28 June 2009

SAIFUL LAYAK TAK MOHON BIASISWA NASIONAL?


Perdana Menteri Dato Seri Najib semalam mengumumkan bahawa kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam akan menubuhkan Biasiswa Nasional yang 100% penilaiannya berdasarkan merit tanpa mengira kaum. Bermakna mengikut meritokrasi sepenuhnya.

Dalam hal ini saya menyokong penubuhan Biasiswa Nasional ini sekali gus memberi sokongan dan motivasi kepada pelajar yang cemerlang untuk terus berjaya pada masa akan datang.

Cuma kita berharap idea ini akan betul-betul praktikal tidak sekadar teori sahaja yang akhirnya wujud campur tangan politik atau pihak tertentu dalam menentukan kriteria dan pemilihan yang layak menerima biasiswa.

Masih ingat lagi dengan bekas pembantu Dato Seri Anwar Ibrahim yang kini mendakwa majikannya itu meliwatnya, Saiful Azlan Bukhari yang gagal dalam akademik tetapi berjumpa Dato Seri Najib (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) itu yang disahkan oleh Najib sebagai urusan biasiswa. Bagaimana seorang pelajar yang gagal mendapat layanan dan keistimewaan dari Timbalan Perdana Menteri untuk memohon 'biasiswa'?

3 comments:

Anonymous said...

memang abang buta mata buta hati. abang ni melayu ke cina? abang tak baca sejarah ke? tapi yang penting abang seorang penakut, pengecut, lembik. pondan lagi berani dari abang.janganlah lempar batu sembunyi tangan.
kalau dah banyak sangat salah kerajaan ni, abang letaklah jawatan. abang ingatlah dan fikir2lah berapa banyak duit"tak betul" yang abang dapat dan tuntut dari kerajaan. tak baik bang kerja dengan orang yang beri abang gaji tapi abang kata macam2 kat dia. apa jenis orang abang ni. tangan yang beri abang duit tu abang gigit lak. jangan jadi lelaki bacul bang. berenti je lah

angkasanuri said...

kepada ononymous... Untuk makluman saya cukup mengenali saudara walaupun saudara cuba berlakon di depan saya. Saya tahu juga apa akitivii saudara. Tapi pernah saya ganggu saudara? Maaflah, saya nak beritahu bahawa keluarga saya punya perniagaan sendiri yang jauh lebih besar dari pendapatan sekarang. Saya bekerja bukan minta sedekah. Gaji saya datang dari duit rakyat dan pembayar cukai bukan saya ambil duit Umno atau duit Bn. Bila pulak gaji saya dibayar oleh Umno dan BN. Tak perlulah nak ugut-ugut saya. Saya dah lali saudara. Sejak hari pertama saya bekerja saya dah biasa dengan semua ini. Janganlah rasa diri tu hebat sangat.Saya memiliki kekuatan yang mungkin saudara tak terfikirkan. Elok buat kerja kita sendiri jangan kacau orang lain. Apa guna berdengki. Ingat rezeki datang dari Allah bukan datang dari Umno@BN.

angkasanuri said...

Seperkara lagi utk ononymous 12.33 am, sebelum bercakap soal akhlak dan moral bercakap tentang Islam cerminlah diri tu sendiri. Misalnya buanglah dulu gambar dan klip lucah dalam laptop saudara!