25 August 2009
MANA SATU YANG BETUL NI?
Saya sebenarnya tidak berminat untuk mengulas isu Kartika Sari Dewi Shukarno yang dijatuhkan hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah di Pahang kerana kesalahan meminum arak. Pertama hukuman yang dijatuhkan tidak menepati hukum Islam yang sebenar dan kedua isu itu telah dipolemikkan oleh mereka yang bersikap prejudis terhadap Islam.
Tetapi kesediaan Katika disebat kerana kesalahan yang dilakukan menggambarkan kekesalan kerana kesalahan yang dilakukannya. Apa yang pelik bin ajaib tuan empunya diri tak kisah dihukum sebat malah meminta dijalankan secara terbuka tetapi orang lain pulak yang sibuk-sibuk menyuruh Katika merayu malah secara sinis menuduh pihak yang menjatuhkan hukuman sebat seperti menganiaya dan menzalimi wanita.
Semalam ketika kartika hendak dibawa ke penjara Kajang, tak semena-mena tak sampai 1 jam kenderaan yang sepatutnya membawa Kartika terpaksa membuat U-Turn kerana mendapat panggilan dan arahan dari Peguam Negara supaya hukuman sebat itu ditangguhkan kerana alasan Peguam Negara untuk menghormati bulan Ramadhan. Apakah Peguam Negara sebelum ini tidak dimaklumkan tentang tarikh hukuman yang berlaku pada bulan Ramadhan? Di sini menunjukkan seperti ada peranan di sebalik tabir penangguhan hukuman ini.
Manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamudin Tun Hussien pula berkata hukuman itu dibatalkan kerana di penjara tidak ada tukang sebat terlatih berkaitan dengan hukuman syariah. Ehhh...Mana satu yang betul ni?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
aku pn musykil ngn kes kartika ni..
Post a Comment