menguatkan lagi berita bahawa ada sesuatu akan berlaku dalam perkembangan politik negara dalam kehangatan suam-suam kuku pemilihan Umno yang sedang berlangsung.

7 comments:

Hasbullah Pit said...

Dia kena modify & bentang balik.

Macam bailout 700bilion USD dulu, mula2 kena reject, lepas tu lulus setelah diubahsuai.

Anonymous said...

Berkenaan bajet 2009 tu saya tak sure adakah akan dirombak semula atau tidak jika tidak mendapat kelulusan dewan rakyat.

Berkenaan akan berlaku sesuatu yang di luar jangkaan dalam perkembangan politik negara, janganlah nak buat gimik-gimik murahan seperti itu. Rkyat dah tak mengharap pada kerajaan baru Anwar dah.. Mengarut dan memenatkan...

Anonymous said...

PR (sebelum ini hanya Anwar dan PKR yang beria) mahu menubuhkan kerajaan baru menjelang hari raya Haji nanti.hmm...kiranya macam satu penghijarahan dari satu kerajaan ke kerajaan lain.

BN rasanya takkan berdiam diri begitu sahaja jika PR ada rancangan untuk tendang keluar kerajaan BN ketika ini.

Anonymous said...

Kalau dah dua kali gagal berturut-turut, macammana tarikh 8 Disember ni pulak akan berjaya?
Ada sahaja strategi PKR untuk menyelit semasa ada isu-isu hot dan tak semena-menanya mengumumkan kepada seluruh Malaysia yang mereka akan mengambil alih kerajaan.

Unknown said...

PR boleh memerintah.tiada masalah.tapi sekarang bukanlah masanya.DAP,PAS dan PKR masing-masing tidak sebulu antara satu sama lain.masing-masing mempunyai ideologi dan pendirian yang tersendiri.

jadi parti yang betul-betul kuat dan kukuh dahulu.kemudian baru boleh bincang untuk menakluk negara.

armouris said...

kalau tak lulus, akan ada MP BN yang akan digantung sebab tak undi untuk luluskan...

-----------------------
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com

Anonymous said...

Tak payah lah cerita lagi pasal peralihan kuasa Anwar tu. Nak muntah dah rasanya kalau dengar, muak. Benda yang dah gagal banyak kali. Yang dengar cuma alasan je. Dulu masa nak umum bukan main tak sabar, lepas tu sampai masa je, hampeh..