19 November 2008

CHUA SOI LEK SEMAKIN HAMPIR MENJADI MENTERI-MALAYSIAKINI


Datuk Chua Soi Lek dijangka akan dilantik menjadi menteri penuh dalam rombakan kabinet yang bakal diumumkan oleh Pak Lah sekembalinya beliau dari lawatan kerja ke luar negeri.

Datuk Ong Tee Keat tidak mempunyai banyak pilihan dengan melantik Chua Soi Lek sebagai menteri berikutan beliau merupakan orang nombor dua kanan dalam MCA. Walaupun Ong Tee Keat sendiri sukar dengan pelantikan tersebut memandangkan 'filem lakonan' Chua soi Lek masih hangat di pasaran.

Desas-desus kemungkinan ini semakin kencang apabila akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan bahawa bekas setiausaha agung, Datuk Ong Ka Chuan telah menghantar surat meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kepada Ong Tee Kiat. Walau bagaimanapun Ong Tee Kiat masih membisu dengan berita ini.

Pelantikan Chua Soi Lek bakal mewujudkan kontroversi dalam kabinet Pak Lah yang bakal diambil alih oleh Najib memandangkan 'lakonan' Chua Soi Lek sebelum ini mendapat kritikan hebat dari pelbagai lapisan rakyat walaupun beliau telah meminta maaf atas aksi terlampau yang telah dilakukan sebelum ini.

6 comments:

Anonymous said...

Bagaimana Chua Soi Lek boleh jadi menteri? Apakah seseorang yang ada skandal layak jadi menteri?Apakah Kerajaan tajaan BN halalkan perlakuan jijik Soi Lek?Kenapa dia tidak didakwa di Mahkamah? Dan banyak lagi persoalan timbul ekoran khabar angin "pelakon Lucah"ini akan dilantik sebagai menteri kabinet.Pada pendapat saya, pelakon Blue Filem ini harus disumbat ke dalam penjara.Adalah memalukan sekiranya kerajaan Malaysia masih pelakon lucah dalam kabinet.

Anonymous said...

brader rlxla...hang tak puas ngan org cina ke @ BN??? klau org yg pernah tangkap basah, membunuh org, merompak b'bilion2 blh jdi menteri n bakal jdi org nom 1 kjaan ape salahnye org ade skandal jdi menteri>>>>

Anonymous said...

kalau macam tu, bolehlah lepas org dlm jail, suruh jadi pengundi.Nanti pilih YB skandal.

Anonymous said...

Ah-lah, apa nak cakap lagi, cerita soi lek itu bukan sebesar, cerita muhammad2 yang bawa anak sultan curi kahwin, lagi cerita beg wang, cerita C4 NAJIB, KES ZZ KES KHALWAT PORT DICKSON, KES MABUK RABA2 BUNTUT BINI ORANG.Kes pembunuhan Norita? SEMUA PUN SAMA ADA BANYAK TULANG SKELETON dalam almari.

Anonymous said...

Mungkin ada yang berpendapat bahawa hal peribadi tidak ada kaitan dalam politik tapi sebenarnya pendapat begini adalah salah kerana kepimpinan yang baik adalah berdasarkan keperibadian yang baik dan disokong dengan ciri-ciri kepimpinan yang lain...

SELVARAJA.Y said...

Chua soi lek sepatutnya di hadapkan di muka pengadilan sejurus selepas dia mengaku melanggar tatatertib kabinet.Skandal seknya cukup memalukan para barisan menteri di kabinet kerajaan .Persoalannya kenapa Pak Lah tidak mengambil inisiatif untuk menheret Chua Soi Lek ke muka pengadilan .Biar tindakan draktis ini menjadi pengajaran dan pedoman kepada para menteri lain .Jika difikir kembali beberapa mesej yang disampaikan oleh chua soi lek semasa beliau memegang porfolio menteri kesihatan bukan sekadar main-main.Beliau memberi amaran tegas pada sesiapa yang melanggar peraturan dan polisi yang diutarakan oleh beliau,tapi wajarkah beliau sendiri tidak berpegang pada nilai murni dan disiplin diri sehingga licik bersandiwara.saya tidak dapat menerima hakikat aktor porno memegang portfolio menteri penuh.