22 November 2008

HORMATI KEPUTUSAN MAJLIS FATWA-MALAYSIAKINI


Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini membuat keputusan yang tepat apabila mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Oktober lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.

Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.

Islam memiliki pendekatan yang terbukti lebih berkesan dalam mencari ketenangan kepada umatnya seperti amalan solat, berzikir, bermuhasabah dan membaca Al Quran. Dalam Al Quran juga Allah ada menegaskan perkara ini.

'Orang-orang yang beriman hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah.Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" (Ar-Rad :26-28)

NGO dan golongan bukan Islam diingatkan agar tidak lagi cuba mencampuri sebarang urusan yang berkaitan dengan umat Islam di negara ini. Mereka perlu menghormati status Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Tindakan mereka sebelum ini mengadakan demontrasi bukan sahaja satu tindakan biadab tetapi juga mencabul pelembagaan negara. Kerajaan diminta bertindak tegas dengan mencari dan menangkap dalang yang terlibat supaya keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini tidak tergugat.

1 comment:

Anonymous said...

sebenarnya Yoga masih boleh dipraktikkan lagi.cuma yang haram bila ada unsur-unsur pemujaan atau ritual dalam aktiviti beryoga.buat yang beragama Islam memang salah lah jika amalkan yoga sambil ada amalkan sekali unsur-unsur pemujaan.tapi kalau diambil cuma ciri fizikal untuk kesihatan badan tidak salah.rasanya ramai lagi yang kurang faham tentang fatwa ni.fahamlah sesuatu isu tu dulu sebelum bukak mulut.

buat yang bukan beragama Islam,tak perlulah bimbang.fatwa yang dikeluarkan bukan untuk mereka.buat mereka yang kurang faham,tak kira Islam atau bukan Islam, akan fungsi fatwa dan kenapa ia perlu diikuti perlulah memahami ia dahulu.jangan hanya bercakap tanpa memikirkan sesuatu isu yang sensitif secara mendalam.buruk padahnya.