25 November 2008

PENGARAH JAKIM DAN MUFTI PERLIS BERGADUH PASAL YOGA~Malaysiakini


Masih tak habis lagi cerita pasal yoga. Sekarang ini jadi isu lain pulak. Belum reda polemik tentang fatwa yoga kali ini berlaku pula perselisihan dan perdebatan di antara mufti perlis Ustaz Asri Zainal Abidin dan Pengarah Jakim,Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Masing-masing ada hujah dan pendapat tersendiri. Ustaz Asri minta Jakim beri alternatif yoga dan jangan hanya kaku aje lepas keluar fatwa. Jakim kata, mereka dah buat kajian mendalam sebelum keluar fatwa. Jakim minta mufti Perlis jangan hanya sedap cakap aje, berilah pandangan apa alternatif yang dimaksudkan.

Dalam hal ini, golongan yang menentang fatwa yoga pasti bertepuk tangan di luar sana melihat umat Islam, tokoh agama dalam kerajaan bergaduh sesama sendiri. Sepatutnya mereka kena duduk berbincang dan bermuzakarah mencari alternatif dan penyelesaian terbaik.

Fatwa yoga berkaitan dengan akidah umat Islam. Mereka sepatutnya bersatu dan mengelakkan dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan. Sikap seperti inilah yang menyebabkan Islam dipersendakan. Hanya ada satu cara sahaja untuk mengembalikan kegemilangan Islam di negara ini iaitu kembali kepada ajaran Islam sebenar.

5 comments:

Anonymous said...

ayat "bergaduh" tu kurang tepat rasanya.lebih kepada "perselisihan pendapat".

"Kalau dah baca mantra hindu, tentu salah. Kalau hanya mengamal senaman dan lakukan hanya pergerakan, sama macam taichi dan senaman lain-lain. Pokok pangkalnya niat dihati.

Kalau cari ketenangan dengan mengagungkan dewa-dewi yang tak wujud, akan sama dengan upacara ugama tertentu, jadi lah syirik."
- dipetik dari seorang komentar di blog ini.

Anonymous said...

Majlis Fatwa Kebangsaan harus dibela. Jangan dibiarkan badan penting dalam Islam yang banyak menyelesaikan perkara yang samar, diperlakukan seperti ini. Kerajaan harus bersungguh-sungguh dalam usaha membela Majlis Fatwa Kebangsaan. Ada juga pihak pembangkang yang bangang dengan mengatakan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah alat kerajaan BN. Bagi mereka, semua perkara nak dibangkang. Ini bab agama, bukan boleh bawa main. Jangan hanya nak jaga hati bangsa lain sampaikan hal yang berkaitan dengan agama pun nak dipertikaikan. Bukan semua bukan Islam yang menentang perkara ini. Hanya segelintir sahaja dan mereka harus diberi penerangan khas bagi menerangkan isu ini. SIS juga patut diberi penerangan atau di'sekolah'kan. Jangan lantang sangat pertikaikan perkara ini. Berbalik semula kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, mereka harus dibela supaya mereka akan dihormati sampai bila-bila selagi fatwa yang dikeluarkan tidak bercanggah dengan apa yang Allah Taala tentukan...

Anonymous said...

Sepatutnya isu perselisihan pendapat antara ulama atau orang alim tak perlu disensasikan kerana ia hanya akan mengundang persepsi bukan-bukan daripada bangsa bukan Melayu. Bila perselisihan pendapat dibesar-besarkan, mereka yang anti Islam akan melancarkan serangan mereka... Kepada Mufti Perlis dan Pengarah JAKIM diminta selesaikan perselisihan pendapat secara baik...

Anonymous said...

Perkara seperti ini tak sepatutnya berlaku. Sepatutnya, Mufti Perlis dan Pengarah JAKIM harus duduk berbincang dan selesaikan perselisihan pendapat secara tertutup dan jangan diperbesar-besarkan seperti ini. Mereka sepatutnya bekerjasama supaya perselisihan dapat diuraikan...

Anonymous said...

Jangan dibesar-besarkan perselisihan pendapat ini. Biarkan mereka berbincang elok-elok untuk selesaikan...