30 April 2009

SURUH RAKYAT BERJIMAT, TPM GUNA ROLL ROYCE


CAKAP TAK SERUPA BIKIN...Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya di sini, semalam, selepas menziarahi jenazah Puan Sri Laila Taib. Laila, 68, meninggal dunia pada 3.45 petang semalam.

Ketika berdentung dentang para pemimpin Umno bercakap soal penggunaan kereta rasmi Proton Perdana, kereta rasmi Timbalan Perdana Menteri adalah Roll Royce. Harga sebuah Roll Royce boleh beli sehingga 10 buah Proton Perdana eksekutif.

Inilah agaknya dikatakan pembaharuan dalam Umno@BN dan dasar jimat cermat yang sering diperkatakan. Apa komen Datuk Zamry Abdul Kadir kononnya menjual Toyota Camry yang dibeli kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjimatkan duit rakyat dengan menggunakan Proton Perdana.

5 comments:

Unknown said...

tu namenye... cakap mcm tuuuuut....

Anonymous said...

Naik Kereta Roll Royce pun nak heboh ke, kereta tu Muhyiddin Yassin punya ke. Tak kan menumpang kereta Roll Royce pun tak boleh. Lain kali kalau Muhyiddin Yassin pergi Sarawak, suruh dia naik Sampan macam Panti Indon. sampai kat sana suruh je naik kereta sapu. baru jimat namanya.

angkasanuri said...

Ononymous 7.47...kat depan kereta tu tulis apa? YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tak kisahlah kereta peribadi atau kereta kerajaan tapi yang pastinya kerajaan Umno@BN atau Muhyiddin cakap tak serupa bikin!

angkasanuri said...

kepada Kita Orang KL, yang ada menghantar mesej peribadi kepada saya tentang siapa saya...klunya... saya pernah tinggal di 55 jalan Permai, Taman Brown P.Pinang sekitar tahun 1993-96. asal orang Melaka plat motor dulu MR 4 _ _1.

Anonymous said...

Roll royce kan ke kereta kerajaan negeri untuk sambut tetamu aje...bukan untuk digunapakai oleh pemimpin...lainlah pakai camry..buat ape la nak kontra sangat pasal kete jer...kan lebih bagus fikirkan kenapa melayu jadi lemah?...dah matikah semangat hang tuah?...