21 April 2009

PEMBAHARUAN UMNO: DRIVER AMBULAN PUN JADI PENGARAH GLC DI TERANGGANU


Selepas Dato seri Najib dilantik menjadi Perdana Menteri maka riuh rendah dan gegak gempita sekali dengan program pembaharuan yang dicanangkan dalam Umno@BN. Maka munculah slogan Satu Malaysia...menenggelamkan slogan 'Islam Hadhari' sebelum ini.

Sesuai dengan perubahan tampuk kepimpinan dan pembaharuan dalam Umno maka pemandu ambulan dan guru sekolah rendah turut layak dilantik sebagai pengarah anak syarikat kerajaan negeri (GLC) di Terangganu.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Terengganu, Dato' Rosol Wahid mendakwa pelantikan berkenaan tidak disenangi beberapa ADUN yang menggelar diri mereka kumpulan 18.

Patutlah adun-adun Umno di Terangganu mengambil tindakan 'menderhaka'. Mana tidaknya cukup ramai golongan cerdik pandai di kalangan profesional dan berpengalaman di Terangganu tetapi Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terangganu mengamalkan politik balas dendam dengan mengenepikan itu semua. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan slogan Satu Malaysia bagi menggantikan Islam Hadhari Terangganu Bestari.

2 comments:

Anonymous said...

jangan dianggap rendah drebar ambulan dan guru sekolah rendah.mereka pun ada otak dan ada kebolehan jugak.mungkin IQ mereka tak berapa tinggi, tapi EQ dan ESQ mereka mencacak tinggi. jangan anggap kita yang ada PhD sangat hebat berbanding petani yang takde kelulusan apa2.

angkasanuri said...

Ok lepas ni kita lantik tukang kebun dan jaga kilang gotahh pulak....