10 June 2009

USUL TUKAR NAMA SIS KEPADA IWK

Peguam yang juga ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Zulkifli Nordin mencadangkan agar NGO yang menggelarkan diri mereka Sisters In Islam (SIS) mengubah nama kepada Ikatan Wanita Kosmopolitan (IWK).

Saya kira nama yang cukup sesuai berdasarkan latar dan aktiviti yang dilakukan. Lebih-lebih lagi SIS dianggotai oleh golongan elit kasta atasan terdiri daripada anak bekas Perdana Menteri, isteri menteri dan pelbagai latar belakang profesional. SIS juga disokong oleh menteri dan ahli parlimen sama ada dari kerajaan dan juga pembangkang.Rasanya tak ada mak cik-mak cik atau anak-anak mereka yang duduk di kampung-kampung yang menyertai NGO ini.

Dalam hal ini, Pendaftar Pertubuhan perlu bertindak dengan menukar nama SIS memandangkan banyak kenyataan daripada SIS boleh mengelirukan akidah umat Islam. Saya pun pelik kenapa Majlif Fatwa dan golongan mufti membisu apabila pelbagai isu kontroversi yang melibatkan kepentingan umat Islam di negara ini ditimbulkan oleh SIS.

SIS bertopengkan konsep memperjuangkan dan membela wanita Islam di negara ini walhal apa yang dilakukan sebenarnya ialah menyebarkan fahaman Islam liberal dan mengagungkan Islam sekularisme yang menjadi tunjang kerajaan Umno@BN.

Menyedari hakikat ini demi kepentingan dan generasi umat Islam akan datang saya dengan ini menyokong penuh usul agar nama SIS ditukar kepada IWK.

2 comments:

Anonymous said...

idea yang bagus drp drp YB Zul. molek benar nama SIS yang mencemar nama Islam ditukar kepada IWK sama molek dengan Indah Water Konsertium.

Anonymous said...

Tak boleh. IWK dah ada yang punya. Indah Water Konsortium.